“Ana semakin tidak dapat meneruskan program motivasi” saya mengeluh.
“Kenapa ustaz?” tanya Halim.
“Entahlah… Terasa kosong. Bermain kata dan mempermainkan perasaan. Macam yang ana cerita siang tadi” saya menjawab.
Kereta kami membelah gelap malam. Perjalanan Ankara ke Istanbul sepi membelah kegelapan malam di lebuhraya.
“Ana pun tidak begitu suka dengan motivasi. Tak tahu nak cakap macam mana…” tambah Nabhan.
Saya berfikir panjang.
Sepanjang perjalanan 2000km kami pada menjejak Imam Birgivi.
Semenjak minggu kedua di Turki, saya mengalami kekacauan fikiran dan kali ini kekacauan itu mungkin baik untuk akademik saya, tetapi boleh membunuh identiti semasa.
Pagi tadi, Cenksu berpesan kepada saya, walau apa pun pekerjaan yang saya lakukan, saya mesti menyempurnakan pengajian hingga ke PhD. Dan pengajian itu bukan sekadar untuk kelulusan akademik, tetapi demi membina Malaysia sebagai sebuah masyarakat berteraskan ilmu. Saya juga sempat berbual dengan Prof. Adnan Ăevik, teman serumah kami dahulu. Beliau sangat bersetuju dengan fokus kajian saya terhadap Imam Birgivi dan mahu pembelajaran berterusan hingga ke PhD.
Dalam perbualan saya dengan mereka, perkara yang paling susah hendak saya jelaskan adalah persoalan berkenaan kerja.
“Kamu kerja apa, Hasrizal?” tanya mereka.
Agh… susah benar hendak dijelaskan. Perkataan motivasyon di dalam bahasa Turki menjadikan kening ramai rakan saya terangkat.
Saya rasa, ceramah-ceramah motivasi yang saya buat selama ini seperti kosong daripada isi. Ia susah hendak dijustifikasi sebab kesan dan maklum balas peserta memang biasanya baik. Tetapi saya jadi resah melihat iklan-iklan program training, motivasi, tips dll oleh ramai pihak, termasuk yang mengiklankan saya sebagai penyampainya, sebagai sesuatu yang tidak secara sebenar merawat masalah masyarakat.
Mungkin sebab saya terlalu terpukul dengan perubahan yang saya lihat di Turki. Bangsa mereka boleh bangkit. Keluar daripada belenggu masalah yang amat amat kritikal sedekad sudah. Apabila Fatih bertanya, “kenapa susah sangat Malaysia nak get rid Mahathir?” saya tidak boleh tidur malam dibuatnya. Bukan soal pro atau kontra dengan Tun Mahathir, tetapi kelemahan upaya bertindak individu kita, itu yang meresahkan saya.
Saya terasa seperti tips, teknik-teknik, yang biar pun katanya diekstrak daripada teks agama, seperti ‘menggedikkan’ masyarakat, lembik dan lembab. Dan ini menyebabkan saya rasa diri saya kotor kerana terasa seperti saya turut menyumbang ke arah itu.
Motivasi menjadi seperti makanan ringan. Sedap, namun tidak berkhasiat. Kesan buruknya hadir pada jangka masa panjang.
Walaupun saya tahu, sebenarnya dunia akademik pun belum tentu ada solusi untuknya.
Tapi saya mengalami kehilangan minat untuk menerima jemputan ceramah yang berlambak dalam inbox tu.
Sedangkan saya perlu terus bekerja!
Di Turki tiada sangat motivasi-motivasi ni.
Satu malam, saya dan rakan menonton tv sekitar jam 12 malam, seorang profesor berdebat dengan pengacaranya seorang wanita. Berpakaian daring, dan bertanya soalan bertubi-tubi. Tajuk episod malam tu ialah “Syurga, Neraka, A’raf”
Saya tak faham sepenuhnya butir diskusi mereka, tetapi saya tahu isi yang dikongsi amat tepu dengan ilmu.
Pengacara itu pun asyik tergamam je. Tekun memproses penjelasan.
Saya puas menontonnya. Ia bernas dan kukuh dasar ilmunya.
Ceramah motivasi makin kembali terasa seperti berniaga air liur basi. Ia seperti memanipulasi kelemahan masyarakat yang menagih benda lemah, tanpa berusaha mengukuhkan mereka dalam erti kata yang sebenar. Saya jadi bingung apabila seorang pemidato berpakaian hebat, kacak dan anggun bergaya, mempakejkan modul kemas-kemas dan bercakap penuh karisma sedangkan dalam kepala saya terus-menerus berkata, “apa benda yang kau cakap ni?”
Dunia motivasi yang saya ceburi ini terasa semakin kotor. Membuang duit, masa dan tenaga banyak pihak. Ia diburukkan lagi dengan bercambahnya syarikat baru, trainer yang pantas menggelar dirinya pakar motivasi, malah pakar motivasi sendiri yang saya semakin sulit untuk memposisikan penerimaan saya terhadap apa yang dibawa.
Kosong.
SHAM: KEBEJATAN DUNIA MOTIVASI
Mungkin, apa yang paling menepati apa yang saya maksudkan di sini ialah apa yang saya baca dalam buku SHAM: HOW THE SELF-HELP MOVEMENT MADE AMERICA HELPLESS.
Persoalan yang tertulis di belakang buku itu:
“In the age of self-help, why are so many Americans helpless? Why do so many self help gurus, from Dr Phil on down, create followers rather than independent souls?”
Self-help: To millions of Americans it seems like a godsend. To many others it seems like a joke. But as investigative reporter Steve Salerno reveals in this groundbreaking book, itâs neitherâin fact itâs much worse than a joke. Going deep inside the Self-Help and Actualization Movement (fittingly, the words form the acronym SHAM), Salerno offers the first serious exposĂŠ of this multibillion-dollar industry and the real damage it is doingânot just to its paying customers, but to all of American society.
