Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan (Yang Membinasakan)

televangelist

Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri,  juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama.

Keberagamaan hari ini amat membingungkan.

Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum habis mengaji. Jangan sekali-kali mencita-citakannya. Lebih baik, hindari lensa, hindari publisiti sebelum usia mencecah 30’an. Sibukkan diri dengan mengaji.

Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu. Maka, kukuhkan dulu ilmu dan pengalaman, sebelum engkau menyerah leher kepada kehidupan yang berisiko tinggi itu. Hakikat menjadi selebriti agamawan, kesilapanmu dipertahankan peminat, kebenaranmu dicemburui lawan. Selamatkah dirimu, tanpa ilmu yg jitu?

Justeru, dalam banyak keadaan, rebutlah kelebihan menjadi insan bertaqwa yang tidak dikenali. Viral, trend, populariti, ia adalah ujian yg berat. Mengapa engkau dengan sengaja menempa susah? Apatah lagi kesusahannya adalah beban yang jauh dari berbaloi.

Setiap kali berpendapat, engkau boleh melapikkan ‘fatwa’mu dengan permohonan maaf dan meminta nasihat jua teguran. Tetapi agama mengkehendaki kita tawadhu’ dengan ilmu mendahului tawadhu’ dengan mad’u. Tawadhu’ dengan ilmu bererti kita membataskan diri daripada berkata-kata pada perkara yang kita tiada pengetahuan mengenainya.

Pengetahuan ialah apa yang kita pelajari, kita dalami, kita fahami. Bukan apa yang kita dengar, tidak sekali-kali sekadar meminjam apa yang orang kata, berlepas tangan dengan menganggap jika salah, salah yang berkata, bukan salah kita yang meminjamnya!

Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berpesan di dalam Majmū’ al-Fatāwā beliau:

من تكلم في الدين بلا علم كان كاذبًا، وإن كان لا يتعمد الكذب

‘Barangsiapa yang berbicara tentang hal-ehwal agama tanpa ilmu maka dia dikira berdusta sekali pun dia tidak berniat untuk berdusta.’

Dek kerana bahayanya perbuatan memetik buah sebelum ranum, rancangan-rancangan realiti keagamaan itu berbahaya. Jika dalam dunia masakan, Chef Wan risaukan chef segera melalui rancangan realiti masakan, kita pula risaukan ulama segera yang dihasilkan oleh rancangan realiti di kaca televisyen. Mendengar ceramah-ceramah alumni program realiti televisyen yang banyak itu, sungguh dukacita hati saya dibuatnya. Demikianlah akibat mensesiakan usia muda yang sepatutnya diisi dengan belajar, bukan mengajar, biar pun berdakwah masih fardhu ain dalam rutin seharian masing-masing.

Al-Imam al-Shāfi’ī rahimahullāh berpesan, seperti yang ternukil di dalam Fath al-Bārī, syarah kepada Sahih al-Bukhārī:

إِذَا تَصَدَّرَ الْحَدَث فَاتَهُ عِلْم كَثِير

“Apabila seseorang yang baru belajar tergesa-gesa ke hadapan (kerana mahu menjadi tokoh), maka akan terluput daripadanya ilmu yang banyak”

Mengapa tergesa-gesa beraksi di lensa, sebelum ilmu secara amanah disemat di dada? Lidah tidak bercabang, lancar berkata-kata, tidak selancar mata membaca dan akal memikirkannya. Jika televisyen mensyaratkan ada ASAS agama, maka ASAS itulah racunnya, kerana pada usia yang begitu muda, kalian sudah sibuk ke sana sini mengajar (kalau boleh dikatakan mengajar), bila masanya yang ASAS itu hendak ditambah, diperbaiki dan ditingkatkan?

Jika zaman belajar tidak rancak belajar, mustahil zaman mengajar boleh rancak mengajar. Kecuali ada penyakit yang direstui penyebarannya.

Dek besarnya bebanan berkata-kata di pentas ceramah, apatah lagi di depan lensa, saya sendiri lebih tenang menulis berbanding berceramah. Sebelum menulis, saya kena membaca dan punya ruang berfikir sebelum menyebarkannya.

Ceramah, mudah benar kemalangan ilmu berlaku.

Semoga Allah ampunkan saya, bekas orang muda yang banyak bercakap, bakal orang tua yang kurang beramal. Sekadar berkongsi nasihat buat yang sudi.

(Dan amaran buat yang enggan bermuhasabah diri)

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

41 comments

  1. That’s why kadang2 rasa berat nak tulis semua benda sebagai status dakwah. Kalau nak tulis pun, benda yang obvious atau signifikan. Bukan hari2 kena tulis tapi kosong nilai.

  2. Antara perkara yang paling saya risau adalah sesi soal jawab di majlis ceramah. Kita boleh nampak penceramah sukar bagi jawapan jelas dan berisi sebab penceramah bukannya boleh ingat semua fakta-fakta untuk menjawap dengan masa yang suntuk.

  3. Entah mengapa, saya begitu terkesan dengan nasihat Ustaz yang ini,

    “Justeru, dalam banyak keadaan, rebutlah kelebihan menjadi insan bertaqwa yang tidak dikenali.”

