Terkini

Terkini di blog

Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa

“Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni elok-elok?” rengus si suami. Geram melihat tiub ubat giginya penyek-penyek dipicit isteri. Dia memicit ubat gigi itu dengan tertib, dari bawah ke atas. Kemas. Si isteri pula memicit sesuka hati. Setiap pagi kerja si suami ialah membetul dan mengemaskan tiub …

Read More »

Seminggu Cinta Sempurna ke Udara

Sudah lebih seminggu teledrama Cinta Sempurna ke udara. Bersiaran pada jam 3 petang Isnin hingga Jumaat, siarannya diulang tayang pada pukul 10 malam, 4:30 pagi dan terkini nampaknya juga pada jam 5:20 pagi di Astro Oasis 106. Saya mengikuti perkembangan Cinta Sempurna dengan teliti dan sentiasa membuat update di Facebook untuk mendapatkan …

Read More »

Andai Kau Tahu

“Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka …

Read More »

Pratonton Teledrama Cinta Sempurna

Cinta Sempurna sudah selesai penggambaran lebih tiga minggu yang lalu. Saya telah diberikan salinan sebanyak lima episod pertamanya untuk pratonton bagi tujuan penilaian dan sekali gus memberikan maklum balas berkaitan. Insya Allah majlis pratontonnya untuk media akan berlangsung pada 4 Ogos akan datang di permis ASTRO OASIS dan teledrama Cinta …

Read More »

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

______________________________ Artikel asal siaran tahun 2009 ______________________________ ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut. Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan …

Read More »

Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA

Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga kerja terbabit sama, ia suatu produksi yang boleh dikira besar. Saya banyak mengikuti perkembangan mengenainya dari halaman blog Ustaz Zabidi Mohamed selaku penulis skrip, juga blog rasmi untuk drama CINTA SEMPURNA ini iaitu di oasis-cintasempurna.blogspot.com. Hari ini, produksi drama CINTA SEMPURNA mengadakan Sidang …

Read More »

Kebuntuan Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

Read More »

Pelancaran Produksi Teledrama CINTA SEMPURNA

Alhamdulillah. Itulah sebaik-baik kalimah untuk saya ungkapkan rasa syukur atas sempurnanya majlis Taaruf dan Taklimat Teledrama CINTA SEMPURNA, siang tadi di Hotel Shangri La Putra Jaya. Saya dan Al-Adib bergegas ke Putra Jaya selepas solat Jumaat di Masjid UKM. Kami tiba lewat 10 minit, namun lega kerana majlis belum bermula. Sempat juga …

Read More »

FITRAH: Dari Blog ke Drama TV

Saya bukan penulis skrip. Saya memang tidak pandai menulis skrip. Saya berdakwah, bekerja, mendedahkan diri kepada realiti, mengutip pelbagai cerita dari masyarakat dan saya menulis untuk mengembalikan ibrah segalanya kepada masyarakat. Tetapi saya bukan penulis skrip. Walaupun saya ada banyak cerita. “Kalau mahu belajar teknik menulis skrip, lima minit sudah …

Read More »

Terlalu Letih Untuk Mati

“Ehh… ramainya pasukan tentera!” saya terkasima. Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut kelihatan hiruk pikuk. Askar berkawal di sana sini. Saya yang baru mendarat tiba dari Amman kebingungan. “Sila buka beg anda,” tentera bersenjata itu mengarahkan saya membuka beg. Belum pernah lagi saya diperiksa sebelum keluar dari pesawat. Selalunya pemeriksaan ialah sebelum …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share