Tuesday, January 21st, 2025

Pendidikan

Kembar Kebenaran Adalah Keseimbangan | Tadabbur Surah al-Syura Ayat 17

Tahun 2025, umur saya genap 50 tahun jika merujuk pada kalendar Gregorian. Namun, menurut kiraan kalendar Hijriah, usia 50 tahun itu telahpun saya capai lebih awal. Usia 50 tahun bukanlah satu tempoh yang begitu panjang sehingga menjadikan seseorang merasa dirinya sudah terlalu tua, tetapi pada masa yang sama, ia juga …

Read More »

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Read More »

Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi

Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan diurus dan dijalankan, sama ada melalui sistem centralised (berpusat) atau decentralised (tidak berpusat), mencerminkan falsafah dan keutamaan polisi sesebuah kerajaan. Di Malaysia, sistem pendidikan telah melalui pelbagai fasa perkembangan sejak era pra-kemerdekaan, dan hari ini, kita berada di …

Read More »

Pendidikan Melangkaui Peperiksaan

Pengenalan Pendekatan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah lama menjadi kebiasaan. Namun, semakin ramai pendidik menegaskan bahawa pendidikan sejati harus melangkaui sekadar pencapaian akademik. Dalam sesi Redup 2 anjuran Komuniti Guru Mandiri, Hasrizal Abdul Jamil mengupas idea ini dengan mendalam. Soalan pertama, apakah latar belakang keterlibatan beliau di dalam pendidikan, dan …

Read More »

Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat

Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara pendapat yang berasaskan ilmu dengan yang tidak berasaskan ilmu. Namun, isu ini jauh lebih kompleks. Dari sudut pandang sosiologi, seseorang boleh berada dalam salah satu daripada tiga kategori besar cara kita melihat …

Read More »

Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini

Kata kunci: functionalism, conflict theory, symbolic interactionism, sosiologi, pendidikan, emansipasi wanita, sirah Pendidikan bukan sekadar proses formal di bilik darjah, tetapi turut mencakupi aspek sosial dan budaya yang membentuk pemikiran individu serta masyarakat. Salah satu cabang penting dalam pendidikan ialah Sosiologi Pendidikan, yang mengupas tentang peranan socialisation atau sosialisasi. Sosialisasi …

Read More »

Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim)

Soalan ini menimbulkan kerumitan kepada anak rakan saya kerana beliau tidak pernah merenung isu tersebut secara mendalam. Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat pendirian. Kehidupan moden di kota besar seperti Istanbul terasa begitu jauh dan tiada kaitan dengan hal ehwal jin dan syaitan ini.

Read More »

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. Pembentangan itu dibuat di dalam Webinar Keibubapaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah secara dalam talian. Dr. Haidt menyatakan bahawa Generasi Z, iaitu generasi yang lahir antara tahun 1996 hingga 2012, adalah generasi pertama dalam sejarah manusia …

Read More »

Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai? Sebagai umat …

Read More »

Persekolahan dan Peperiksaan: Kawan Atau Lawan?

Petikan Podcast What Now Jom Ah Lepak bersama Syed A Haikal, dengan kerjasama Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) Memahami Peranan dan Nilai Peperiksaan dalam Pendidikan Holistik Apabila menyebut tentang peperiksaan di Malaysia, isu ini sering menjadi perbincangan yang mencetus perbalahan. Ada pihak yang berpendapat bahawa peperiksaan perlu dimansuhkan bagi …

Read More »
Skip to content