Azam 2014: Menikmati Pilihan-pilihan ‘Kekampungan’

leaving-facebook

Biasa mendengar pengakuan mangsa?

Ini pengakuan seorang mangsa.

Mangsa Facebook.

Bertahun-tahun menafikannya, mangsa mula jadi pemangsa, untuk mangsa seterusnya yang menjadi mangsa secara sukarela.

Hanya taqwa benteng penyelamat. Taqwa yang menyedarkan diri tentang satu-satu situasi yang kita berada di dalamnya, atau sudah menjadi sebahagian daripadanya.

Resah melihat Facebook mengubah tabiat tokoh-tokoh yang bergiat menggunakannya hingga nama-nama besar pun jadi gedik, baran, merepek, merapu, juga ‘terpaksa’ membuat justifikasi demi justifikasi terhadap pelbagai perkara.

Jawab menjawab.

Balah berbalah.

Entah bagaimana hendak mengungkapkannya, tabiat aplikasi Facebook itu sendiri menyebabkan apabila alim berbahas dengan jahil, ia akan berakhir dengan binasanya si alim, dan semakin menebal kejahilan para juhala’.

instant_noodle_perfector

kredit foto technabob.com

Dalam konteks proses ilmu, mendidik dan mengajar atau berdakwah di Facebook adalah seperti memberi mi segera kepada orang yang lapar kebuluran. Mula-mula rasa berjasa. Lama kelamaan ia berubah menjadi pembunuhan.

Dalam dunia Facebook, perkembangan ilmu tidak selari dengan perkembangan akhlaq, lalu menimbulkan tanda-tanya bagaimana sebenarnya kita hendak menilai hasil hidup beragama.

2014, saya sekali lagi berusaha. Buat kali entah ke berapa. Dan entah berapa lama bertahannya.

Akaun peribadi saya kecilkan kepada kurang 100 teman, yang benar-benar Facebook itu satu-satunya medium saya kekal berhubung dengan mereka. Halaman ‘peminat’ (fan page) peribadi saya tutup.

Tinggal Mu’arrikhūn, halaman kecil yang fokus kepada catatan-cacatan berkaitan pembelajaran sejarah, untuk membawa pembaca kepada ilmu dan majlis ilmu.

Ia hanya pandangan peribadi saya untuk menjelaskan beberapa keputusan peribadi. Ada pun pengguna yang lain, teruskan menurut pilihan masing-masing. Pilihan yang bukan untuk dibanding-banding sesama insan, tetapi untuk dibekal dalam perbicaraan di hadapan Tuhan.

“Apalah punya sempit pemikiran ustaz ini!” seorang pengguna Facebook mencemuh semasa saya memaklumkan penutupan halaman peribadi akhir tahun lalu.

Antara urban dan ‘kekampungan’, sering saya temui bahawa kekampungan itu yang banyak mendamaikan.

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Check Also

Pembayaran Zakat Melalui Sekolah Mithali Khalifah

Khalifah Model School – Secondary memodelkan sebuah pendidikan alternatif untuk mempromosikan amalan-amalan positif di dalam pengajaran …

16 comments

  1. Saya rasa ini langkah yang sesuai pada waktu ini. Saya sendiri menjadi agak ‘sinis’ dengan figura figura hebat masyarakat termasuk ‘para ilmuan agama popular’ yang adakalanya ‘bunyinya’ seolah sindir menyindir sesame sendiri.sehingga persoalan timbul di hati..siapa lagi yang tinggal untuk jadi ‘rolemodel’ dalam masyarakat saya hari ini

  2. Assalamu’alaykum,

    Semoga Allah merahmati Ustaz kerana berani untuk berbeza dan menyatakannya secara terang.

    Saya makin melihat Facebook sebagai medium yang perlu digunakan dengan sangat hati-hati jika benar-benar ingin menjaga hati.

    Minggu ini saya sedang cuba berjuang untuk tidak melihat FB selama seminggu bermula pagi tadi kerana Ahad lalu terbaca saran seorang Syeikh supaya menutup FB selama beberapa hari dan lihat waktu kita akan berbaki lebih banyak.

    Telah mematikan notifikasi FB di ‘icon badge’ dalam telefon pintar. Apabila hujung minggu akan menyemak semua dan baca hal-hal terpenting sahaja.

  3. Abdul Rahim Rahman

    Sesungguhnya ianya lebih aman dan nyaman di sini, jauh dari hiruk pikuk FB yang didiami oleh manusia pelbagai.

  4. Kalau saya pribadi lebih memilih ngeblog 😀

  5. Assalamualaikum.
    Semuga Ustaz berada dalam keadaan sejahtera di sisi keluarga.

    Hari ni baru perasan Ustaz dah tutup akaun FB. In Sya Allah saya akan ikut Ustaz di blog. Selamat meneruskan usaha dakwah secara ‘kampung’….saya suka.

  6. Alhamdulillah Ustaz.. syabas… semoga istiqamah dalam berdakwah… tak perlu medium ni tak mengapa bahkan Rasulullah mengembangkan Islam ke seluruh tanpa adanya medium melainkan dengan ilmu.. Imam Bukhari dan imam-imam yg lain juga begitu.. kita akan menghabiskan masa kita dalam melihat hal orang lain walaupun dalam pada kita mahu berdakwah.. saya sudah lama menutup akaun facebook dan alhamdulillah kita boleh gunakan medium lain utk berdakwah dan mnyebarkan ilmu.. Allah bersama kita.. tak perlu keluh dan kesah apabila tidak tahu akan hal dunia.. wallahualam..

  7. Saya pun nak balik kampung jugaklah hihihi.. TQ ustaz, tetiba saya terfikirkan sesuatu…

  8. Moga Allah memberkati usaha ustaz dalam perkongsian ilmu.Benar kata ustaz.Saya pun telah ‘tersedar’ dari perangkap facebook,dibuai mimpi hidup di ‘alam maya’,nekad terus tutup akaun,rupanya banyak masa terbuang selama ini,ketagihan merosakkan,tiada yg penting sebenarnya….lebih baik masa itu untuk menambah ilmu,membaca, menjahit dan sebagainya,sudah hilang adab bangsa melayu sebagai bangsa yg bersopan santun,,di fb jumpa komen yg tak sepatutnya,adakah akan timbul rasa riak pd seseorang bila fan pagenya capai ratusan ribu…apa akan jadi pd remaja kita yg ketagihan fb?kita bersembang dgn rakan alam maya tapi jiran sebelah rumah tak bertegur sapa..’share’ maklumat atau gambar tak ada manfaatnya,sumbernya tidak pasti dari mana….sekadar renungan ….

  9. Alhamdulillah Ustaz.. Terbaik!! saya setuju. Tak apa la kekampungan pun.. janji senyum sokmo 🙂

    masih boleh follow ustaz di sini 😉

    PS: Pernah bertemu ustaz di Giant Nilai.. Hanya menyapa dengan salam dan bersalaman.. tak tahu nak cakap apa.. segan.. =.=

  10. Assalamualaikum ustaz.

    Asif jiddan, saya kurang faham dengan artikel ustaz. Boleh ustaz terangkan, apakah berdakwah di ruang fb itu kurang baik dan apakah impilikasinya. Dan apa yang ustaz maksudkan dengan asal tujuan untuk berdakwah kepada orang jahil, tapi akhirnya orang jahil makin jahil, dan si alim tumpas. Mohon ustaz jelaskan. Saya takut saya tersilap langkah tanpa saya sedari.

    Jazakallah ustaz. Semoga Allah merahmati kehidupan ustaz dunia dan akhirat.

  11. Assalamualaikum ustaz,

    Ustaz seolah-olah telah mengunkapkan sesuatu yang tersirat pada hati yang saya sendiri tidak tahu untuk menterjemahkan ia. Syukran ustaz!

    Benar, kita sudah hilang kedamaian…

  12. Betul ustaz,sekarang semuanya bak mee segera, bila nak suruh bersusah payah sedikit, ada pulak yang kata,’apa guna teknologi, semua dihujung jari’..Tapi bab mengaji ni, tetap kena berguru, sebab nak strukturkan pemikiran dan ilmu itu sendiri..

    In the end, saya pun sentiasa pilih damai kampung jua.

  13. Semoga yang terbaik untuk kita. Facebook datang dengan cabaran tersendiri

  14. Saya memang tak pernah lagi buka akaun FB..pada pandangan saya, tiada keperluan di dalam FB..masih banyak lagi kaedah untuk mencari ilmu..

  15. Saya sendiri meninggalkan facebook setahun yg lalu kerana merasakan ia telah semakin kurang bertamadun dan beraklak. Rasa mcm tinggal di lorong2 gelap dlm hidup dgn kata2 nista dan cemuhan. Sy join facebook since 2006 and berani sy katakan generasi sy ( sy lahir thn 85) boleh berbangga dgn hakikat kami dah tahu asam garam alam maya ni. And i saw many of them leaving facebook. It is no more the place it used to be

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share