Risalah al-Nur: Teladan Sebuah Basmalah

Sahrawi men walk in the desert after a c

Ibrah di sebuah padang pasir (kredit foto www.majalla.com)

UTUSAN PERTAMA

“Serahkan semua harta kamu!” arah ketua kumpulan perompak.

“Berani kamu mahu merompak aku? Kamu tahu aku siapa?” tanya si utusan raja.

“Siapa kamu?” tanya ketua kumpulan perompak berkenaan.

Kawan-kawannya juga ketawa. Lucu dengan keyakinan mangsa mereka itu.

“Aku adalah utusan Raja Fulan bin Fulan. Aku sedang melakukan kerja yang diperintahkan olehnya. Engkau tahu siap dia, bukan?” tegas si utusan raja.

Mendengar akan nama Raja Fulan bin Fulan itu, ketua perompak dan rakan-rakannya jadi kecut. Mereka tahu benar akan kekuatan sang Raja. Hajat mahu memangsakan si utusan, mahu sahaja nanti tindakan mereka dibalas oleh Raja dengan serangan. Musnah habis segala-galanya.

Utusan raja terselamat.

Beliau dilepaskan.

UTUSAN KEDUA

Berbeza kisahnya dengan utusan raja yang kedua.

“Serahkan semua harta kamu!” arah ketua lanun.

“Berani kamu mahu merompak aku? Kamu tahu aku siapa?” tanya si utusan raja.

“Siapa kamu?” tanya ketua kumpulan lanun berkenaan.

Kawan-kawannya ketawa besar. Tidak pernah berjumpa dengan mangsa seberani ini.

“Aku adalah Fulan bin Fulan. Juara tempur 10 tahun berturut-turut. Tiada juara yang berdiri di hadapanku melainkan aku tundukkan ia!” tegas si utusan.

“Arghh. Kami peduli apa. Serahkan harta kamu!” bentak ketua lanun berkenaan.

Mereka bertempur dan akhirnya utusan raja tumpas. Dibunuh dan hartanya dirompak.

FADHILAT BASMALAH

Itulah bentuk analogi yang dikemukakan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi di dalam al-Kalimāt, salah satu kitab di dalam siri Risalah al-Nur beliau. Beliau menjelaskan tentang kepentingan BASMALAH yakni lafaz Bismillāh al-Rahmān al-Rahīm pada mengiringi amal perbuatan harian kita. Ia diumpamakan seperti utusan ketua kabilah yang menyeberang padang pasir. Pelbagai ujian, ancaman dan dugaan dari musuh yang pelbagai, harus dihadapi oleh utusan tersebut.

Sesungguhnya kitalah utusan itu.

Dan dunia ini adalah padang pasir yang luas terbentang.

Hamba yang merendah diri, memuliakan ketuanya, mengiringi setiap lakunya dengan nama ketua, akan beroleh perlindungan dengan kebesaran nama ketuanya itu. Berbeza dengan utusan yang hanya melihat kebesaran pada dirinya. Lupa akan hakikat dirinya sebagai utusan. Meremehkan kedudukan ketuanya yang sepatutnya boleh berperanan melindunginya di dalam perjalanan. Beliau menempuh risiko demi risiko hanya untuk mempertahankan kebesaran diri.

Bagi mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan nama Allah, dia melakukannya dengan kualiti tertinggi. Dia melakukannya dengan prinsip yang tinggi. Dia melaksanakannya dengan penghormatan yang tinggi. Kerana dia membawa nama Tuhannya.

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدأُ فيه ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيمِ ، وبالحمدُ للهِ ، أو بحمدِ اللهِ أو بذِكرِ اللهِ ، فهو أجذَمُ أو أقطَعُ أو أبتَرُ

“Setiap urusan yang penting namun tidak dimulakan dengan Bismillāh al-Rahmān al-Rahīm dan memuji Allah dan menyebut serta mengingatinya maka ia terputus” [Hadith sahih riwayat Ibn Daqiq al-‘Aid]

Sudah lama kita menggunakan sampul surat rasmi bertulis “Urusan Seri Paduka Baginda”.

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

57232659

Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah?

  Perjalanan saya di dalam siri kuliah Modern History of Europe pada semester ini, menyebabkan …

9 comments

  1. Alhamdulillah ustaz atas ibrah daripada kisah ini.

  2. menariknya…alhamdulillah

  3. Salam ustaz, secangkir teh pengubat letih adalah sebuah buku pencetus keinginan saya untuk mengenali dan mendekati tamadun islam di turki dan susur galurnya. Juga teringin sgt utk menyambung pelajaran di sana jika diizinkanNya. Boleh ke ustaz berkongsi dgn peluang dan ruang yg ada utk dikongsi bersama. Terima kasih.

  4. hasimah binti hashim

    terima kasih ustaz.

  5. syukran kasir atas nasihat dan akan saya jadikan teladan

  6. Ayat last tu nak faham macam mane ni? ;p

  7. Terima kasih ustaz . Ada idea idea yg saya ambil dan kembangkan dlm sesi perbincangan saya dan rakan-rakan.Alhamdulillah Allah bagi saya pengalamn lupa dan blank semasa nak memulakan sesi perbincangan. Saya lupa membaca basmalah, saya istighfar dan teringat saya sudah berselawat. Semoga Allah selamatkan saya disesi yg seterusnya. Aameennnn.

  8. Artikel yg menarik ust. Trruskan menulis. Terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *