04. Qaulan Sadida: Kritikan Dalam Gelanggang Akhlaq

734920_484749801572550_680446454_n

ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 1 MAC 2013:

Kita perlu belajar untuk memberi pandangan dengan amanah, tenang, jujur serta kuat berpegang dengan akhlaq Islam, pada memilih perkataan yang benar adabnya. Barulah kita terdidik untuk menjadi masyarakat yang berpeadaban tinggi.

Saya cuba sedaya upaya untuk menyampaikan pandangan saya tentang novel fiksyen sejarah, industri motivasi dan latihan di negara kita secara yang sangat berhemah. Ia tidak sempurna tetapi saya masih mencuba.

Tetapi apabila pandangan itu bertentangan dengan pendirian kita, pantas budi bahasa itu disimpulkan sebagai:

SERANGAN

TUDUHAN

PERCUBAAN MENJATUHKAN

MENGAIBKAN

… hingga butir-butir perbincangan seperti tidak relevan, dan sopan budi dalam berkata tidak diberi harga.

Saya berkempen semenjak tahun lalu agar kita tidak menyindir (sarcasm / sukhriyyah). Sejak itu saya sendiri berusaha untuk berterus terang, berkata langsung, untuk meneroka seni berbicara secara amanah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Al-Ahzaab 33: 70-71)

Intipati nasihat itu lebih berat. Isi sebenarnya ialah:

Jangan jadi pendusta. Jangan dustakan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam. Jika tidak berilmu, jangan tulis buku, jahil kena terima hakikat kejahilan diri, jangan jual air liur basi, jangan menjual agama dan macam-macam lagi nada yang merosakkan suasana.

Tetapi yang dipilih adalah kalimah cadangan, nasihat, perkongsian. Jika teguran kepada sesuatu yang sudah berunit ratusan ribu di tangan masyarakat, bernilai jutaan ringgit pada nilaian pasaran, dilakukan secara sorok-sorok, secara jujurnya saya ingin bertanya, apakah saranan ini diterima?

Apakah tidak ada sebelum ini teguran demi teguran telah dibuat?

Sudahkah teguran itu mendapat tindak balas yang sewajarnya?

Cinta kita kepada Allah, Rasul dan Islam, adalah nyawa yang menadikan degup jantung di perjalanan hidup yang fana ini. Bersungguhlah dalam beragama.

Ini era Ruwaibidhah.

HASRIZAL @ 43000 BSP

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

itep-lecturers

Menghormati Ilmu Pendidikan Sebagai Batu Asas Sekolah

Program Islamic Teacher Education Program (ITEP) anjuran Razi Group, biar pun hanya peringkat sijil, ia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *