Cuaca Dan Ajal Sebuah Tamadun Manusia

tdat2004

“Filem The Day After Tomorrow  tu, boleh betul-betul terjadi ke?” anak saya bertanya.

Amerika Syarikat dilanda cuaca beku yang memusnahkan kehidupan. Filem fiksyen nukilan Roland Emmerich itu diterbitkan pada tahun 2004. Oleh kerana ia filem fiksyen, mudah sahaja untuk relevannya ia diketepikan.

Tetapi semalam, ia mengundang pertanyaan kepada diri saya.

Tahun 2013 menyaksikan keganasan bencana alam yang banyak berkaitan dengan air, suhu, tekanan udara dan angin. Mungkin Taufan Haiyan tidak mencetus kematian seramai Tsunami 2004 dan tidak melanda kawasan-kawasan pelancongan terkenal, maka kehadirannya kurang diberi perhatian massa. Ramai sahaja yang tidak tahu menahu mengenainya. Taufan paling dahsyat pernah melanda planet Bumi, dalam pengetahuan manusia setakat ini!

Rakan-rakan Facebook saya berada di lokasi yang pelbagai. Ada di Kanada, Amerika Syarikat, Finland, Jerman, Itali membawa ke negara Arab hinggalah ke Afrika Selatan dan Australia. Mereka sesekali berkongsi catatan tentang kepelikan cuaca di lokasi masing-masing. Ia tidak mengundang sebarang reaksi kepada saya. Namun memori mengenainya terakam di minda.

Soalan anak saya semalam, menyebabkan saya terfikir, apakah kaitan cuaca dengan sejarah?

CUACA DAN SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA

Di zaman purba, kita sedia maklum tentang kemusnahan tamadun manusia disebabkan oleh cuaca. Banyak catatan berbentuk lagenda, namun banyak juga yang dibuktikan secara empirikal. Sudah tentu kita tidak lupa kepada  Pompeii dan Herculaneum di Itali yang musnah dalam malapetaka letusan gunung berapi Vesuvius pada tahun 79M.

Tetapi bagaimana pula dengan era sejarah yang lebih terkini?

Dawlah Uthmaniyyah?

Saya meraba-raba beberapa sumber untuk mencari kajian mengenainya. Di kepala saya hanya teringatkan satu peristiwa iaitu pembunuhan Janissaries ke atas Sultan Osman II pada 20 Mac 1622. Bersama tragedi itu, tercatat juga bahawa Selat Bosphorus membeku pada tahun 1621 sebelumnya (Mikhail, Alan, ed. Water on Sand: Environmental Histories of the Middle East and North Africa. Oxford University Press, 2013.)

Bacaan lanjut menemukan saya kepada artikel jurnal oleh Yavuz, Vural, Naki Akcar, dan Christian Schlรผchter yang bertajuk “The Frozen Bosphorus and its Paleoclimatic Implications Based on a Summary of the Historical Data.” Ia disiarkan dalam buku The Black Sea Flood Question: Changes in Coastline, Climate, and Human Settlement, pp. 633-649. Springer Netherlands terbitan 2007.

Adalah rumit untuk orang seperti saya yang tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam sains persekitaran, membaca kajian berkenaan. Tambahan pula untuk meneliti fenomena Little Ice Age yang dibicarakan, terhadap sosio politik era berkenaan.

Bacaan tambahan menemukan saya dengan kertas kerja Sam A. White daripada Universiti Columbia (White, Sam A. “CLIMATE CHANGE AND CRISIS IN OTTOMAN TURKEY AND THE BALKANS.”). Beliau telah memanfaatkan data-data yang berselerakan di dalam dokumen sejarah untuk membentuk pemahaman yang jelas tentang keadaan cuaca di kurun ke-16 dan 17 Dawlah Uthmฤniyyah. Penjelasan beliau tentang Little Ice Age (LIA) yang begitu ekstrim hingga menjadikan laut yakni Selat Bosphorus serta sungai dan tasik membeku bersama angin sejuk kering yang menghembus hingga Itali, telah memberi kesan yang besar kepada penempatan, pertanian, kesihatan, pekerjaan, dan seluruh aspek kehidupan manusia.

sam-a-white

Sejauh manakah perubahan cuaca drastik yang berlaku selepas era Kanuni Sultan Suleyman dan Imam Birgivi yang menjadi subjek kajian saya, mempengaruhi perkembangan Dawlah Uthmaniyyah? Ia persoalan yang memerlukan kajian lanjutan.

Semua latar belakang yang berkaitan dengan cuaca ini, di dalam catatan-catatan sejarah, tertumpu kepada mencatat akibat akhirnya sahaja iaitu aspek politik dan ekonomi. Hingga kita terlupa bagaimana ada sesuatu yang berlaku kepada alam sekitar, yang sebenarnya mengubah segala-gala. Alam sekitar yang merupakan ‘tentera Allah’ yang bekerja di luar perhatian manusia.

DAN KITA

kuala lumpur snow

kredit foto: kenwooi.com

Negara kita juga demam.

Ketika alam sekitarnya demam, peri buminya demam lebih kritikal lagi.

Apa sahaja isu, segalanya dipandang dari sudut sempit politik dan kepentingan.

Dalam keghairahan masyarakat di Malaysia hari ini yang saban hari bercakaran, mencarut dan memaki hamun tentang politik dan ekonomi, sepertinya kita terlepas pandang yang ‘tentera Allah’ sedang merobek generasi durhaka ini.