Based on the authorâs extensive reportingâand the inside look at the industry he got while working at a leading âlifestyleâ publisherâSHAM shows how thinly credentialed âexpertsâ now dispense advice on everything from mental health to relationships to diet to personal finance to business strategy. Americans spend upward of $8 billion every year on self-help programs and products. And those staggering financial costs are actually the least of our worries.
SHAM demonstrates how the self-help movementâs core philosophies have infected virtually every aspect of American lifeâthe home, the workplace, the schools, and more. And Salerno exposes the downside of being uplifted, showing how the âempoweringâ message that dominates self-help today proves just as damaging as the blame-shifting rhetoric of self-helpâs âRecoveryâ movement.
SHAM also reveals:
⢠How self-help gurus conduct extensive market research to reach the same customers over and overâwithout ever helping them
⢠The inside story on the most notorious gurusâfrom Dr. Phil to Dr. Laura, from Tony Robbins to John Gray
⢠How your company might be wasting money on motivational speakers, âexecutive coaches,â and other quick fixes that often hurt quality, productivity, and morale
⢠How the Recovery movement has eradicated notions of personal responsibility by labeling just about anythingâfrom drug abuse to âsex addictionâ to shopliftingâa dysfunction or disease
⢠How Americans blindly accept that twelve-step programs offer the only hope of treating addiction, when in fact these programs can do more harm than good
⢠How the self-help movement inspired the disastrous emphasis on self-esteem in our schools
⢠How self-help rhetoric has pushed people away from proven medical treatments by persuading them that they can cure themselves through sheer application of will
As Salerno shows, to describe self-help as a waste of time and money vastly understates its collateral damage. And with SHAM, the self-help industry has finally been called to account for the damage it has done.
MANGSA TEKNIK PEMASARAN
Betapa kritikalnya masyarakat kita ialah, kerana kepakaran pemasaran, sebuah buku ‘bodoh ‘pun boleh dijual ratusan ribu naskhah. Dan kerana imej serta ketepatan teknik , manusia mengerumuni apa yang sebenarnya tidak menawarkan mereka solusi.
Melihat dari jarak luar sedikit, sejujurnya saya rasa rakyat Malaysia seperti dirasuk. Possessed… by something, I dunno. Sangat mudah dimanipulasi. Dan ramai yang memanipulasi. Sebahagiannya bukan dengan niat yang tidak baik, tetapi secara tidak sedar. Mengukur kualiti pada penerimaan dan populariti, sedangkan populariti agama semakin seiringan dengan populariti maksiat dan kemusnahan jati diri.
Sebab itu di dalam ceramah saya, walaupun namanya motivasi, saya amat jarang buat game, bersorak-sorak. Dan jika mahu seronokkan peserta, saya akan berhenti seketika, kisahkan mereka kisah benar yang ada isi tapi menyeronokkan… sebab saya tidak dapat meyakinkan diri sendiri bahawa teknik-teknik ‘latihan’ itu sebagai cara yang betul untuk membina manusia.
Tetapi cara ini menyebabkan saya declassified . Term and Condition sedia ada, tidak dapat saya menghadamnya. T&C sendiri, saya terlalu kerdil untuk memperjuangkannya.
Saya berhajat untuk berundur daripada dunia motivasi. Walaupun jalan akademik masih amat jauh. Hanya satu yang saya pertahankan, iaitu dakwah.
Apa sahaja pilihan, kita adalah umat dakwah sebelum segala-galanya.
Motivasi adalah pilihan. Dakwah adalah kewajipan.
Lebuhraya semakin hiruk pikuk dengan kenderaan yang berpusu menuju masuk ke Istanbul. Hiruk pikuk yang berjangkit hingga ke lubuk kepala.
Tunjukkan diriku jalan yang lurus ya Allah.
Istanbul, kami pulang.
Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP
saya setuju dengan ustaz.banyak motivasi yang membosankan di sekolah-sekolah, universiti..
paksaan kepada pelajar perkara biasa tetapi kesannya tiada.. kosong…kosong..
Semuga sentiasa dalam Rahmat Allah…. Bernafas, makan & minum, menimba & menyampaikan ilmu, berjalan malahan berfikir… untuk manusia KERANA Allah…
Aslkm wbt.
Ust Hasrizal yang dirahmati Allah.
Saya berkongsi perasaan yang sama dan bersetuju dengan pandangan Ustaz. Saya juga tidak selesa dan bimbang dengan trend ‘motivasi’ yang memanipulasikan emosi dan rangsangan audio visual. Saya setuju ia membantu penerimaan dan pembelajaran. Tetapi ia hanya kelengkapan medium, sementara yang paling penting adalah konten.
Motivasi adalah
“Anything that moves people to try to perform”
“Motivation= Motive + Action”
Sekiranya motivasi hanya bertujuan meletakkan ‘motif’ kepada seseorang untuk lebih bersemangat melakukan sesuatu, maka kita perlu benar-benar memberikan pemberat kepada ‘motif’.
Sebagai hamba Allah, ‘motif’ tertinggi mestilah pada perhambaan diri kepada Allah. Ini primary motive.
Motif lain seperti kewangan, survival, keperluan, keluarga, impian akan datang kemudian dengan syarat ia serve untuk motif tertinggi tadi, dan tidak go against motif tertinggi tadi. Ini secondary motives.
Pada pendapat saya, KELEMAHAN UTAMA program motivasi adalah pada ‘ORIENTASI’ yang tidak betul.
Orientasi yang tidak betul adalah apabila kewangan, survival, keperluan, keluarga, dan impian menjadi motif tertinggi.
Kemudian kelengkapan sebagai hamba Allah- doa, usaha, istiwamah, tawakkal pula disajikan bagi memenuhi motif-motif secondary tadi.
