Arkib

Hubungan Alam Melayu – Turki Merentas Sejarah (Artikel 1996)

Artikel ini ditulis pada tahun 1995-1996 sebagai manifestasi minat peribadi saya mengkaji sejarah Daulah Uthmaniyyah. Ia bermula daripada secara kebetulannya saya terjumpa buku Mehmet, Ozay (1991), Islamic Identity and Development: Studies of the Islamic Periphery, Routledge, ISBN 0415043867 di Perpustakaan Universiti Mu’tah, Jordan, tempat saya belajar. Saya menggunakan nota kaki di dalam buku …

Read More »

Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?

Sesi bersama remaja, banyak suka dan duka “Saya takut nak balik, ustaz!” kata Azmin kepada saya. “Kenapa pula?” diri ini kehairanan. “Ayah saya bagi kami makan duit haram. Saya takut mati, takut dosa, takut neraka” sambungnya lagi. Suaranya terketar-ketar.   Selama hidup ini, ayah Azmin membesarkan mereka sekeluarga dengan duit judi. …

Read More »

Faedah Dua Telinga Dan Hanya Satu Mulut

“Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini” keluh bapa seorang pesakit. “Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya …

Read More »

Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah

Wajah yang menyimpan seribu cerita di bumi Dagistan ARTIKEL INI DITULIS PADA 21 APRIL 2007, PETIKAN BUKU BERCINTA SAMPAI KE SYURGA “Sheikh Rayyan, apa cerita menarik awak di Dagistan?” saya bertanya. Rayyan tersenyum. Beliau baru sahaja pulang ke Jordan selepas lama menetap di sana. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah …

Read More »

Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa …

Read More »

(Artikel 2007): Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

Kenapa anda mahu jadi doktor?” saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. “Sebab minat biologi?” saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. “Sebab suka tolong orang?”saya terus bertanya. Ramai yang …

Read More »

(Artikel 2008) UJIAN: Antara Berani dan Bijaksana

“Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan takut kehilangan rezeki!” pujuk pembaca. “Ayuh semua, gunakan amanah ilmu yang Allah berikan kepadamu untuk menentang kebatilan. Apa ditakut pada gertakan manusia!” semangat seorang lagii. Semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah …

Read More »

Tidak Bersih Islam Dengan Kotor Muslim (Artikel 2008)

“Kita kena tunjukkan kepada orang-orang kafir yang kita orang Islam ini tidak semudah itu diperkotak-katikkan”, bentak seorang ‘pembela Islam’. “Ya, biar mereka tahu siapa kita!” tegas seorang yang lain. “Ajar kafir laknat tu!” berapi-apinya seorang ‘pahlawan Islam’ yang seorang lagi. Tunjukkan! Buktikan! Biar mereka nampak! Itulah kalimah yang sering diulang-ulang …

Read More »

Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

Read More »

Pertemuan Ilmuan Dan Da’i Malaysia

Foto ihsan Zaharuddin.Net Saling berpesan untuk kebenaran bersama kesabaran, bukanlah agenda kecil. Ia mengiringi untung rugi hidup sebagai hamba Allah yang menghargai masa kehidupannya. Alhamdulillah segala puji bagi-Nya yang telah melimpahkan kurniaan rezeki untuk para asatizah berhimpun di dalam sebuah ‘usrah’, dengan inisiatif al-Fadhil Ustaz Haji Zaharuddin Abdul Rahman yang …

Read More »

PERMAI 2010: Misi Memanggil Muslim Pulang

Keluarga PERMAI 2010 Bandung, Indonesia Alhamdulillah, PERMAI 2010 sudah melabuhkan tirainya. Saya cuba memberikan yang terbaik. Apatah lagi apabila Tuan Pengarah menyatakan bahawa PERMAI ditangguhkan dari 2009 kepada 2010 semata-mata kerana mahu mengekalkan saya sebagai penceramah. Masuk sahaja Januari 2010, PERMAI berlangsung tidak tertangguh-tangguh lagi. Lebih 200 orang mahasiswa dan …

Read More »

Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas

Reading a postcard by the window. “Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!” emel seorang pembaca kepada saya. “Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!” tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya. Emel dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi. Malah ejaan cacat seperti itu …

Read More »

Metode Khalifah Laskar Pelangiku

“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman. Wajahnya berubah sedikit. Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj. Fitnah …

Read More »