ุธูŽู‡ูŽุฑูŽ ุงู„ู’ููŽุณูŽุงุฏู ูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุฑู‘ู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุญู’ุฑู ุจูู…ูŽุง ูƒูŽุณูŽุจูŽุชู’ ุฃูŽูŠู’ุฏููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู„ููŠูุฐููŠู‚ูŽู‡ูู… ุจูŽุนู’ุถูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุนูŽู…ูู„ููˆุง ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนููˆู†ูŽ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Al-Rum : 41]

“Takut ke?” saya bertanya kembali kepada anak yang masih menonton.

“Takut juga” kata beliau.

“Antara Kiamat dengan mati, mana yang lagi senang berlaku?” saya mengajak beliau berfikir.

“Mati lagi senang” jawabnya perlahan.

“Oleh kerana mati itu lebih senang terjadi berbanding Kiamat, kita serahkan urusan Kiamat kepada Allah dan kita sebagai manusia, oleh kerana mati itu boleh terjadi bila-bila masa dan mudah sekali, kita kenalah menghargai hidup ini dengan sentiasa berbuat baik dan beriman kepada-Nya” saya membuat rumusan.

Beliau mengangguk. Saya tidak mahu fikiran negatif menguasai anak kami. Dalam masa yang sama saya juga tidak boleh menyembunyikan pengetahuan tentang perubahan cuaca yang sedang terjadi. Namun anak-anak kami perlu kekal optimis kerana ia adalah nadi harapan mereka. Sekurang-kurangnya untuk mereka dan masa depan mereka nanti.

“Dan jangan lupa senyum!” saya menyiku beliau.

Anak saya ketawa.

16_61

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Da memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta ditangguhkan walau pun sesaat dan tidak pula mereka akan dapat meminta dipercepatkan. [Al-Nahl 16: 61]

Bapa di sebelahnya menarik nafas dalam-dalam kerana benak hatinya masih berkata, “Bumi ini tidak akan lagi kembali kepada keadaan sebelumnya.”

Rahmati kami ya Allah.

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Check Also

Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang …

11 comments

  1. Terima kasih. Ustaz menulis tentang satu perkara yang sering difikirkan saya akhir-akhir ini- mengenai malaysia dan bencana alam. terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini.

    • Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi bertamu. Topik ini penting, dan dengan menulisnya ia mengurangkan rasa gelisah saya memikirkan ke arah manakah fizikal negara kita sedang menuju, ketika mana spiritual, mental dan sosial semasanya seperti sekarang ini

  2. Mariah Abd Rahim

    Assalamualaikum Ustaz.
    Antara bencana alam, Malaysia kini dan perbualan antara ayah dan anak, semuanya tetap mengajar saya berfikir setiap bait penulisan Ustaz.
    Dari berfikir itu, semoga membuahkan hasil yang dapat memandu kemana hala tuju kita selepas ini dalam setiap tindakan dan keputusan..
    Terima kasih Ustaz dengan perkongsian yang cukup mengajar akal berfikir beserta ayat Al-Quran yang menyentuh jiwa..

  3. Benar Ustaz, saya turut memikirkan perkara yang sama berkenaan alam ini.

    Tambahan, tahniah kerana ustaz menghidupkan kembali ‘institusi’ blogger. Perbincangan lebih fokus tanpa komen-komen yang kadangkala tersasar. Sungguhpun skop pembacanya mungkin sedikit berbanding di FaceBook, tapi sebenarnya ia adalah anugerah bagi yang benar-benar ingin mencari ilmu.

    Terima Kasih

  4. Dunia sudah terlalu tua…
    Bila2 masa saja kiamat akan tiba…

  5. Semoga golongan yg beragama tak jadi spt hadis ahli ibadah yg diperintah oleh Allah utk dihancurkan dahulu apabila Turun azab Allah….semoga subur usaha Amar makruf nahi mungkar di Malaysia seperti suburnya pelbagai
    Jenis kuliah agama sejak kebelakangan ini….kerana ianya akan menolak bala. InshaAllah

  6. saya teringat mengenai pencemaran cahaya yang ustaz pernah tulis dahulu. dan sekarang saya faham, betul-betul faham, sebab apabila berada di tengah-tengah KL, jangankan bintang,langit pun hilang..yang nampak hanya cahaya merah hasil biasan lampu.

  7. Alhamdulillah saya sempat belajar modul Environmental Change, dan ya kajian mengenai perubahan cuaca ini tak pernah lari daripada kajian mengenai ketamadunan manusia.

    Teringat pesan ustaz Ridha pada saya pula, yang sedang saya belajar ini banyak benar kaitannya dengan fenomena akhir zaman.

  8. my son already noted…n teruja mbahaskannya even bru umur 10 thn(dia suka mbaca n menonton dokumentari sains)….by d way …jawpn yg bijak ustaz berikn pd anak…suka atau tidak…ianya realiti….hopefuly our holiday week will be shift to Friday…spend time wt family at mosque…Allahurabbi…..

    • Alhamdulillah.

      Jika kena gaya, memang anak-anak kita boleh menggarap topik berat sebegini dengan baik.

  9. aku dulu pun mula minat ni daripada mnuecba. tapi lama kelamaan jadi minat sangat. apply keje tak dapat2. so teruskan dengan keje camni sampai sekarang.ada hikmah di sebalik yg terjadi tu kan. tak gitu bro? hee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.