FB vs BLOG: Antara Tulisan dan Penulisan

continueblogging-e

Kita sudah terbiasa melihat LIKE, komen-komen yang berderetan.

Semuanya itu menjadi penerang kepada maklum balas sama ada apa yang ditulis itu diterima atau pun tidak. Kita tidak menulis dalam kegelapan, yang menjadikan kita kabur apakah tulisan kita itu baik, mahu pun sebaliknya.  Tanpa sedar, komen-komen dan LIKE itu menjadikan kita impulsif. Kita sentiasa mahu tahu, sejauh manakah tulisan kita dibaca. Sekejap-sekejap, kita akan meninjau, untuk mengira maklum balas.

hitcounter

Jika zaman dahulu kala, pemilik website atau kemudiannya dikenali sebagai blog, perlu meletakkan visitor counter, dan berbangga dengan kiraan tinggi satu-satu halaman, atau di suatu ketika memanjat ranking, semuanya mencapai kemuncak, maklum balas datang seperti simbahanhujan mengiringi populariti penulisan.

Ia menjadi penyakit, ia menjadi ketagihan, bukan lagi motivasi mendorong kita lebih menulis lagi, kerana kita sudah hilang upaya menulis.

Hanya menulis status.

Yang hakikatnya adalah tulisan, bukan penulisan.

Penulisan lengkap komponennya. Ada persoalan, ada objektif, ada dapatan dan ada saranan lanjutan. Lazimnya ia panjang, sedap dibaca, mengenyangkan minda, dan Inshaallah menjadikan si pembaca insan yang lebih baik. Semuanya menjadi hasanah buat sang penulis.

Tulisan adalah contengan.

Berbekalkan kepala lutut pun, manusia boleh menghasilkan tulisan.

Lagha.

2017-ajal-fb

Berita penuh, baca di GUARDIAN

Februari 2014, Facebook menyambut ulangtahunnya yang ke-10.

Blog saifulislam.com pada tahun ini berusia 17 tahun.

Abang mesti lebih matang.

Abang berani mengaku salah. Abang boleh kembali kembali ke pangkal jalan. Dan abang yang matang tidak memaksa-maksa adiknya untuk mengambil langkah yang sama sebelum memahami.

Abang sentiasa ada di sisi adik, memberi sokongan ketika adik memerlukannya.

Jika masih ada naluri manusia yang mencari damai, ketenangan dan bahagia, mereka pasti akan sampai ke titik enough is enough. Mereka akan tinggalkan kegilaan putaran status-komen-like-status tersebut. Dan ketika mereka meninggalkannya, dan tercari-cari kembali penulisan, bukan sekadar tulisan, moga blog-blog yang sepi itu kembali makmur.

Makmur dengan pencari ilmu.

Makmur dengan manusia yang menghormati ilmu.

Makmur dengan manusia yang berkata yang baik-baik, atau diam.

Inshaallah hari itu akan tiba.

Dunia atas talian akan kembali tenang.

Inshaallah.

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

Ramadan adalah bulan mengejar kebaikan. Kita pula berperasaan tidak tentu hala tuju kerana pelbagai tragedi …

8 comments

  1. Khairatun Najwa

    Menarik perbezaan tulisan dan penulisan.

    Blog lebih membantu untuk membina kemahiran menulis terutamanya kepada seorang penyelidik!

    Ketagihan ‘like’ juga adalah satu benda yang menakutkan.

    Cukup membuka perspektif baru untuk saya sebagai pelajar.

  2. Meskipun saya menghormati sikap optimis ustaz namun saya tidak dapat menempatkan diri dalam landasan yang sama.

    Pandangan saya, jika Facebook (FB) merosot pun, masih (terlalu) banyak media sosial lain yang muncul seperti Pinterest, Google+, Tumblr, Vine dsb. yang mana menggunapakai falsafah yang sama, iaitu mengisi (atau menipu) kekosongan jiwa manusia dengan paradoks jaringan sosial.

    Manusia itu sunyi, mahukan unsur kedampingan, mahu diakui, mahu diterima, usahawan Barat melihatnya sebagai ruang untuk diambil kesempatan. Jika FB gagal, ia akan diganti dengan yang lain. Rancangan perniagaan yang hebat dari sudut komersil, namun kesannya membinasakan. Kita tidak lagi melihat alam, jernihnya sungai, indahnya jalinan daun, serta berjabat tangan bertanya khabar tanpa mengharapkan status prestij dongengan seperti “like” dan jumlah pengikut.

