Gaza dan Doa Kita

20121116-012545.jpg

Gaza bermandi darah lagi.

Hujan peluru.

Syuhada’… Syuhada’…

Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter.

Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna.

Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan.

Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara.

Zionis masih di situ. Tidak sedikit pun terkuis oleh jeritan dan pelbagai tindakan saya.

Kerana itu kali ini saya sepi. Termenung. Selepas puas memandang jauh, saya pulang melihat diri. Muhasabah.

Terpandang hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ ‏ ( ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَيُّهَا النَّاسُ ‏ ‏إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ‏ ‏يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ ‏ ‏وَقَالَ ‏ ‏يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ‏ ‏ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ ‏ ‏أَشْعَثَ ‏ ‏أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ‏).

Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?” [riwayat Muslim]

Justeru, apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.

Berusahalah

HASRIZAL
43000 BSP

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

2 comments

  1. Maka berdoalah….senjata org mukmin.

    wassalam

  2. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Memang benar, du’a adalah senjata orang mukmin. Yakinlah, inshaAllah. Saya berfikir, alangkah bagusnya kita (melalui oic) mempunyai Majlis Keselamatan kita sendiri untuk melindungi negara-negara islam agar negara-negara ini tidak dicerobohi & diserang mereka yang tidak berkenaan & berkepentingan. Waallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share