Berkomunikasi Dengan Hati

Di zaman sains dan teknologi ini, pelbagai alat canggih dicipta untuk tujuan komunikasi.

Telefon pintar.

Keupayaan internet yang tinggi.

Pengangkutan yang pantas dan efisyen.

Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif.

Namun rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan, salah faham antara bangsa dan negara menumpahkan darah, semacam manusia itu tidak faham antara satu sama lain. Seperti tidak berkomunikasi.

Di era sahabat, berlaku konflik yang kritikal pasca pembunuhan Uthman bin Affan, antara Ali dan Muawiyah radhiyallahu ‘anhum. Ali di Mekah, Muawiyah di Syam, sisi pandang antara satu sama lain tentang keutamaan dalam tindakan, sukar ditemukan kerana logistik yang begitu menjarakkan.

Tetapi krisis yang boleh meruntuhkan kuasa itu berhasil diamankan di era Muawiyah radhiyallahu ‘anhu apabila diskusi, faham memahami, bertolak ansur dan mengutamakan apa yang utama, berjaya dicapai.

Hasil komunikasi.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Kepakaran-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat 49: 13]

Justeru benarlah, alat komunikasi paling canggih bukan telefon pintar atau internet 4G.

Alat komunikasi paling tinggi adalah HATI.

Menjadikan komunikasi bukan subjek teknikal, tetapi sains kemanusiaan.

Memahami tabiat manusia dalam berinteraksi.

HASRIZAL
43000 BSP

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

lazy

Seruan ke Jahannam di Pandangan Yang Kelam

kredit foto www.popgive.com “Tapi, benda tu baik. Hidup saya berubah kerananya” kata seorang peserta. “Agamawan jumud. …

3 comments

    • Amboi, main senyum-senyum aje dia ye..

      • hehe, saya cukup suka bab komunikasi ni ustaz. mengajar di kilang ni pun saya ajar bahagian komunikasi & pembangunan diri. menariknya, komunikasi ni luas, ni kali pertama saya baca dan ‘senyum’ bila ustaz tulis pasal komunikasi dengan hati. betul sangat2 apa yg ustaz cakap ni.

        kena repair diri sendiri saya dulu. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *