Saturday, January 11th, 2025

Retrieval Practice: Cara Mudah Membantu Pembelajaran Anak-anak

“Apa benda menarik di sekolah hari ini?” ia mungkin soalan yang selalu kita tanya sebagai ibu bapa, jika amalan berbual dengan anak-anak menjadi kebiasaan.

Soalan itu boleh diubah kepada, “hari ini belajar apa di sekolah?” semasa berbual.

Ia mungkin dijawab dengan sambil lewa oleh anak-anak, terutamanya apabila anak-anak fikir apahal pulalah orang tua ini menyibuk hendak tahu apa yang mereka belajar di sekolah siang tadi.

Tetapi, soalan yang ditanya sebegitu, jika ditanya dengan bersungguh-sungguh oleh ibu bapa, adalah satu strategi pembelajaran yang amat besar nilai dan manfaatnya untuk pembelajaran si anak. Apa yang ibu bapa lakukan dengan pertanyaan tersebut ialah apa yang dikenali di dalam sains pembelajaran sebagai RETRIEVAL PRACTICE.

Apabila ingatan dibawa ke minda, selepas adanya DELAY atau JURANG antara masa ia dipelajari dengan masa ia cuba diingati semula, memori itu akan dibangunkan semula dan dikukuhkan. Jika guru menjalankan kuiz di kelas, melalui kuiz itu murid bukan sahaja menyemak kembali ingatan mereka terhadap apa yang telah dipelajari, malah mereka juga mengukuhkannya.

Apabila ibu bapa bertanyakan apa yang dipelajari semasa di sekolah, ia adalah satu proses pengukuhan pembelajaran, yang jauh lebih berkesan daripada membaca kembali maklumat yang dipelajari (Roediger & Karpicke, 2006).

Kita bukan sedang menyibuk, tetapi membantu anak mengulangkaji pelajarannya secara organik dan santai, tanpa tekanan.

Sebabnya, apabila kita membawa kembali ingatan ke minda, kita mengubahsuai ingatan tersebut. Ia menjadikan memori itu lebih tahan lama dan fleksibel untuk kegunaan anak di masa hadapan.

Semakin anak meningkat remaja, semakin bertambah risiko mereka bercerita secara sambil lewa. Maka semasa anak bercerita, pastikan dia menceritakannya sehingga anda memahami apa yang diceritakannya. Maklum balas kita terhadap cerita mereka pula, menjadikannya lebih hebat.

Dengan cara ini juga, kita ibu bapa terus menambah ilmu. Anak jadi cikgu.

Murah, mudah, semua orang boleh buat, kan?

For example, one of the most uncontested areas of research on learning is on the testing effect; the finding that retrieving something from our long-term memory is enhanced when the to-be-remembered information is retrieved through testing with proper feedback. This retrieval practice is possibly the most effective way of retaining knowledge and yet this discovery is often used poorly in schools with testing being used as the final endpoint in a process of learning as opposed to a means of facilitating learning along the journey. Not only is it often used poorly, or not at all in schools, it is apparently also not taught to future teachers in universities and teacher colleges (Pomerance, Greenberg, & Walsh, 2016; Surma, Van Hoyweghen, Camp, & Kirschner, 2018).

Hasrizal
Naas, Ireland

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content