    Dalam masa sama, saya gembira beberapa kiriman lepas menunjukkan ustaz “tawar hati” dengan lapangan Facebook. Dunia sememangnya lebih tenang tanpa FB.

    • Aszrul Aszrie

      Saudara Khalid,

      Saya kurang bersetuju dengan ayat saudara “… mana menggunapakai falsafah yang sama, iaitu mengisi (atau menipu) kekosongan jiwa manusia dengan paradoks jaringan sosial. … Manusia itu sunyi, mahukan unsur kedampingan, mahu diakui, mahu diterima, usahawan Barat melihatnya sebagai ruang untuk diambil kesempatan. Jika FB gagal, ia akan diganti dengan yang lain. Rancangan perniagaan yang hebat dari sudut komersil, namun kesannya membinasakan. …”

      Sekali pun mungkin benar ada “agenda tersembunyi” setiap apa yang Barat lakukan, tetapi kita tidak boleh melihat perkara tersebut dengan hanya menggunakan sebelah mata sahaja. Mungkin saya boleh katakan seolah-olah kita ingin menyalahkan teknologi kejuruteraan kereta / motorsikal yang mencatatkan kenaikan statistik kematian, padahal manusia itu sendiri mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan sebaik-baiknya atau pun menyalahgunakan dengan sewenang-wenangnya.

      Setiap perkara mesti bermula dengan sebab. Bahkan mungkin saya boleh katakan teknologi sosial media berakar umbi dengan sejarah penghasilan teknologi komunikasi dan komputer yang semakin baik serta manusia yang mendukung dan melihat kehadiran teknologi sosial media sebagai platform untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti masyarakat secara lebih pantas.

      Pada tahun 2004, Mark Zuckerberg membina Facebook hanya bertujuan untuk berhubung dengan pelajar-pelajar yang lain. Persoalannya, bagaimana Facebook dan sosial media pada masa kini banyak memberi impak sama ada yang baik ataupun buruk, kita mesti melihat bagaimana pertumbuhan yang berlaku sekitar masa 2004 sehingga 2014.

      Saya ingin menyesyorkan kepada saudara untuk membaca buku berjudul “Future Perfect: The Case for Progress in a Networked Age” yang ditulis oleh Steven Johnson yang menceritakan sejarah yang berlaku di “Barat” bagaimana tercetusnya beberapa pergerakan dan dengan hadirnya teknologi sosial media menyebabkan pergerakan tersebut berkembang luas. Saudara boleh juga mencari jurnal dan artikel yang berkaitan “how did social media emerge” sebelum saudara boleh menghukum kesalahan sosial media kepada masyarakat kita pada hari ini.

      Seorang tokoh Islam, Syeikh Muhammad Abduh pernah berkata dengan lebih kurang “Aku melihat ada Islam di Barat tapi tak ada Muslim, dan ada Muslim di Arab tapi tak ada Islam”.

  3. Saya pun dah off FB untuk beberapa hari…baru nak masuk seminggu. Sebelum ni pernah cuba seminggu tutup FB, tapi bukak balik sebab rasa macam ketinggalan isu2 semasa. Sekarang tutup balik sebab rasa macam tak ada makna dah FB ni..

  4. Saya konsisten mengaktifkan blog walau kian perlahan kerana komitmen di alam realiti. Saya juga teruskan strategi memperalatkan media sosial dengan buang nilai sosial dan hanya fokus pada nilai media di fb, g+, forum sepertimana saya buat di blog. Saya tak ketagih. Saya menjadi fokus akan matlamat dan bukan alatnya.

  5. assalammualaikum ustaz.saya setuju.FB membuat kan saya semakin tawar, rindukan zaman menulis panjang mengarang idea di blog.biarpun menulis itu tiada ramai yang membaca tapi paling kurang kita berada dalam ruang lingkup idea yang ingin disampaikan.

    ikhlasnya, saya rindukan penulisan Ustaz di FB namun dengan kembalinya semula Ustaz di arena blog ia mengingatkan saya betapa perkenalan awal saya dengan idea Ustaz adalah di Saifulislam.com.

    Alhamdulillah, terima kasih Ustaz!!

  6. Saya teringat dulu ust pernah menyebut facebook jika digunakan dengan cara yang betul juga banyak membawa manfaat.

    Apapun, sekarang semakin ramai yg mula meninggalkan facebook. Atas bermacam isu privasi dan lain-lain lagi. Apapun harapnya polpulariti blog akan semakin meningkat.

  7. Ust tolong bongkar pula sejarah valentines day secara lebih radikal….kasihanilah kmi yg awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *