January, 2013

  • 25 January

    Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

    Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. …

  • 17 January

    Fussilat: Seni Bertarung Untuk Menang Dan Bahagia

    Semua orang mahu menang. Ada yang mahu menang untuk kepentingan sendiri. Ada yang mahu menang untuk memenangkan apa yang diperjuangkan. Dua-dua itu benar. Kita yakin dengan kemenangan itu kita bahagia. Biar pun sering terjadi, kemenangan kita itu datang bersamanya derita. Kita perkenalkan pelbagai kaedah untuk menang. Ada cara keras, ada …

  • 15 January

    Nasib Menanti Golongan Pencacai – Ibrah Kisah Ashaab al-Ukhdud

    “Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya. Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan …

  • 11 January

    Psikologi Dakwah – 2: Permulaan Yang Lebih Tenang Lagi Menenangkan

    “Saya lihat, kalian yang aktif dalam kerja-kerja Islam ini wajahnya stress belaka. Senyum pun macam tak senyum” saya mengomel. Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memberikan banyak masa untuk kami berbual. “Kenapa ya?” kata sahabat saya yang memandu. “Hah, kenapa ya? Sepatutnya saya yang tanya dan antum yang menjawab” saya ketawa kecil. …

  • 6 January

    Iceberg Sebuah Hedonisma

    Credit photo: www.zazzle.com Tindak tanduk manusia tidak rawak (random). Jauh sekali secara kebetulan. Tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. Ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu. Apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang …

  • 6 January

    Antara Isi dan Kulit: Al-Fahmu Buat si Ulu al-Albab

    Setiap kali berbincang atau bermesyuarat, kita amat berhajatkan kepada keupayaan memahami masalah. “Apa masalahnya?” Andai soalan ini tidak berjawab, maka berjela-jelalah mesyuarat ini. Sejam boleh berlanjutan jadi sehari. Satu mesyuarat boleh meleret jadi sepuluh. Lebih malang, kita tidak sedar pun yang kita sebenarnya sedang membuang masa. Semata-mata kerana kita tidak …

  • 4 January

    Gandakan Manfaat, Tanda Barakah dan Rahmat

    Hari pertama tiba di bumi Shamrock, saya dan isteri disambut oleh tenaga utama di sebalik PUISI2012 ini Salah satu cara yang menjadi amalan kebiasaan semenjak alam persekolahan ialah, apabila saya mahu memahami dan mengingati sesuatu, saya akan menulis mengenainya. Kebiasaan ini jugalah yang akhirnya menghasilkan blog Saifulislam.Com dan buku-buku berkenaan. …

December, 2012

  • 27 December

    PUISI 2012 Melabuhkan Tirai: Misi Menjadi Manusia Berperisian

    PUISI 2012 melabuhkan tirainya. Ini PUISI ke-10 semenjak kali pertama ia dianjurkan pada musim sejuk 2003. Ini pula PUISI ke-3 saya selepas kali pertama menerima jemputan pada 2006 dan kemudiannya 2007. Kali ini saya dijemput untuk menyampaikan modul Pengurusan Hidup Berpandukan Surah al-Kahf. Komiti menamakan PUISI 2012 ini sebagai The …

  • 21 December

    “Anak Saya Minat Lady Gaga, Ustaz!”

    “Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya. Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti …

  • 15 December

    Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah

    credit photo: redrumzero.wordpress.com “Kita kenalah berlapang dada. Tidak semua orang fikir macam kita. Janganlah rigid sangat!” kata seorang lelaki. “Apabila dia cakap macam itu, tidak semestinya dia bermaksud tidak baik. Mungkin cara dia salah. Tapi niat dia baik!” ulas seorang perempuan. “Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza. Takkanlah semua kena sama. Relaks …

  • 14 December

    Geografi ‘Mengantarabangsakan’ Diri

    “Kok Meng, kau punya giliran!” kata Chee Mun. Sahabat kami berpinar-pinar matanya meneliti atlas. “Ok, cuba cari Kampung Sekreta” katanya. Kami semua terdiam. Mulut terkunci, mata ligat memerhati. Mencari. “Hah jumpa dah!” kata Asma. Sebuah kampung tidak jauh daripada persisiran Sungai Pahang. “Ok, aku bagi yang susah punya!” ujar Asma …

  • 13 December

    Al-Hujuraat 4-5: Masalah Kita Bukan Babi

    Saya telah membuat satu kenyataan ringkas yang amat mudah. “Babi haram dimakan dagingnya oleh Muslim” Sungguh mengejutkan. Reaksi yang saya terima pergi lebih jauh daripada apa yang saya jangkakan. haram tak kalau sentuh babi? 42 minutes ago · Like kenapa haram? 42 minutes ago · Like · 1 selain dagingnya? …

