02. Kritikan Bukan Tuduhan

524771_484581068256090_111906056_n

Petikan Sirah Ibnu Hisyam pada bahagian Islamnya Khadijah radhiyallahu anha

ENTRI Facebook bertarikh 1 mac 2013:

Kritikan saya kepada novel Hijrah karya Ayahanda Pak Latip, bukan TUDUHAN. Penuduh adalah ahli maksiat yang melakukan permusuhan dengan motif yang dicela oleh Allah.

Supaya dapat difahami oleh sahabat yang mengikuti wacana ini, saya nyatakan di sini, bahawa saya sudah memeriksa rujukan asal buku Sirah Ibnu Hisyam versi Arab terbitan Dar al-Khayr, 1993 daripada ms 188 bab perutusan Rasulullah SAW dengan penerimaan wahyu, sehinggalah ke ms 215 berkenaan pengislaman Khadijah dan para sahabat yang awal, radiyallahu anhum ajma’in. Saya juga membandingkan versi Arab ini dengan terjemahan Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam berbahasa Melayu terbitan al-Hidayah , cetakan 2009.

Di dalam kedua-dua versi Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam ini, saya tidak bertemu dengan fakta, mahu pun dialog, seperti yang saya baca di dalam Novel HIJRAH karya Ayahanda Pak Latip yang berbunyi berikut:

“Selepas menerima wahyu itu, Nabi Muhammad bangun dari tempat perbaringan lalu melemparkan selimutnya.

“Tidurlah wahai suamiku. Berehatlah dahulu sehingga keadaanmu pulih sepenuhnya,” kata Khadijah.

“Tidak wahai Khadijah. Masa untuk tidur dan berehat sudah pun habis. Jibril memerintahkan aku supaya memberi peringatan kepada manusia, dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah. Tetapi siapakah yang hendak aku seru? Siapakah pula yang mahu menyahut seruanku? tanya Nabi Muhammad.”

PERSOALAN.

Apakah ada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam bertanya / berkata demikian kepada Khadijah radhiyallahu ‘anha?

Apabila penulis Novel Hijrah menisbahkan dialog itu kepada Nabi Muhammad SAW, jika dialog itu benar, maka ia akan dinilai kekuatannya pada sanad riwayat yang dirujuk. Tetapi jika dialog itu tidak wujud, maka menisbahkan ia kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam adalah satu kesalahan.

Jika dalam semua situasi lain ia dinamakan sebagai PENDUSTAAN TERHADAP NABI sallallaahu alayhi wa sallam, maka apakah ia [dihukumkan] harus di dalam industri novel sejarah Islam?

Sekali lagi, jika saya tersilap, ada yang saya belum jumpa, maka saya sedia membetulkan.

Tetapi saya tidak MENUDUH.

Adakah saya mahu novel sejarah DIHARAMKAN?

Tidak.

Saya harap ia dibetulkan.

Namun, secara peribadi saya tidak pasti bagaimanakah novel sejarah yang ditulis sebegini dapat dibetulkan sebab TERLALU BANYAK isu yang sama seperti contoh yang saya berikan di atas.

Puan Ainon Mohd menasihat Pak Latip agar tidak melayan saya.

Saya menerima dengan hati yang terbuka kerana tugas saya hanya menyatakan hal ini sebagai amanah ilmu. Saya tiada sebarang kepentingan kecuali amar makruf nahi munkar.

Betulkan saya jika saya tersilap. Tetapi jangan TUDUH saya MENUDUH.

HASRIZAL @ 43000 BSP

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Menamatkan Pendidikan Kiasu

Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share