Saturday, January 11th, 2025

Kanan 10:15 Pagi, Kiri 09:15 Pagi: Mengajar di Sempadan Finland – Sweden

Pada 7 Mei 2019, saya menerima jemputan di bawah program Erasmus in Schools untuk mengajar subjek International Studies bagi murid Grade 8 dan 9 di sebuah sekolah di pekan Tornio.

Tornio atau nama rasminya Tornion kaupunki (City of Tornio) merupakan bandar berkembar dengan Haparanda di sebelah Sweden, terletak kira-kira 140km dari Oulu, atau 2 jam setengah perjalanan dengan menaiki bas. Ia terletak di delta, kuala Sungai Tornio dan sungai ini merupakan asas kepada sempadan yang memisahkan Sweden dengan Rusia selepas perang pada awal abad ke-19. Selepas Finland mencapai kemerdekaan daripada Rusia pada tahun 1917, sempadan itu secara asasnya kekal memisahkan Finland daripada Sweden.

Biar pun sejarah dan politik memisahkan dua bandar ini, semangat kerjasama antara penduduk dan kerajaan tempatan nampaknya semakin erat. Secara rasminya, nama yang dipakai di kedua-dua belah wilayah ialah TornioHaparanda dan HaparandaTornio. Malah di IKEA misalnya, semua barang dilabelkan harganya dengan kedua-dua matawang Euro dan Krona (Swedish).

Saya mengambil sedikit masa meninjau sekitar pekan Tornio kerana semasa November lepas, saya dan keluarga lebih banyak meluangkan masa berjalan di sebelah Haparanda. Dalam keadaan berpuasa (2 Ramadan 1440H), saya perlu membataskan sedikit pergerakan kerana ada 3 jam waktu mengajar yang perlu saya kendalikan di sekolah Putaan, sebelum kembali semula ke Oulu dengan bas pada jam 4 petang.

Jika anda berpeluang berjalan ke Tornio Haparanda ini, perlu diingatkan bahawa di sebelah Finland, zon waktunya berbeza dengan sejam tambahan. Maka jika tiket bas anda dibeli di Finland (misalnya melalui Matkahuolto) dengan waktu bas bertolak pada jam 4 petang, maka ia bermaksud 4 petang Finnish (3 petang Swedish). Telefon bimbit anda mungkin akan secara automatik bertukar jam, dan ia boleh mengelirukan kita.

Hasrizal
Tornio Finland

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content