Saya takut melihat program-program keusahawanan yang memberikan motivasi dengan orientasi salah. Dihipnosisnya peserta dengan sorakan dan penaik semangat untuk lebih bersemangat berusaha.
Ia berkesan, namun ia tidak kekal, tidak ‘overarching’, bahkan palsu.
Adakah Abd Rahman Bin Auf menjadi usahawan yang hebat dengan cara tersebut?
Saya yakin beliau mempunyai orientasi yang betul dalam kehidupannya.
Pandangan alamnya mantap.
Nilai diri sebagai hamba dan khalifah Allah yang memotivasikan dirinya untuk produktif.
Akibat orientasi yang tidak betul ketika minggu orientasi pelajar, maka pelajar perlu dimotivasikan pada semester-semester seterusnya.
Manusia yang tidak mempunyai orientasi yang betul, akan memerlukan motivasi-motivasi secondary yang tidak kekal dan tidak overarching itu.
Buat apa ada motivasi, tetapi salah orientasi.
Wallahua’lam.
Ada motivator yg benar2 beri manfaat cthnya prof muhaya, dia berjaya membuat ramai menilai semula matlamat utama kehidupan, membuang kesedihan, memadam dendam, membina hidup baru… Memilih antara syurga dan neraka..
Say pernah hadir ceramah ustaz topik 5 bahasa kasih sayang. Walaupun mulanya saya teruja, tapi bagi saya its too theoretical agak sukar utk saya implement in real situation, perlu byk latihan. Where as pesanan2 prof muhaya misalnya jangan marah anak sbb mereka ahli syurga, selalu ingatkan anak ttg syurga dan neraka waktu membuat pilihan, etc etc lebih melekat di kepala dan memang mudah dan berjaya saya implement (walaupun konteksnya berbeza, harap ustaz faham maksud saya)…
Dari segi pekerjaan ustaz pahrol bagi saya mmg very good motivator.. Kerana pengajarannya berdasarkan teknik2 Rasulullah dan ayat2 Quran. Misalnya kerja sebagai ibadah dan Allah ialah ceo kita.. Jadi bila Allah ceo yg mmg maha melihat, disiplin lebih mudah dipupuk kerana takutkan Allah..
Kesimpulannya? Ada motivator yg mmg berjaya menyuntik nafas baru pada pendengar/pesertanya..
bismillah.
alhamdulillah. Allah memakbulkan doa saya yang saya tadah setiap kali membaca entri dan tulisan ustaz. Biarlah Allah sendiri buka mata ustaz akan buruknya perniagaan ceramah dan motivasi agama hari ini yang ustaz salah seorang selebritinya. saya salah seorang yang pernah kecewa dengan ustaz kerana ustaz jarang mentuntaskan solusi, bahkan banyak tulisan ustaz samar hingga seorang sekularis tersenyum dengan sekularnya tulisan ustaz, seorang liberalis gembira dengan liberalnya tulisan ustaz dan islamis bangga dengan islamisnya tulisan ustaz. masing-masing syok sendiri atas kesamaran mesej ustaz. Akhirnya Allah bukakan mata dan hati ustaz. Tuntaskan solusi buat umat. alhamdulillah. terima kasih.
mfr.
Assalamualaikum ustaz,
Jazakallahu khair atas artikel ini. Cuma ana agak confused apa perbezaan antara motivasi dengan dakwah? Mohon pencerahan dari ustaz.
Motivasi: Tumpuan psikologi sesuatu organisma utk bergerak atau bertindak utk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Dakwah: Seruan (menyeru) manusia kepada tauhid
based on definitions, it seems to me that both should be inter-connected.. Bila dah sampaikan dakwah, perlu motivasi untuk capai matlamat dakwah.. tidal begitu ustaz?
sorry.. typo.. tidal=tidak
Bagi ilmuan dan daie , apa2 sahaja bentuk dakwah atau motivasi yang dilakukan dibawah kipas
dan air cond adalah dakwah “comfort zone” . Bak kata ustaz , daie yang bagus adalah mereka yang keluar dari comfort zone ke challenging zone.
Mungkin rama daie menyangka bahawa dgn bertambah padatnya jadual kuliah mereka , mereka telah pun masuk ke challenging zone. Tapi ia masih lagi comfort zone walaupun kita bertambah penat.
Tidakkah penceramah dan daie sedar bahawa umat mengalami kanser perut , tetapi mereka keep on bagi painkiller sahaja ??
Pada pendapat saya setelah melihat dan mengkaji , cara untuk kita kembali gemilang adalah melalui institusi masjid/surau . alangkah baiknya jika setiap ilmuan agama ‘adopt’ satu masjid/surau dan kembalikannya kepada model masjid nabawi di zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Yang ni gerenti akan beri kepuasan kepada ustaz. Percayalah
Assalamu ‘Alaikum Ustaz.
Walaupun secara amnya Ustaz melihat diri sebagai pemotivasi, saya berpendapat ia adalah sampingan. Kerana setakat yang saya membaca artikel-artikel Ustaz, ia tidak begitu. Dari awal ia telah akademik. Oleh kerana antara perkara utama yang Ustaz pentingkan adalah suasana masyarakat yang membimbangkan, maka secara tidak langsung Ustaz telah “terjerumus”.
Semoga terbaik Ustaz. Things go well when hearts found peace with.
terima kasih ustaz atas entry ini…
ia juga sebenarnya sebahagian dari jeritan batin saya…
sering dipersimpangan seperti ini…
melihat program-program motivasi yang tuimbuh bagai cendawan lepas hujan…
dan saya antara yang sering mengikutinya…
buta pengetahuan ustaz,saya juga antara yang sering memberontak secara tidak langsung dalam program-program ini…
lebih jelas apabila kita disuruh menari,lelaki perempuan,bergerak,bersorak,menyanyi kuat-kuat…
adakah semua ini meningkatkan semangat?mengingatkan saya pada semangat seorang hamba pada mengejar syurga?
adakah dengan nyanyian yang kononnya “motivasi” ini mengembalikan semngat,mnguatkan nilai seorang insan,menguatkan hubungan dengan tuhan?
pandangan saya,jujurnya tidak.ia kosong.kosong.kosong.
dan program-program yang terlalu megah,terlalu “pakar” ini telah mengaburi semua….dengan promosi mereka yang hakikatnya tidak ada apa apa…
ya,tanpa kita sedar…
namun,tidaklah ia bermakna harus dihapuskan terus…
kerana masih juga ada banyak kebaikan di sana…
Saya lebih melihat kerjasama antara dakwah dan motivasi itu penting. Apa yang bermasalah dalam dunia motivasi ialah isi kandungannya mudah dan sedikit tetapi sampai memakan waktu yang lama dan kurang efektif. Mungkin, pemilihan isi kandungan yang lebih baik dan membangun jiwa manusia lebih terbaik daripada sekadar teknik-teknik tersebut.
Jangan pernah berundur ustaz..jangan sesekali……
Motivator juga boleh berperanan sebagai pentazkirah. Insan mudah lupa. Tak semestinya kena pakai smart + tie + atas pentas .Kadang2 kita ada peluang untuk memotivasikan kawan2 atau sedara-mara . Jadi kita lakukan apa yang masing-masing mampu.
ustaz semakin hari semakin pelik. hmmmm…..
apa yg dimaksudkan dengan pelik?hemm bagi saya our life is not stagnant.kita sentiasa berubah untuk jadi lebih baik..
xboleh stay the same all the time.ustaz hasrizal tak pelik .at this point dia ada pandangan dan pendapat sendiri.semoga ustaz hasrizal dapat mencari jalan terbaik.maybe we need more action than jwords in our community right now..
Salam Ustaz yg dihormati,
Saya setuju dan tak setuju dengan pandangan ustaz.
Memang ada kursus motivasi yang tidak berkesan yang mana peserta dipaksa untuk hadir, program terlalu padat namun isinya kosong. Peserta pulang tanpa mendapat menafaat apa2.
Tetapi ada juga yang dapat merubah secara total dan perubahannya tulin dan berkekalan. Saya pernah menghadiri kursus motivasi yg benar2 memberi kesan dan saya bersyukur diatas hidayah yg Allah beri melalui program itu.
Bagi saya bukan motivasi secara umum yang salah, tetapi apabila sesuatu itu menjadi ‘trend’ ianya akan membuka ruang kepada orang-orang yang tidak jujur untuk memanipulasikannya, terutamanya apabila ianya melibatkan wang dan keuntungan.
Apapun pilihan kita semuanya terpulang kepada niat semasa kita melakukannya.
Saya berada dalam dunia akademik dan telah menyaksikan betapa celarunya perjalanan di sini. Namun hati saya tetap ingin terus berada di sini kerana bagi saya inilah jalan untuk saya meraih ganjaran dari Yang Maha Kuasa. Jika ustaz ingin memasuki alam akademik, jangan terkejut ya ustaz…ia juga menagih kesabaran dan kekuatan hati dalam menangani ‘kekotorannya’.
Lagi satu, mungkin pandangan ustaz ini ada kaitannya dengan perjalanan ustaz ke luar negara. Saya mengikuti ‘perubahan’ minda yang ustaz alami sekembalinya ustaz dari Turki.
Kadang2 kita tak dapat mengelak dari merasa kecewa dengan masyarakat kita setelah melihat perkembangan masyarakat di negara lain. Cuma,jangan lupa bahawa kita juga mempunyai kelebihan yang orang di luar pula yang sangat menghargainya. Apapun yang kita tidak selesa tentang masyarakat kita sendiri, mari kita renungi, ‘mengapa kita dilahirkan di dalam masyarakat ini’, tentu Allah mempunyai perancangan yang terbaik bagi kita dengan melahirkan kita sebagai seorang melayu, di dunia melayu, berbahasa melayu…
Betapapun banyaknya kekurangan masyarakat kita(yg memang menyesakkan hati) saya bersyukur, setelah melalui penjajahan yang panjang negara ini tetap muslim secara umumnya dibandingkan sesetengah masyarakat yang terus tewas keislamannya akibat penjajahan. Ini kerana saya yakin, kita juga mempunyai pejuang dan pendakwah yang tulin yang amat berjasa kepada masyarakat ini.
Don’t be too pesimist with Malaysian ya ustaz.. because, you are one of them…and I have my hopes in you too.
Sangat setuju dengan pandangan Sdri Rahimah.
assalamualaikum ustaz,
saya boleh fahami mengapa ustaz terasa ‘ceroi’ dgn program motivasi ustaz. Ustaz orang yg baik dan jujur tapi di luar sana byk manusia yg opportunist, seperti yg dinyatakan dlm buku SHAM (yg ustaz petik), pakar2 dgn credential yg rapuh/nipis juga melambakkan program2 motivasi mereka hinggakan program yg genuine terpaksa bersaing; akhirnya nilai program motivasi jatuh. menjadi tak lebih dari tempat ‘pakar2 motivasi’ cari makan – menangguk di air yg keruh.
Bukan bidang motivasi sahaja yg terkesan, di malaysia terlalu ramai yg sembah duit – begitu bercambahnya MLM yg entah apa2 (hinggakan Amway yg genuine pun semacam tenggelam), saham2 online, forex trading, beli emas dll. Banyaknya opportunist yg mengambil kesempatan hingga yg genuine/asli temggelam. Satu fenomena yg terbaru, lambakan buku2 yg mengajar cara nak buat duit – guna property, buat website, perniagaan online etc.
Tapi ustaz jgn berhenti lah.
Assalamu`alaikum wa rahmatullah…
Ustadz yang saya hormati dan kasihi,
Saya setuju juga apa yang ustadz katakan mengenai dunia motivasi dan cara pemasarannya yang menggelikan. Namun, saya secara peribadi yang pernah mengikuti beberapa ceramah dan tadzkirah ustadz dalam bentuk seminar dan kertas kerja, saya sukakan input dan cara ustadz mengolahnya. Ada perspektif baru yang kadang-kadang tu saya tercuit hasil dari sentuhan ustadz.
Saya dan ramai orang perlukan motivasi gaya ustadz. Ilmiah tapi santai. Padat tapi mudah. Serius tapi seronok. Mengenai aktiviti-aktiviti sampingan seperti menyanyi, bersenam lucu, bermain dalam latihan, aduh tolonglah! Saya juga tak nampak kebaikannya.
Dunia latihan perlukan penyampaian ala-ustadz. Jika ustadz tak terlibat secara langsung dengan dunia latihan dan motivasi pun tidak mengapa, tapi jangan tinggal terus. Buatlah dengan cara yang ustadz suka, asalkan dakwah dari ustadz lancar. Ummat perlukan da`i yang ikhlas dan bijak.
Yang selalu diberi untuk memberi,
http://www.muzir.wordpress.com
Salam,
Ada orang yang sangat diperlukan nasihatnya…
Ada orang yang sangat diperlukan buah fikirannya…
Ada orang yang didikannya sangat diperlukan…
Ada orang yang pengajarannya sangat diperlukan…
Ada orang yang diiktiraf kerana budi dan pekerti…
Ada orang yang diiktiraf kerana perjuangan dan keberanian…
Masing-masing ada tugas tersendiri untuk berdakwah dengan jalan tersendiri…
Allah membuka ruang yang luas untuk kita memilih jalan dan terokai…
Salam ustaz,
Kerana program ustaz tiada bersorak-sorak dan perbincangan dlm kumpulan maka itu sebabnya sy memilih. Jika ada perkara2 ni, sy rasa ia hanya membuang masa sy dan sy tidak akan memilih utk hadir walaupun percuma
ermm.. just soalan… bukan ke perbincangan dalam kumpulan tu agak penting dalam kita menilai kefahaman para peserta terhadap apa yang kita cuba sampaikan.. disamping kita boleh backup balik andai ada yang peserta terlepas pandang terhadap perkara2 penting? mohon pencerahan..
Salamalaikum.
Senang sahaja jawapan kenapa kem motivasi atau seminar motivasi gagal.
“Uih, tgk Ustaz cakap seminar yang ada sorak2 tu tak baik, kan aku dah cakap. Nasib baik ak tak pergi”
“Ustaz tu cakap sekian sekian masa seminar tadi, maka kena lar buat sekian sekian sebiji apa yg Ustaz cakap”
“Ustaz A betul, Ustaz B salah, period”
Maka apa jenis mindset yang kita dapat walau dah pergi kem, seminar atau ikut siri Ustaz melalui radio? Punca kenapa ceramah motivasi menjadi barah bukan salah penceramah, salah org yg datang ceramah. Datang ceramah kerana ‘escapism’ mentaliti, nak cari punca masalah bukan jalan penyelesaian.
“Q:Bangau oh bangau kenapa engkau kurus? A: Ikan tak mahu timbul…..”
Itu sbb saya setuju dgn soalan fasilitator diakhir ceramah, apa yang anda pelajari? Mana ada orang boleh paksa apa yang kita nak belajar (tu sebab sistem sekolah gagal, sad)? Kita yang belajar apa yang kita nak.
Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dgn hujan itu buah-buahan yg beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih & merah yg beraneka macam warnanya & ada (pula) yg hitam pekat. (35:27)
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? (56: 64 & 65)
In the end, its all about what do you learn from it?
P/s: Kepada Ustaz Hasrizal, untuk tukar mindset seseorang, mmg 3rd person tak boleh buat. Mesti Allah yang buat, baru manusia boleh ubah. Ustaz sampaikan apa yang ilmu yang Ustaz ada, lepas tu kita sama2 doa yang masyarakat negara kita akan mengangkat paradigma. WA.
Ustaz,
Semuga ustaz mendapat jawapan di atas persoalan ustaz sendiri. Apabila saya follow blog ustaz, tandanya ada nilai baik (mungkin tidak sebesar pakar motivasi lain) yang saya terima dr penulisan ustaz.
Dan kadang-kala konsep2 ringkas/kecil yang Ustaz bawakan itu yang membawa perubahan dalam diri saya…
Saya doakan Allah swt tunjukkan jalan yang terbaik untuk ustaz,,,,
Saya berpegang kepada konsep ‘Touch, hold and grow’ lebih baik dari ‘Touch and Go’. Ini juga yang Rasulullah s.a.w laksanakan. Motivasi yang sahabat dapat banyak dari meneladani baginda.
Jika hari ini kita tidak nafikan motivator ada yang mampu menjadi asbab perubahan berkekalan pada individu, tetapi dalam jumlah yang kecil. Tentu sekali yang lebih ramai hanya pulang dengan mengingati perkara lucu yang berlaku dalam seminar motivasi yang dihadiri.
zaman dahulu apabila seseorang mahu berguru, mereka akan tinggal bersama dengan guru tersebut untuk suatu jangka waktu tertentu. Maka di situlah pembelajaran dan motivasi berterusan diterapkan. Sekali lagi, Touch, hold and Grow.
Motivator yang terbaik bagi saya adalah seorang guru yang dapat mendidik anak didiknya dengan kemuliaan akhlaqnya. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud lebih kurang, jika ingin kenal seseorang pergilah bermusafir dengannya. Maksudnya, luangkan masa untuk kenal akhlaq sebenar seseorang.
Adakah motivator yang ada di negara kita betul-betul orang yang Walk the Talk?
