Andai Kau Tahu

“Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka …

Read More »

Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

Sidang Jumaat rahimakumullaah, Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar bin al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.” Kemudian ‘Umar …

Read More »

Fitnah di Hujung Lensa

“Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau. Saya terkejut. Capati dilepaskan kembali ke pinggan. “Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman. “Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau. Seorang anak gadis yang hadir bersama ke Kuliah …

Read More »

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

______________________________ Artikel asal siaran tahun 2009 ______________________________ ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut. Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan …

Read More »

Sidang Media Drama CINTA SEMPURNA

Alhamdulillah, penggambaran drama CINTA SEMPURNA berjalan lancar. 300 orang warga kerja terbabit sama, ia suatu produksi yang boleh dikira besar. Saya banyak mengikuti perkembangan mengenainya dari halaman blog Ustaz Zabidi Mohamed selaku penulis skrip, juga blog rasmi untuk drama CINTA SEMPURNA ini iaitu di oasis-cintasempurna.blogspot.com. Hari ini, produksi drama CINTA SEMPURNA mengadakan Sidang …

Read More »

Kebuntuan Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

Read More »