August, 2016

  • 24 August

    Perjalananku ke Oulu, Finland

    Selepas menyempurnakan kursus Helsinki Summer School in 2015, saya mempunyai kecenderungan yang tinggi kepada sistem pendidikan Finland. Kursus yang saya hadiri telah memberikan pendedahan secara intensif kepada sistem pendidikan Finland, dan kami bertuah kepada berpeluang melakukan internship di Puistolan Peruskoulu,  bertemu dengan guru, murid-murid dan pemimpin di sekolah komprihensif berkenaan. Saya selesaikan …

July, 2016

  • 2 July

    Bani Adam: Antara Khalifah Dan Makhluk Perosak Serta Penumpah Darah

    “Sesungguhnya Aku jadikan di muka bumi Adam itu sebagai khalifah,” Allah memberitahu. “Mengapa Engkau jadikan di bumi itu seorang khalifah daripada jenis makhluk yang berisiko melakukan kerosakan di sana dan menumpahkan darah?” Malaikat bertanya. Pertanyaan Malaikat bukan membantah ketentuan Allah. Aqidah kita menetapkan sifat Malaikat itu adalah makhluk yang taat …

  • 2 July

    Istiqamah Pasca Ramadan Demi Setia Dengan Kebenaran

    “Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya. Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi …

  • 1 July

    Ketidak Pastian Yang Disengajakan

    Menanti sebuah malam. Menanti atau mencari dan memburunya? Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian. Entahlah di …

June, 2016

  • 24 June

    Sembang Kerjaya: Bidang Syariah Bukan Pilihan Terakhir

    Petikan akhbar The Star 2010 “Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” tanya salah seorang ahli keluarga saya. Saya hanya mendiamkan diri. Menelan sahaja persepsi umum yang dilontarkan kepada keputusan saya untuk menolak tawaran yang lebih lumayan Semasa mengisi borang UPU, saya memohon untuk menyambung pengajian dengan …

May, 2016

  • 26 May

    Bencana Membuat Modul Berteraskan al-Quran Tanpa Ilmu Alat

    “Apa batasan untuk membina modul dengan menggunakan ayat al-Quran?” Salah seorang peserta bertanya. Kami berada di dalam program teknik membina modul yang saya dijemput menyampaikan sepatah dua kata. Pertanyaan beliau itu berat. Macam mana sekali pun, modul-modul yang mahu bersandar kepada al-Quran, adalah satu bentuk penafsiran al-Quran. Untuk menafsir al-Quran, …

  • 7 May

    Jangan Kuduskan Ijtihad Politik

    Semasa belajar sejarah di peringkat sarjana, antara yang saya perolehi daripada latihan akademik di situ ialah pentingnya mengikis kecenderungan meromantikkan sejarah, yang turut boleh berlaku ke atas ahli akademik. Meromantikkan sejarah akan menyebabkan kita menggambarkan sesuatu lebih daripada yang sebenarnya, dan menghalang diri daripada bersikap objektif terhadap persetujuan dan kritikan. …

April, 2016

  • 27 April

    Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah?

      Perjalanan saya di dalam siri kuliah Modern History of Europe pada semester ini, menyebabkan saya banyak berfikir semula. Pengembaraan membongkar tingkah laku manusia semenjak di era pasca kejatuhan Constantinople pada tahun 1453, hinggalah kepada Eropah hari ini, menyebabkan saya jatuh kasihan kepada Eropah. Kasihan melihat suatu kumpulan manusia di …

  • 26 April

    ‘Kemuliaan’ Seorang Peragu Kebenaran

    “Ustaz, sekejap ustaz. Saya nak tanya soalan” seorang anak muda menahan saya. Beliau adalah salah seorang peserta dalam sebuah program Pre Departure yang saya kendalikan baru-baru ini. “Tadi ustaz ada sebut tentang kita tidak boleh ragu dengan al-Quran. Macam mana ya? Saya selalu juga ragu-ragu. Adakah salah?” tanya beliau. Pertanyaan yang …

  • 24 April

    Isu Wahhabiyyah: Tingkap Yang Disangka Pintu

    Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pelajar boleh memanggil rakannya …

  • 20 April

    Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

    “Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?” tengking seorang wanita kepada anaknya. Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada. Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi. Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi daya …

  • 12 April

    Isu Tudung Fareeda: Kepada Allah Jua Kupohon Hidayah Buat Diri

    Amar makruf nahi munkar adalah tanggungjawab yang besar terpikul di bahu setiap kita. Selain mengajak kepada kebaikan, kita juga perlu memainkan peranan bertindak dengan tepat tatkala berlakunya kemungkaran. Sabda Nabi sallallāhu ‘alayhi wa sallam: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ …

  • 7 April

    Birgivi: Rendah Akhlaq Kerana Rendah Fikiran

      Abad ke-16 adalah abad cemerlang untuk Dawlah Uthmaniyyah. Banyak aspek ketamadunan yang mencapai ketinggian, mencapainya pada abad itu. Sultannya Suleyman al-Qanuni (Suleyman the Magnificent). Sheikh al-Islam pula Ebussuud Efendi. Senibina pula, pakarnya ialah Mimar Sinan. Ilmu pengetahuannya adalah Taşküprülüzâde. Demikian jugalah perihalnya dengan Barbaros Hayrettin Paşa (Khairuddin Barbarossa) dan tokoh-tokoh …