Saya kagumi kesungguhan Ust untuk memikirkan perkara ini kerana cetusan sebegini diperlukan untuk mengajak orang berfikir, berdebat dan bermuhasabah.
Ada yang akan defensive. Ada yang offensive dan macam-macam lagi ada.
Jika keterbukaan responnya, jika postif reaksinya, jika bertambah ilmu kita mendengar hujahnya maka Alhamdulillah….motivator yang ada berjaya.
Jika sebalikya….kita kena buat seminar motivasi khas untuk semua motivator yang ada.
Wallahu a’lam.
“The genius of And, not the tyranny of Or”
Heavens and Hell…Maybe?? Just my 2 cents…
Asm.Tepat sekali artikel Ustaz dengan situasi saya sendiri…Saya sangat-sangat memahami perasaan seseorang yang berada di persimpangan diri.Memang kita sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik drp hasil kerja kita,terutama sekali jika itulah ‘passion’ kita.Tetapi kita cuma merancang…kadang2 kita dikecewakan kerana harapan tak kesampaian.Macam banyak orang kata…it is all rhetoric…Bagi orang2 yang perlu melihat ‘hasil’ seperti saya,saya selalu bergelut dengan perasaan kecewa.Saya nak lihat action,change,improvement,etc walaupun kekadang bukan yang sangat banyak atau hebat…Misalnya budak tak boleh membaca,kita kenali masalahnya,motivasikan dia,ajari sukukata semula dan dia boleh membaca,taklah pulak sampai naik kelas tiba2 tetapi dia terus bersekolah itupun achievement.Nak buat macamana kalau ada orang-orang yang selesa dan tidak ingin berubah…cthnya belajar tapi tidak ingin berubah mengikut keilmuan yang ada,sebab susah nak praktik.Belajar senang,buat susah…dengar senang,buat susah…Ramai tidak ingin ‘bersusah’,biar kurang berjaya sikit drp kena tambah usaha…’I would settle for B,rather than forgo my sleep and holidays in order to slog to get an A’…Wallahualam.
AlSalaamu’alaikum,
Yang pastinya kita sebagai hamba jangan putus asa dalam tugas mengajak manusia kearah kebaikan. Inilah yang telah ditaklifkan kepada kita. Hiidayah itu datang dari Allah. Gagal atau berjayanya kita itu hak Allah yang menentukan. Jadikan kisah Nabi Nuh sebagai peringatan buat kita. Kandungan surah Al-Asr jadi panduan. Moga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua. Ameen.
Satu lagi yang terlintas bila baca entri Ustaz ialah faktor loneliness versus aloneness…Aloneness sangat berbeza sebenarnya dengan loneliness…Aloneness lantaran tiada atau kurang orang yang sama level of awareness…I am sure u are very far ahead of many people that u meet (especially in Malaysia),mungkin u get to meet more people of the same level of awareness elsewhere (maybe overseas),therefore u feel the acute feelings of aloneness…not many people would be able to complete life’s journey,many deliberately stop at some point…so those who go on may find themselves more alone with time…Takkan nak berhenti pulak.Seperti kata Akmalia di atas,tidak boleh putus asa…Hamka sendiri pernah menggunakan penulisan beliau sendiri untuk ‘mengubati’ perasaan beliau sewaktu dalam tahanan pihak berkuasa.Entri2 Ustaz yang lalu banyak membantu pembaca2 untuk berubah ke arah kebaikan.Why don’t you use them,macam Pak Hamka buat…
Allahu Akbar…Teguran mendalam berdasarkan pengalaman…
Jazakallah Khoir Ust…
moga hati kami juga hidup seperti hati ust…
bersyukurlah Ustaz atas kurniaan Allah dengan hati sedemikian…yang nampak jauh merentasi Dunia yang fana…
saya boleh paham apa maksud ustaz dalam entry ini, tapi pada saya ustaz sudah pun ada “nama” dalam jalan motivasi dan dakwah, jadi kalau ustaz tak keberatan mungkin ustaz bertahan seketika untuk rawat ummah. menarik rakyat mereka kearah yang baik juga satu dakwah. insyaAllah. semoga dipermudahkanNYA segala urusan .
setuju dengan syuhada.. kalau tidak banyak pun, sedikit usaha membantu in sha allah.. bertahan ya Ustaz?
ye la..saya yg sering pergi kursus motivasi naik bosan..NYANYI..NYANYI..NYANYI..NYANYIIIIIII
Salam,
Testing dulu…sebab dah lama sangat tak komen di SIO nih
mungkin ustaz rasa penat memberi motivasi,saya faham rasanya.
apapun perancangan ustaz, saya sokong. ustaz yakin je.
cdgn saya, mungkin ustaz boleh ambil a short pause/slow down dari dunia motivasi, utk mngumpul kekuatan smula,
contohnya menumpukan perbandingan agama pula ke, atau menumpukan latihan utk para ibubapa muda shj (mcm parenting consultant),etc
maaf kalau idea saya xbyk mmbantu/salah dimana2. goodluck ! c’est la vie, always seeking something different =)
Assalamualaikum, Semoga dlm lindungan ALLAH,
Mgkn dh tiba masanya ustaz buat perubahan dlm cara penilaian motivasi. Kita x boleh nk bangunkan bangsa kita (melayu & serumpun yg bertutur sepertinya) tanpa pernambahbaikan daripada aspek lain. Nak bangunkn prasarana pemikiran ummah, kita kena gabungkn bangsa2 yg ada kt malaysia ni dlm satu tempat
Mungkin saya silap, tp saya dpt rasakn ustaz cuba menjadikan platform bangsa melayu utk melihat keberkesanan cara motivsasi penyampaian ustaz. Mungkin juga sudah tiba masanya hala tuju perlu berubah, mungkin? Ustaz juga membandingkn segala yg tercapai oleh bangsa2 lain dlm aspek penilaian ustaz, dlm aspek ini secara berkadar terus dgn program motivasi yg ustaz lakukan, ceramah yg ustaz dijemput. Saya dapat rasakn mungkin mencari sinar di bumi bukan melayu menenangkn ustaz, meletakkan ustaz dlm antara cita2 & angan2, dalam mencari apa sebenarnya solusi yang memberi impak kepada apa yg ustaz cita2kn…
Mungkin sudah tiba masanya ustaz menyediakn slot utk mereka yg bukan melayu dlm motivasi ustaz, untuk melihat sudut pemikiran mereka & pendekatan daripada idea bangsa mereka yang dpt mengeratkan ummah di malaysia. Islam di malaysia bukan melayu, dan melayu itu bukannya dasar islam…
Mungkin juga sudah masa mendidik mereka yg cuba mendidik orang lain… Maaf, ada kalanya seseorang yg selalu menasihati orang lain, terlupa untuk menasihati dirinya sendiri. Tidak dinafikan juga ramai orang memberi ceramah, tidak pula mendengar kembali ceramah yg dirinya sendiri sampaikn, utk menilai kelemahan diri, utk mencuba memahami sudut yg cuba disampaikan…
Maaf sekiranya tulisan saya mengundang kemarahan org lain, cuma adakalanya bersetuju untuk tidak bersetuju merupakan perkara yg diperlukan oleh seseorg dlm membuat penilaian… Wassalam…
Salam, Ustaz.
Nak tanya, ini pendapat peribadi Ustaz, ataupun setelah membuat kajian berserta fakta-fakta yang boleh dipertimbangkan secara serius?
Soalan ni penting untuk ustaz jawab sekadar penjelasan kepada orang yang adh baca, dah komen dan yang mampu nak komen.
Assalamualaikum Ustaz Hasrizal,
Hrm. Dah banyak komen dan semuanya panjang2. Saya berusaha utk tidak memanjangkan komen. Komen ini mungkin sesuai utk mereka yg selalu bermotivasi utk memajukan diri dengan ‘sentiasa berfikir besar’, ‘subconcious programming’, law of attraction, what u give u get back method, dan main2 kira tarikh lahir (metafizik).
1. Ustaz Hasrizal, jelas nyata seorang academician, ilmiah, tak kira samada ustaz ada master or pHd atau takde, ia semua tak penting. Yang penting your authentic self sememangnya academician, ilmiah.
2. Jujur, saya sukakan artikel2 ustaz yang berbau ilmiah, motivasi ustaz yang ilmiah. Namun sememangnya ia mungkin hanya sesuai utk peminat perkara2 ilmiah, yang for sure x banyak spesies tersebut di muka bumi.
3. Sy juga pernah terjebak dalam persoalan ini. Sy peminat buku2 dan ceramah motivasi seawal 20-an. Motivasi banyak membantu diri sy, to be a better person (sesangka saya pada ketika itu). Kebanyakan kitab2 motivasi utama barat, sy hadam.
4. Asal sy dari sekular, bukan berpendidikan formal agama.
5. Pada suatu detik, sy rasa, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hasrizal memang layak baca buku2 mcm ni, kerana background mereka, tauhid mereka kukuh, tidak seperti saya.
6. Sy ambil keputusan berhenti dari menggunakan teknik2 motivasi. Berusaha melupakan.Lupakan. Buang dari hidup. Ia proses yg sukar, namun Allah bantu. Walaupun proses ini sounds complicated, dan sy sendiri x sure apa yg tgh sy eksperimenkan, dan sy yg menjadi bahan eksperimen itu, sy teruskan niat, membuang perkara2 berbau motivasi dari diri saya. Sy rasa diri sy mcm kotor dengan ilmu2 mcm tuh, pada satu saat memang sy rasa kosong. Dan ia tidak membantu lagi utk menyemai semangat dalam hidup.
7. Tindakan meninggalkan kefahamn2 motivasi yg sudah sebati dgn diri, bunyinya mcm extreme. Namun itulah yg berlaku. Penyokong motivasi ini tidak lagi tahan dengan ilmu2 motivasi. Berpaling. Malah mungkin menyangkal.
8. Jalan hidup saya, melalui proses2 pembersihan hati dengan cara tersendiri, bergerak ke arah pemahaman Tauhid, dan kemudian kembali ke arena kekhalifahan. Sy kembali kepada mengkaji sunnahtullah. Minat sy masih pada intrapersonal issue.
9. Setelah mengalami semua ini, sukar untuk saya mengatakan motivasi itu sesuatu yang kosong, walaupun sebelum ini saya pernah mengalami perasaan sedemikian.
10. Mengkaji diri, brain, neurology, psykology, kaitan ilmu biology, chemistry dan physic, types of person( eg: Aspegers, HSP) membuatkan sy berasa, ya, arena self-help, motivasi itu harus dan tidak ada salahnya. Cuma mungkin ada perubahan dalam definisi ‘self-help’, ‘motivasi’ itu kini.
11. Bagi seorang hamba Allah, yang jiwanya Tauhid, yang cara fikirnya tauhid, kata-kata yang keluar dari jiwanya, pasti memotivasikan. Jaringan ilmu Tauhid yang dihubungkan dengan baik dengan pengkajian alam, dengan dalil Al-Quran, membulatkan lagi pemahaman di sebalik sebaris ayat ‘motivasi’.
