Friday , January 10 2025

BUKU: Rindu Bau Pohon Tin

September, 2018

  • 17 September

    Hari Yang Mengubah Perjalanan Hidupku

    Meninggalkan tanah air pada tahun 1993 “Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon. Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling. “Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis. Kalaulah emak berada di depan mata, mahu saja …

July, 2018

  • 24 July

    Kehendak-Nya Mereka Pergi

    “Ke mana perginya mereka ini? Sudah hampir tengah malam”, saya merungut di tingkap. Saya ke dapur menghangatkan gulai. Sejak Maghrib tadi, saya sudah menyiapkan hidangan. Kari ayam, jelatah, sambal belacan, semuanya sudah saya siapkan. Malam ini saya bakal menerima tetamu istimewa. Ketika asyik memanaskan gulai, saya teringat balik kepada perbualan …

November, 2014

  • 18 November

    Alkisah Kenangan Ketua Dewan Harian, Sehari

    Kami insan biasa “Anta dilantik menjadi Ketua Dewan Harian, dan malam ini dalam mesyuarat di Amman, anta kena bentang perancangan setahun Dewan Harian” kata senior kepada saya pagi tadi. Saya menggaru-garu kepala. Dewan Harian itu apa? Mengapa melantik saya tanpa persetujuan saya? Mengapa saya? Saya biarkan sahaja soalan itu berselang …

  • 17 November

    Mempertahankan Kewarasan Akal (Demi Setia Dengan Kebenaran)

    Pagi itu di bandar al-Zarqa’, kami berkumpul di Kulliyyah al-Mujtama’. Ia adalah satu daripada siri tamrin yang perlu kami hadiri. Tanpa dirancang, saya dipilih (diarahkan) oleh AJK supaya menjadi pengerusi majlis bidan terjun. Tanpa banyak menyoal, saya terima sahaja. Sekurang-kurangnya dengan duduk di pentas sepanjang tamrin, saya mendapat desakan tambahan …

April, 2014

  • 15 April

    Tetamu Dataran Syam: Antara Targhib dan Tarhib

    “Hmm… sunyi betul. Semua orang tidur balik!” pelajar yang baru sampai kehairanan. Abang-abangnya (mungkin kakak-kakak pun sama), tidur selepas solat Subuh. Sesuatu yang pantang benar dibuat di tanah air. Sempit rezeki, hidup tidak berkat, teringat balik emak menghempas-hempas daun tingkap kalau anak-anak tidur menongkat matahari. Muka apa namanya,  nak jadi …

February, 2014

  • 26 February

    Nilai Air di Luar Dunia Padang Pasir

    “Hah, cepat! Cepat!” Khairul memekik memanggil kami semua yang sedang berbual di bawah pokok plum. “Cepat apanya?” saya bertanya. “Air dah sampai” Khairul membalas. Kami segera bingkas bangun menuju ke dalam rumah. Memang setiap minggu, inilah rutin kami. Menunggu air masuk ke tangki. Sudah seminggu air tidak datang. Bukan minggu …

July, 2013

  • 24 July

    Ramadan Tetamu Dataran Syam

    Foto Ihsan Ustaz Fazdi Harun “Assalamualaikum!” kedengaran suara memanggil dari luar. “Eh, siapa pula tu?” saya bertanya kepada Arief. Kami sedang sibuk memasak lauk untuk berbuka puasa malam ini. Maklum sahajalah, hari ini adalah Ramadhan pertama kami di perantauan. Rupa-rupanya Muhannad, anak jiran kami datang. Beliau membawa sepinggan besar nasi …

December, 2008

  • 22 December

    Nafar ke Medan Juang

    “Ini bicara Allah kepada kamu. Rasakan yang Allah sedang bercakap secara khusus kepada kamu” kata Ustaz Harun kepada kami. Angin desa di Kubang Lembek tengah hari itu damai sekali. Tidak terasa terik mentari membakar siang. Saya dan beberapa rakan tekun mendengar. “Ayat ini adalah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah. …