  • 6 April

    Berakhlak dan Berbahasa Sopan Bukan Angan-angan

    “Shaping Excellent Character” adalah cogan kata sekolah kami. Pelajar kami adalah rata-ratanya anak KL. Di KMSS, akhlaq dan karakter positif yang mendasarinya amat penting. Maka tatasusila, berbahasa dengan betul, sebagai sebahagian akhlaq mahmudah, amat kami titik beratkan. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bahasa menghina dalam komunikasi dengan pelajar. Mereka …

February, 2016

  • 3 February

    HIKIKOMORI: Jangan Sehingga Kita Kehilangan Mereka

      “Bagaimanakah cara yang boleh kita gunakan untuk menyelamatkan generasi Y dan Z?” tanya salah seorang peserta forum. Asas kebimbangan sudah dibentangkan. Kemerosotan interaksi sesama manusia, bukan sahaja menyebabkan anak-anak kita kehilangan minat untuk berbual dengan ahli keluarga dan sanak saudara, malah banyak fondisi agama musnah. Aktiviti galah panjang yang …

January, 2016

  • 27 January

    Biar Pun Bangkrap Ekonomi, Jangan Bangkrap Moraliti

    Warga Malaysia di Galway yang sempat beramah mesra “Apa cerita Ireland?” saya bertanya kepada rakan. “Macam biasa. Inflasi. Bankruptcy, pengangguran, macam dalam berita” katanya. Saya mengangguk. Ramai rakan yang tinggal di Ireland, menghadapi pelbagai cabaran. Ekonomi, sosial, pendidikan, malah kerjaya. Ada yang perkembangan kerjaya sudah stagnant. Gaji pun serba sederhana. Tidak …

November, 2015

  • 20 November

    Sistem Pendidikan Mendepani Fitnah Dajjal!

    Apa risaunya kita dengan kegagalan berfikir, jika tanpa kemahiran itu pun seseorang masih boleh dapat A dalam peperiksaan kita, masuk universiti, kerja, dapat duit, beli kereta dan kahwin. Kenapa sibuk berbicara tentang masalah berfikir sebagai kebimbangan terhadap sistem pendidikan semasa? Setakat manakah strategi menolong anak-anak menjadi manusia yang boleh berfikir …

  • 10 November

    Memilih Sekolah Rendah Untuk Pendidikan Anak

    John Taylor Gatto pernah menyebut, “jika di zaman dahulu, kamu serahkan anak kamu kepada sekumpulan manusia yang tidak kamu kenali, dan kamu benarkan mereka mengerjakan otak anak kamu, kamu memang orang gila!” Demikianlah gambaran beliau mengenai idea anak dan sekolah. Jika ditinjau kepada sejarah pendidikan Amerika Syarikat, rutin menghantar anak ke …

October, 2015

  • 18 October

    Jerebu: Bencana Dukhan dan Amaran Tuhan

    credit photo: .freemalaysiatoday.com Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan …

September, 2015

  • 13 September

    Mengungkapkan Erti Pendidikan Islam di Daerah Asing

    Saya tahu yang saya bukan membawa pendidikan Malaysia. Sebaliknya saya membawa pendidikan sekolah tempat saya berkhidmat. Dan di sekolah kami, pendidikannya adalah ‘pendidikan Islam’. Maka proses ‘mirroring‘ yang sering berlaku antara sistem pendidikan Finland dengan sistem pendidikan negara peserta program, meletakkan saya di kedudukan yang agak canggung. “So what about your …

August, 2015

  • 6 August

    Pendidikan di Finland: Mengenali Realiti Menjauhi Misteri Bersama Prof Fred Dervin

    Kelas kami pagi ini di Athena Building, Siltavuorenpenger Musim ini, bukanlah pertama kali pendidikan di Finland dikagumi, menarik perhatian dunia. World Fair antara 1889 hingga 1900 banyak memperlihatkan pendidikan di Finland yang ketika itu sebahagian daripada Russia, dikagumi ramai kerana efisyen, moden dan saksama (Egginger, 2013). Namun kekaguman kali ini agak …

  • 4 August

    Kembara Finland: Misi Membangunkan Pendidikan Islam

    Sebulan akan datang, saya perlu fokus kepada pendidikan, dengan menghadiri Summer School di University of Helsinki, Finland. Kursus “Understanding Finnish Education: From Myths to Realities” ini merupakan salah satu daripada 20 kursus intensif yang dianjurkan oleh salah sebuah universiti terbaik dunia di negara yang pendidikannya adalah pendidikan yang terbaik, iaitu …

July, 2015

  • 21 July

    “Atas Nama Tanzim…”

    “Dan aku juga pernah melihat, adanya segelintir manusia, mereka mendakwa bahawa tanzim apabila ia berkata-kata, ia tidak berhajatkan kepada dalil syara’. Ini adalah satu bentuk pengurniaan sifat maksum kepada pihak yang tidak berhak memilikinya. Ia adalah satu bentuk pemerasan, dan membatalkan fungsi nas” Demikian kritikan Sa’id Hawwa kepada gerakan Islam, …

  • 19 July

    Apa Rasanya Disalah Erti

    Apa rasanya jika diri anda disalah tafsirkan? Lain yang dicakap, lain pula yang difaham. Memang mengecewakan. Apatah lagi jika suara kita untuk membetulkan tafsiran itu tidak diendahkan. Jika dalam kehidupan secara personal, kita akan meronta dan memberontak untuk membetulkan persepsi orang terhadap kita, maka kehidupan berkelompok akan menjadikan perasaan itu …

  • 16 July

    Setia Dengan Kebenaran, Mengatasi Apa Jua Kepentingan

    Bismillah. Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik. Namun usaha …