Menghantar surat dan poskad menjadi satu seni komunikasi yang semakin kurang mendapat perhatian generasi masa kini. Walaupun teknologi membolehkan maklumat sampai dari penyampai kepada penerima, nilai yang ada pada poskad dan surat bukanlah pada kepantasan maklumat. Sebaliknya nilai sentuhan peribadi yang ada di sebalik tulisan tangan, penghantar, setem dari lokasi penghantaran dengan cop pos berserta tarikh dan masa, memberi makna yang lebih daripada sekadar sekeping kad.
Pada mengambil kira nilai serta makna yang wujud di sebalik seni berkomunikasi dengan poskad dan surat, saya cuba menjalankan sebuah perniagaan kecil, memberi peluang kepada sesiapa di mana sahaja di dunia ini untuk membeli poskad Finland daripada saya, sama ada untuk diri sendiri, atau untuk disampaikan kepada seseorang, di mana-mana sahaja.
Sahabat boleh melayari koleksi poskad yang boleh saya sediakan, di halaman https://saifulislam.com/shop/
Semoga ada keberkatan pada usaha kecil ini.
HASRIZAL
Oulu, Finland
[insert page=’postcard-from-finland-01-little-house-on-an-island’ display=’link’]
Cantik cantik poskad. Lama dah tak dapat poskad. Dulu, selalu kumpul poskad ni.