Dakwah: Menjinak Atau Meliarkan

“Yarhamkallah!” kata Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami. Beliau mengucapkannya ketika seorang jemaah yang sedang bersolat bersin. Beliau juga sedang bersolat! Jemaah yang lain berpaling kepadanya mengisyarat supaya diam. “Habislah aku! Kenapalah aku mengucapkannya begitu hingga semua jemaah memandang!” sahabat itu keresahan. Bimbang dimarahi oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Usai mengerjakan …

Read More »

Antara NAS dan INSAN

Jurang budaya di dalam masyarakat kita semakin melebar. Jika diambil negeri Selangor sahaja pun, kita sudah cukup terasa betapa jauhnya beza keperluan dan kemahuan Muslim yang berada di Tanjung Karang dan Sungai Besar, dengan mereka yang berada di Subang dan Damansara. Perbezaan itu lebih terasa apabila kita mendekati mereka dengan …

Read More »

Tahun Ini Aqil Baligh?

“Abi, apa dia yang bila kita dah boleh tanggung dosa sendiri tu?” tanya Saiful Islam. “Dah boleh tanggung dosa sendiri? Mampu ke nak tanggung dosa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyaan. “Habis tu apa?” anak sulung saya kebingungan. “Bukannya sudah boleh tanggung dosa sendiri, tapi KENA tanggung dosa sendiri!” saya membetulkan …

Read More »

Dakwah ‘Hati Kering’!

Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan …

Read More »

Sunnah Meminta Pendapat Anak

“Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta. “Tanyalah” jawab Saiful Islam. “Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal. “Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan. Lama beliau berfikir. Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya. “Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya. …

Read More »

Kebijaksanaan Karya Al-Asma’ Al-Husna Asmawi (Mawi AF)

Selepas dua bulan mendapatkan album Al-Asma’ Al-Husna oleh Asmawi (Mawi AF) ini melalui iTunes, saya masih mengekalkannya sebagai album terbaik untuk tahun ini. Tidak keterlaluan saya katakan, penghasilan album ini sangat bernilai tinggi pada bakat dan kebijaksanaan memilih Al-Asma’ Al-Husna sebagai satu-satunya lirik dalam kesemua trek. Hanya dengan Al-Asma’ Al-Husna, …

Read More »

Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

  Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si …

Read More »