“Muiz rindu sekolahlah” kata anak saya yang bongsu. Kebetulan petang tadi kami lalu berhampiran kawasan sekolah. Suasana sepi kerana sekolah sedang bercuti panjang untuk musim panas daripada awal Jun sehingga Ogos nanti. “Oh, rindukan sekolah. Muiz suka sekolah ke?” saya bertanya. “Muiz suka kawan” jawabnya. “Siapa kawan-kawan yang Muiz suka tu?” saya menyambung …
Read More »Salam Aidilfitri Dari Kutub Utara
Alhamdulillah selesai sudah sebulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan berkenaan. Sama ada ibadah khusus seperti siyam, solat, Qiyam, tilawah dan iktikaf, mahu pun kebajikan-kebajikan yang dibuat sesama manusia. Ramadan kami di Oulu kali ini sederhana. Sederhana dalam serba serbinya. Tiada ‘gangguan’ seperti promosi Raya, mahu pun bazar …
Read More »Phenomenon-Based Learning (PBL) Untuk Integrasi Organik
Subjek-subjek yang kita kenal di dalam pengalaman bersekolah hari ini, lahir daripada proses induktif yang dibuat daripada pengalaman kehidupan serta pemerhatian oleh bijak pandai. Subjek-subjek itu membantu kita melihat, apakah sendi-sendi ilmu di sebalik realiti kehidupan. Daripada fenomena alam, lahirnya matematik, biologi, fizik, kimia, linguistik, psikologi, sosiologi dan pelbagai cabang ilmu …
Read More »Tarawih di Bawah Sinar Mentari Kutub Utara
“Pelik kan, pergi masjid nak solat tarawih tapi terang benderang” kata anak saya. Kami berjalan kaki menuju ke masjid. Jarak antara rumah dengan masjid adalah sekitar 2km. Seperti biasa di sini, ke mana-mana pun kami berjalan kaki. Sesekali menaiki bas. Adakalanya saya termenung juga memikirkan pada usia 42 tahun, saya tidak mempunyai kereta …
Read More »Onnellista ja siunattua ramadania teille: Menyambut Ramadan di Kutub Utara
Tidak dapat saya sembunyikan rasa sunyi dan seperti kehilangan sesuatu selama berada di Finland ini. Mungkin, kesan perubahan drastik jadual hidup di sini. Tiada lagi ceramah, kuliah Maghrib, tiada lagi ‘ustaz’ Hasrizal, dan tiada lagi kedengaran azan berkumandang di udara. Tinggal di negara Eropah bukanlah sesuatu yang asing buat saya, …
Read More »Projek FATIH, Sultan Abdul Hamid, Atatürk, John Dewey dan Erdoğan Dalam Sistem Pendidikan di Turki
“Pada saya, projek FATIH itu merugikan. Wang yang banyak dilaburkan untuk melengkapkan sekolah dengan teknologi, tetapi transformasi ke atas pedagogi dan idea mengenai pendidikan tidak diutamakan. Sudahnya, budak-budak guna tablet untuk selfie sahaja!” kata Okan. Selepas kelas terakhir kami semester ini, saya meluangkan masa berbual dengan rakan Turki di kelas …
Read More »Pandangan Golongan ‘Berjaya’ Terhadap Tujuan Sebuah Pendidikan (Functionalism)
“Sekolah sepatutnya jangan kisahkan sangat aku, aku, aku. Me, me, me. Itu yang budak-budak sekarang jadi lemak!” kata Ahmad. “Memanglah famili aku miskin. Tapi aku kerja keras. Alhamdulillah dapat rezeki masuk sekolah asrama penuh. Di situ pun, bukannya boleh senang lenang. Masih kena terus kerja keras. Kalau malas-malas, tak kiralah …
Read More »13 Reasons Why: Memahami Tragedi Perubahan Diri Remaja
Ia bukan siri yang mudah untuk ditonton. Beberapa adegan censored memerlukan kita berbuat sesuatu untuk menyaringnya. Tetapi 13 Reasons Why ini adalah drama tv yang penting pada menjelaskan kepada kita rangkaian masalah yang membelenggu kehidupan anak remaja. Sudah tentu kemuncaknya ialah apabila Hannah Baker nekad membunuh diri. Drama ini menceritakan …
Read More »Gaji Guru di Finland Sama Macam Doktor?
“Benarkah di Finland, guru-guru menerima gaji seperti doktor? Dan kerana itu pendidikannya sangat hebat?” Soalan ini berlegar di media sosial. Ada musim-musimnya, apabila hal ini dipetik oleh halaman yang mempunyai viraliti tinggi, ia tersebar rancak dan mencetuskan perbualan yang pelbagai ragamnya. Tentu sahaja, kritikan akan dilontar kepada sistem pendidikan kita …
Read More »Pendidikan dan Kebolehpercayaan: Boleh Percaya Ke?
“Kenapa saya selalu nampak basikal ditinggalkan di perhentian bas?” saya bertanya kepada seorang rakan Finnish. “Kadang-kadang kita mahu cepat. Jika tiada ruang untuk basikal dibawa ke dalam bas, kita tinggalkan di perhentian bas. Pulang nanti, ambil semula,” jawabnya. Saya memerhati dari semasa ke semasa. Adakalanya basikal itu berkunci. Adakalanya tidak. …
Read More »