12. Point saya, seorang pakar motivasi perlu tidak terpisah dari identiti seorang ulul albab.
13. Bukan penjual air liur yang berbagai tekniknya, termasuklah yg suka menggunakan teori2 imaginasi cemerlang, tanpa mengkaji dan mencintai pengkajian tentang alam seluruhnya. Penyebaran teknik subconcious mind,law of attraction, tanpa masyarakat dididik ilmu neurologi dan psikologi, bagi sy satu tindakan yg kurang bijak dari para motivator. Motivasi tarikh lahir pula perlu pemahaman konsep fizik dan metafizik yg baik. Motivator perlu menyedari, yg kebanyakan penggemar motivasi di Malaysia ini adalah mereka yg dari sekular, mereka mencari penggerak. Mereka memburu motivasi utk membuat mereka bergerak menuju kejayaan. Teknik law of attraction, subconcious, what u give, u’ll get back, walaupun pada surface levelnya boleh dilihat memberi kesan positif, namun sy begitu tidak pasti akan kesan baiknya kepada jiwa dan iman. Yang pasti, ia ada effect pada akidah.
14. Motivasi tidak salah. Yang tidak tepat adalah motivatornya.
15. Sy kembali bertanya, motivasi itu apa? Dan jawapan sy kini, wahyu Allah penuh dengan motivasi. Ia memotivasi jiwa, bukan memotivasi sekadar akal dan nafsu.
16. Masyarakat ada masalah jiwa. Sy kira significant sekali motivasi dan dakwah disatukan. Dakwah yang menggunakan platform motivasi.
17. Indah sekali andai ideologi syed qutb tentang umat islam organik itu tercapai sepenuhnya. Namun seakui sy, sy masih hidup dalam sebuah dunia dan pemerintahan sekular. Yang membuatkan keperluan mentemplatekan dakwah ke template motivasi itu mungkin satu keperluan.
18. Keperluan buat mereka yg inginkan motivasi akal dan nafsu, tanpa menyedari yg paling perlu adalah motivasi jiwa.
19. Sekadar pendapat ustaz. Bagi saya, ustaz hasrizal punya ciri motivator ulul albab utk mentemplatekan dakwah kepada motivasi.
20. Dan kemudian ia terus dikatakan motivasi. Yang pada masa yg sama, ia dakwah. Cuma mungkin, dakwah lebih luas scopenya, yang mana, motivasi adalah salah satu dari cabangnya.
Ustaz, mohon teruskan ur gifted analitikal and synthesis thinking utk mencedok penceritaan Al-Quran dan men’narative’kan ia dalam bentuk pemahaman insan2 berfikiran motivasi. Insyaalah. Kami doakan yg terbaik utk ustaz hasrizal.
=]
Agreed!!
Mr/Mrs/Ms Loket; Nice one đ
Amongst reason why I like to read Ustaz Hasrizal’s because kepadatan ilmu dalam artikelnya, sangat ilmiah dan memerlukan pemikiran…how he quoted the source, how he links his articles, and off course the way he narrate the story, this is rare and intelligent, this is pure gift in writings…the best part is everytime I read his article, I feel like reading medical & scientific research journals…even sometimes I need to read his articles twice or more in order to digest all information đ
PS; Semoga Ustaz beroleh ketenangan dalam apa jua keputusan Ustaz.
Assalamualaikum.
Benar ustaz. Saya terkadang bingung juga. Salah satu program yg saya xberapa suka bila tiba musim orientasi. Biasanya mesti kena sorak.ataupun persembahan kebudayaan. Pattern ssbuah program tu kdg2 bila xda smua ni drasakan xmeriah. Saya sendiri pernah menjadi fasi bg program sebegini. Kdg2 mmg xselesa tp arahan pihak atsn. Xda cara,kena cari akal nak lari je.
Satu lagi,dari sudut penerimaan masyarakt. Ada golongn yg rasa bosan kalau xda sorak2 tu semua. Saya fikir ini semua kerana mentaliti masyarakt sndiri. Dari awl mmg dah dicucuk, disuap dengan apbla ada sorak,persmbahan yg myeronokkan,org ketawa,puas.
Semua ini berbalik kpd ‘makanan ‘ mereka. Bagaimana kita disuap sejak dulu. Ada yg ke motivasi cuma nkkn keseronokan bukan manfaat.
Wallahua’alam.
Watak Aamir Khan dalam 3 Idiots, menubuhkan sebuah sekolah demi merealisasikan ideanya. MOTIVASI itu tidak salah, tapi jadi salah sbb xde hands-on. Sekadar macam pengkomen sblm ini kata, Touch nGo
Assalamualaikum warahmatullah.
Saya sedang mencari artikel berkaitan kajian keberhasilan program motivasi kepada murid sekolah. Saya kebetulan mengajar murid pemulihan tahun enam. Akhlaknya tidak memuaskan (contoh – masuk ke rumah guru tidak memberi salam) saya pun mencadangkan agar dia menghadiri program motivasi yang menekan akhlak. Saya amat terkejut apabila diberitahu dia telah menghadirkan kem motivasi penceramah popular (ustaz). Dia juga bersikap agresif – membantah tunjuk ajar saya, seolah-olah dia sentiasa betul. Saya juga pernah mendengar keluhan ibu bapa tentang akhlak anak mereka sesudah menghadiri beberapa minggu program cuti sekolah. Saya juga pernah mendengar pengakuan penghuni sekolah pemulihan akhlak, mereka adalah alumini program motivasi ini dan itu sebelum dimasukkan ke institusi itu. Fikiran saya terganggu mendengar kata-kata motivator yang mempunyai pengalaman merawat pesakit. Menurutnya pesakit yang mengalami kesukaran semasa dirawat, disebabkan mereka tidak jujur semasa bekerja, menggunakan kemudahan pejabat untuk diri sendiri. Apakah beliau telah mengkaji latar belakang pesakit atau hanya membuat kesimpulan sendiri. Bagaimana dengan taubat seorang pendosa? Apakah akan ditunjukkan semasa menjalani rawatan (pembedahan) dengan beliau? Hanya Allah Yang Maha Tahu segalanya.
Assalamu’alaikum ustaz
macamana pula dengan situasi seorang motivator yang hebat tetapi disebaliknya mengabaikan tanggungjawab dalam keluarga?