Samad Tedung: Melembutkan Hati Sekeras Batu

Tidak kiralah bagaimana sekali pun saya cuba mengungkapkannya di dalam penulisan, kata-kata tidak akan dapat menyamai berat melaksanakan apa yang dikata.

Bahawa sesungguhnya tiada kekerasan yang boleh dilembutkan dengan kekerasan.

Kecuali keras sekeping hati yang boleh menjadi lebih keras daripada batu. Hati yang lebih degil daripada batu ketika batu yang keras pun boleh terpancar daripadanya air, boleh terbelah retak berkecai jatuh dari lereng gunung kerana takutkan Tuhan. Sesuatu yang sekeping hati boleh tidak mampu menjadi begitu.

Tetapi hati siapa yang lebih keras daripada batu itu?

Kita tahu ciri-cirinya melalui pemberitahuan Tuhan di dalam al-Quran. Tetapi kita tiada pengetahuan untuk mengenakannya ke atas sesiapa, walau sedegil mana.

Kerana hati manusia itu terlalu mudah untuk Allah bolak balikkan antara terima dan tolak, antara baik dan jahat, antara puji dan keji.

Biar pun hati itu sekeras hati Umar bin al-Khattab.

Biar pun hati itu sekeras hati Samad Tedung.

Entah bagaimana, hati saya tergerak untuk menonton cerekarama TV3 ini. Berulang kali Youtube dengan algoritmanya mengusulkan filem itu, berulang kali juga saya tidak mengendahkannya. Tanpa sebab. Mungkin kerana terlalu banyak benda yang ada di Youtube itu. Dengan kerajinan dan kemurahan hati TV3 memuat naik rancangan-rancangannya masa kini ke Youtube. Sesuatu yang sangat saya hargai, sebagai perantau ribuan batu terpisah dari tanahair.

Sehinggalah hari ini, saya tergerak menontonnya, juga tanpa sebab.

Isi cerita ini sukar untuk diagak berdasarkan tajuknya. Cerita kelakarkah ia, atau cerita apa?

Sambil menyediakan hidangan makan malam keluarga, saya memasak sambil menonton filem ini di dapur. Telinga saya bingit mendengar herdikan Samad yang dari muda sampai ke tua kerjanya ialah marah, marah, marah dan marah.

Marah hingga anaknya Aidil hilang sabar.

Menjawab.

Melawan.

Memberontak.

Dan akhirnya melarikan diri.

Kerasnya hati Samad itu, saya tahu ia wujud di dalam masyarakat kita. Bukan perkara asing. Sebab itu ramai yang boleh mengaitkan dirinya dengan cerita ini. Mereka yang belakangnya berbirat ditalipinggangkan oleh ayah. Mereka yang tidak pernah sekali pun menikmati kemanisan ungkapan “ayah sayangkan kamu!” Mereka yang menderita sepanjang hayat menanggung ego, keras hati, bengis dan degilnya seorang lelaki tua bernama ayah, yang mungkin berpanjangan hingga ke hujung usia.

Demikianlah Samad Tedung.

Seorang lelaki yang sentiasa marah, kedekut, bengis, menyusahkan keadaan, sifat-sifat yang segalanya berlawanan dengan al-rifq, iaitu sifat yang jika hilang akan menghilangkan kebaikan daripada kehidupan.

Rasulullah sallallahu โ€˜alaihi wa sallam pernah bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุฑูŽูููŠู‚ูŒ ูŠูุญูุจูู‘ ุงู„ุฑูู‘ูู’ู‚ูŽ ูููŠ ุงู„ุฃูŽู…ู’ุฑู ูƒูู„ูู‘ู‡ู

โ€œSesungguhnya Allah adalah Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.โ€ (Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim)

Ar-Rifq itu adalah sifat lemah lembut di dalam berkata dan bertindak serta memilih untuk melakukan cara yang paling mudah. Sifat yang menjadikan seseorang itu mudah untuk orang lain berurusan dengannya.

Baginda Rasulullah sallallahu โ€˜alaihi wa sallam memberi amaran kepada manusia yang tiadanya sifat al-Rifq:

ู…ูŽู†ู’ ูŠูุญู’ุฑูŽู…ู’ ุงู„ุฑูู‘ูู’ู‚ูŽ ูŠูุญู’ุฑูŽู…ู’ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูŽ

โ€œOrang yang dijauhkan daripada sifat lemah lembut, maka dia itu dijauhkan daripada kebaikan.โ€ (Hadith riwayat Muslim) 

Samad Tedung tidak dapat diinsafkan oleh larinya Aidil, si anak daripada rumah.

Samad Tedung tidak dapat dilembutkan oleh pemulauan orang kampung ke atas dirinya sekeluarga.

Tiada apa pun yang dapat melembutkan hati Samad Tedung.

Malah kematian tragis isterinya pun masih tidak dapat mengubah apa-apa.

Tiada kemarahan, kebencian, penghinaan, tekanan, kesedihan, yang dapat melembutkan sekeping hati batu milik Samad Tedung, sehinggalah janji Allah tertunai.

Janji Allah bahawa kejahatan dan kebaikan itu tidak sama. Bahawa kejahatan hanya dapat ditumpaskan dengan sesuatu yang lebih baik, walaupun di tangan seorang budak kecil bernama Amir.

Seorang budak yang tidak kenal erti takut, atau dendam, atau benci, dan menyayangi seikhlas hati Pak Samad Tedung, yang dimomokkan budak kampung sebagai manusia jahat yang makan budak-budak!

Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.[Fussilat 41:34]

Tahniah saya ucapkan kepada Tanah Beris Film Production, Tuan Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah, penulis skrip Adza Emie, dan sebaris pelakon handalan seperti Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, dan anakanda Syed Mohd Irfan.

Sebuah filem penuh pengajaran, yang wajar ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat.

Agar tidak isteri yang berputus asa dengan kedegilan suami.

Agar tiada suami yang berputus asa dengan kedegilan isteri.

Agar tiada ibu bapa yang berputus asa dengan kedegilan anak-anak.

Agar tiada anak-anak yang berputus asa dengan kedegilan ibu bapa, ibu, atau bapa.

Agar tiada guru yang berputus asa dengan kedegilan anak murid.

Agar tiada anak murid yang berputus asa dengan kedegilan guru.

Agar yang tersebar adalah doa, harapan dan kemaafan.

Agar yang tumpas adalah keji caci, putus asa dan dendam.

Ameen.

Dan semua coretan saya mengenai filem ini hakikatnya tidak mudah untuk terjadi di alam nyata. Ia menghancurkan keluarga, masyarakat, dan memunasabahkan semua rasa marah, benci dan dendam kemarahan terhadap hati batu itu, kecuali segelintir yang mendapat rahmat Tuhan:

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. [Fussilat 41:35]

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Republic of Ireland.

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

3 comments

  1. Saya baru berkesempatan menonton cerita ini semalam (separuh) dan sambung pagi ni.

    Benar ustaz, ia adalah refleksi kehidupan keluarga saya juga.

    Syukur, Allah izin saya kembali berbakti sehingga akhirnya arwah Abah pergi bulan Jun tahun ini.

    Allahummaghfirlahum warhamhum wa’aafihim wa’fu’anhum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share