Jangan Cabut Baju Yang Allah Pakaikan Itu

070113_han_morsi_640

Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu telah meminta pendapat Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:

Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata “letak jawatan atau kami akan membunuhmu!”

Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Uthman: Tidak

Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi ‘sunnah’ (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!

[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Check Also

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu …

One comment

  1. Pencinta Islam

    Sedih apabila mendengar ceramah seorang ustaz yg menyatakan bahawa setiap kali sujud Presiden Morsi penuh dengan air mata mengharapkan pertolongan daripada Allah. Marilah kita sama-sama berdoa agar Bumi Mesir selamat dan Presiden Morsi terus berkuasa untuk menegak syariat Allah di bumi Mesir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share