
Pendidikan di Finland adalah percuma bermula daripada peringkat pendidikan yang diwajibkan oleh kerajaan. Ertinya pendidikan percuma adalah bermula daripada pra sekolah (usia 6 tahun) sehingga selesai menengah atas (upper seconday school). Beberapa yuran tetap dikenakan ke atas beberapa aktiviti kurikulum tambahan di sebelah pagi, juga petang.
Tanggungjawab pembiayaan kewangan pendidikan dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan (municipalities) dengan kerajaan pusat menanggung 57% kewangan, manakala kerajaan tempatan menanggung 43% kewangan untuk sekolah.
Sekolah persendirian amat kecil jumlahnya di Finland (kira-kira 3%) dan sekolah-sekolah persendirian tersebut menerima pembiayaan yang sama daripada kerajaan seperti sekolah awam. Sekolah-sekolah persendirian tersebut dikehendaki mengamalkan proses kemasukan pelajar yang standard seperti sekolah kerajaan. Kebanyakan sekolah persendirian adalah sekolah agama, dan ada beberapa sekolah persendirian yang berasaskan pedagogi tertentu misalnya Pedagogi Steiner.
Jumlah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pusat untuk sekolah, melalui setiap kerajaan tempatan adalah dikira berdasarkan jumlah pelajar di majlis perbandaran berkenaan. Kiraan dibuat secara tahunan berdasarkan kos perbelanjaan bagi setiap seorang pelajar.
Pada tahun 2011, Finland membelanjakan USD12,545 bagi setiap seorang pelajar di sekolah menengah rendah (Gred 7-9), berbanding jumlah purata OECD sebanyak USD9,377.
Jumlah bajet pendidikan Finland mewakili 6.5% daripada GDP Finland pada tahun 2011, berbanding 5.9% bagi GDP pada tahun 2008. Purata kos OECD pula bagi tahun 2011 adalah sebanyak 6.1% berbanding 5.9% pada tahun 2008.
Angka berkenaan memperlihatkan bahawa perbelanjaan untuk pendidikan di Finland meningkat naik berbanding purata OECD semasa Great Recession berkenaan.
Terjemahan bebas daripada http://ncee.org/what-we-do/center-on-international-education-benchmarking/top-performing-countries/finland-overview/finland-system-and-school-organization/
Manakala bagi tahun 2015, berikut adalah kadar perbelanjaan ke atas setiap seorang pelajar (menurut Finnish National Agency for Education):
Operative costs per pupil/student
- Pre-primary education EUR5859
- Basic education EUR8955
- General upper secondary EUR7 747
- Vocational upper secondary EUR11 503
Hasrizal
Naas, IE