  • 13 December

    EBOOK: Tak Kenal Maka Tak Cinta di TV Al-Hijrah

    Bual santai di rancangan Assalamualaikum pada 10 Disember 2012 yang lalu. EBOOK Tak Kenal Maka Tak Cinta boleh dibeli melalui link berikut: TAK KENAL MAKA TAK CINTA Sebarang isu teknikal berkaitan pembelian, pembayaran, akses video dan proses muat turun, mohon dirujuk kepada penerbit. Salam ukhuwwah. HASRIZAL 43000 BSP

  • 12 December

    Khalifah Model School (Secondary): Think Big Act Small, Welcome 2013

    Assalamualaikum. Sejak sekian lama, sebagai pendakwah dan bapa kepada anak-anak sendiri, saya sering berkongsi pendapat tentang pendidikan. Biar pun saya bukan seorang guru, saya sering memposisikan diri saya sebagai pihak ketiga (selain ibu bapa dan sekolah) untuk melihat pendidikan dari sudut yang sentiasa meletakkan keinsanan murid-murid sebagai paksi utama, mengatasi …

  • 11 December

    Di Hamparan Shamrock: Hamba Menyeru, Dia Menyampaikan!

    Alhamdulillah. Buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara. Sungguh benar ibrah seruan haji oleh Ibrahim ‘alayhi al-salaam. Ibrahim menyeru. Allah yang menyampaikan. Pendek benar kaki saya hendak melangkah ke seluruh desa di empat penjuru negara bagi melunaskan tanggungjawab dakwah. …

  • 9 December

    Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

    Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara …

  • 9 December

    Al-Hujuraat: Keharmonian antara Badwi dan Bangsawan

    “Hoi, sial! Apasal lambat bonar kau balik?” jerit seorang sahabat dari tangga surau. Rakannya terkasima. “Huh, nate mu!” ujar seorang kawan. “Temannya bulat biji mata. “Bagero kamu. Jenuh aku menunggu!” herdik seorang pakcik. Pengantin baru itu terpinga-pinga. Ia ayat yang boleh didengari di sana-sini. Di satu tempat ia berbunyi biasa. …

  • 7 December

    Sebuah Kemestian Bagi Misi Mustahil Semasa

    Ia adalah jadual yang tidak masuk akal. Saya tiada pilihan kecuali terus berusaha dan sentiasa memastikan diri dekat kepada-Nya untuk mengekalkan kekuatan. La Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah. Doakan saya… JUMAAT (07/12/12) -Bahan Seminar Surah al-Hujuraat SABTU (08/12/12) Seminar Surah al-Hujuraat Ke KLIA Siap bahan siaran on air TV …

November, 2012

  • 30 November

    Kuasa Sebenar: Antara Magis dan Kasih Sayang

    “Tapi Abi, magic lagi hebat” Saiful Islam berdebat dengan saya. Tetap mahu membuktikan kuasa ILMU bukan kuasa yang diimpikannya. “Kenapa pula?” saya bertanya. “Ye la, dengan magic, kita boleh tukar dapat apa yang kita nak” hujahnya. “Yop memang percaya magic tu wujud ke?” saya mahukan kepastian. “Takde la. Saja je!” …

  • 23 November

    VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

    https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? …

  • 19 November

    UPSR: Teruskan Perjalanan Sebagai Hamba Allah yang Berusaha

    Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1987 di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh Pada tahun 1986, saya mendapat 5A di dalam keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (sebelum ditukar kepada UPSR). Pada tahun 1996, sudah tiada siapa kisah dengan keputusan yang membanggakan itu. Pada tahun 2006, 5A itu sudah hampir luput …

  • 18 November

    Anak-anak Adalah VIP Sebenar Hari Graduasi

    Alhamdulillah. Hari ini adalah Graduation Day untuk anakanda Muhammad Imaduddin. Tahun ini beliau belajar di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) berhampiran rumah kami untuk melengkapkan proses pembelajaran pra sekolahnya. Saya dan isteri memilih Montessori atas beberapa faktor. Imad sebagai kanak-kanak yang lahir di hujung tahun, secara semulajadi mudah berasa tertekan dengan rakan …

  • 17 November

    Tidak Perlu Menjadi BoBoiBoy Untuk Hebat!

    “Best kan? Kalau ada kuasa macam cerita BoBoiBoy?’ kata Imad. “Ha ah. Macam Gopal pun ok dah!” balas Saif. Kami sedang bersarapan pagi. Saya membaca jurnal di iPad, sambil meneman anak-anak yang rancak makan bihun. “Kenapa Allah tak bagi kita power macam BoBoiBoy kan?” sambung Imad lagi. Naurah dan Muiz …

  • 16 November

    Gaza dan Doa Kita

    Gaza bermandi darah lagi. Hujan peluru. Syuhada’… Syuhada’… Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter. Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna. Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan. Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara. Zionis masih …

  • 14 November

    Cara Kita Memandang Kanak-kanak

    “Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian. Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang. “Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” …