Fitnah di Hujung Lensa

Kami suami isteri, halal bergambar berdua-duaan bersama. “Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau. Saya terkejut. Capati dilepaskan kembali ke pinggan. “Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman. “Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau. Seorang …

Read More »

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

______________________________ Artikel asal siaran tahun 2009 ______________________________ ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut. Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan …

Read More »

Terlalu Letih Untuk Mati

“Ehh… ramainya pasukan tentera!” saya terkasima. Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut kelihatan hiruk pikuk. Askar berkawal di sana sini. Saya yang baru mendarat tiba dari Amman kebingungan. “Sila buka beg anda,” tentera bersenjata itu mengarahkan saya membuka beg. Belum pernah lagi saya diperiksa sebelum keluar dari pesawat. Selalunya pemeriksaan ialah sebelum …

Read More »

Sebelum Dibius Cinta

“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya. “Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang girlfriend kepada boyfrriend. Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya agak luar biasa kepada manusia …

Read More »

Blog Kepada Buku

Sesi tandatangan buku Aku Terima Nikahnya di Ibaraki, Jepun… Ogos 2008 “Benda nie kalo korang nak tahu, ulamak kiter dah bahas panjang giler kat dlm bk jar wa ta’dil. Korang tak kesian ke tgk ulamak susah2 buat kajian, pehtu korang main ckp ikut suka jer bab2 muawiyah dgn ali ni. …

Read More »

Indah Desa Pada Hidup Memberi

“Tambah le lagi makan tu!” kata Wah kepada kami. Saya tidak dapat menolak. Lemang yang dihidang cantik tak berkerak dan betul lemaknya. Tetapi rendang cicahnya, Subhanallah. Sungguh sedap. “Tak pernah rasa rendang macam ini, Wah!” saya memberikan komen.  Beliau hanya tersenyum. Pak Wah pun ketawa kecil. Nampak keseronokan di wajah …

Read More »

Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina

“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop ada dekat mana?” anak sulung saya bertanya. Usianya baru enam tahun. “Sudah besar, anak aku rupanya” hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa. “Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat …

Read More »

Agenda Tarbiah vs. Cita-cita Siasah

Saya sedang memikirkannya secara serius. Apakah akan sampai satu hari nanti PAS terpaksa memisahkan identiti TARBIAHnya daripada identiti SIASAH? Pemisahan bukan kerana pemisahan prinsip pada cabang-cabang pemikiran Niccolò Machiavelli dalam Siasah dan Sayyid Qutb di dalam Tarbiyah. Bukan begitu. Pemisahan yang saya maksudkan itu adalah pemisahan yang terbit dari kegagalan …

Read More »

PERMAI’08 Melabuhkan Tirai

Dua trainer PERMAI’08, Ustaz Abu Saif dan Ustaz Fadly Riza “Kalian semua beruntung kerana berpeluang belajar di sebuah negara seperti Indonesia. Negara yang punya banyak peluang, banyak kekuatan, banyak harapan dan banyak juga masalahnya! Peluang untuk kalian matang dan belajar tentang kehidupan!”, pesan Ustaz Fadly Riza kepada peserta PERMAI 2008. Saya ketika …

Read More »

Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti

Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada buruk dan ada baiknya. Sebab itu saya rimas apabila catatan-catatan kekeluargaan saya dibaca secara tidak realistik. Seolah-olah semuanya terlalu ideal, cantik, kemas dan mithali belaka. “Habis, semua cerita anta berakhir dengan good ending belaka!”, kata kawan saya yang setia mendengar keluhan. “Itulah …

Read More »

Menjernihkan Perubahan PAS-DAP

“Susah nak ceramah bab Negara Berkebajikan ni” antara keluhan yang terdengar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini. Perubahan pendekatan yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang tempoh kempen, merupakan suatu proses yang mencabar. Biar pun taklimat telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada jenteranya semasa melancarkan manifesto tempoh hari, ada beberapa persoalan yang …

Read More »

Manusia Separuh Manusiawi

Pemergian ke PUISI 2007 di Waterford Ireland baru-baru ini memberikan saya banyak pengalaman berharga. Bukanlah kerana banyaknya kejadian yang berlaku ke atas diri saya, tetapi lebih kerana hasil kelaziman membuka mata dan telinga terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin ini caranya yang baik untuk kita mendidik diri. Jangan …

Read More »