    Teringat pula kata-kata Bishr Al-Harith (maksudnya):

    “Aku tidak mengetahui orang yang ingin terkenal (atau dikenali) melainkan agamanya hilang dan aibnya terbongkar.”
    Beliau juga berkata:
    “Tidak akan rasa manisnya akhirat bagi orang yang ingin dikenali oleh orang ramai.”

    [Hilyah Al-Auliya’: 4/18]

    ****

    Saya teringat kuliah Ustaz dalam mengupas buku karangan Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, iaitu Thaqafat ad-Daiyyah iaitu betapa pentingnya seorang Muslim menguasai 6 kategori ilmu dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pendakwah.

    Sayang sekali kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam Seminar Muslim 2014 nanti yang membincangkan tajuk ini dengan lebih intensif.

    Harapan saya agar ada usaha rakaman dibuat untuk seminar ini supaya kami boleh mendapatkannya dalam bentuk DVD seminar seperti DVD Surah Al-Hujurat dan Surah Luqman sebelum ini.

    Insaf baca artikel Ustaz.

    Allahu Al-Musta’an.

  4. zaman adanya teknologi internet ni mmg semua perkara boleh jadi vival.

    masyarakat umum lebih suka melihat tahap popular seseorang sebagai satu pernilaian.

    kalau tidak masuk tv.ertinya tidak popular.kata2 dan ilmu yg dikongsikan hanya dipandang sepi.

    setiap perbuatan kita adalah satu tanggungjawab yg akan disoal blk di akhirat tidak kiralah kita popular atau tidak.
    wallaualam

  5. saya rasa ayat “Jika salah, salah yang berkata, bukan salah kita yang meminjamnya” mungkin terbalik? kalau ikut konteks dua ayat sebelumnya, rasanya “Jika salah, salah kita yang meminjamnya, bukan salah yang berkata” lebih’betul’.

    • “Setiap kali berpendapat, engkau boleh
      melapikkan ‘fatwa’mu dengan permohonan
      maaf dan meminta nasihat jua teguran. Tetapi
      agama mengkehendaki kita tawadhu’ dengan
      ilmu mendahului tawadhu’ dengan mad’u.
      Tawadhu’ dengan ilmu bererti kita
      membataskan diri daripada berkata-kata pada
      perkara yang kita tiada pengetahuan
      mengenainya.
      Pengetahuan ialah apa yang kita pelajari, kita
      dalami, kita fahami. Bukan apa yang kita
      dengar, tidak sekali-kali sekadar meminjam apa
      yang orang kata. Jika salah, salah yang berkata,
      bukan salah kita yang meminjamnya.”

      pd pdpt sy, Ustaz maksudkn:
      ‘yang berkata’ = org y mnjd rujukan/tokoh
      kita y meminjam = org y merujuk/org awam

      *’yang berkata’ perlu arif dlm sstu perkara y ingin dikatakan sblum ada org y mmnjam kata2 nya..

      Allahu ‘alam

    • Dalam konteks rangkap ayat ustaz, saya rasa yang dimaksudkan adalah sikap melarikan diri dari bertanggungjawab ke atas apa yang kita sampaikan, dan ini termasuklah apa yang kita dengar dan pinjam dari orang lain.

      Ayat yang di’quote’ itu maksudnya yang menyampaikan itu cuba meletakkan- atau lebih tepat lagi mengelak- beban tanggungjawab ke atas perkataan yang dia sampaikan dengan meletakkan beban membuktikan kebenaran apa yang disampaikan itu kepada orang yang dia dapatkan darinya perkara tersebut. Sedangkan dirinya sendiri tak bertanggungjawab apa-apa sebab dia hanya menyampaikan apa yang sampai kepadanya.

      Ini adalah ayat paradoks, bukan pernyataan.

      • setuju dengan saudara Nabil

      • kalau begitu, saya rasa ‘sepatut’nya diletakkan kenyataan ‘kata mereka’ di akhir ayat ayat yang di’quote’, no? Ayat pernyataan, bukan daripada ustaz, tetapi mereka2 yang dimaksudkan encik nabil. (‘yang menyampaikan itu cuba meletakkan…)

  6. Jika salah, salah yang berkata, bukan salah kita yang meminjamnya. – See more at: http://saifulislam.com/2014/04/keghairahan-menjadi-selebriti-agamawan-yang-membinasakan/#sthash.EV3KW9sw.dpuf

  7. Assalamualaikum…Jazakallah atas peringatan. Ana setuju dengan pendapat itu cuma masyarakat kita amat perlukan para ustazah lincah dalam aktiviti bersama mereka. Kadang-kadang biasalah kesilapan berlaku dan cara betulnya ialah meminta maaf dan perbetulkan kesilapan. Ana sendiri takut nak masuk dlm media. Sekadar kuliah maghrib sudah le agar fardhu ain itu ditunaikan. Ala kulli hal..apa ust sebut itu satu muhasabah hebat bg saya. Jazakallah ya akhi

  8. Mohamad Rifaie

    Sangat terkesan dengan tulisan ustaz. Amat bersetuju apa yang disampaikan oleh ustaz…jazakallah 🙂

  9. “Kecuali ada penyakit yang direstui penyebarannya.”
    Mungkin kalau ustaz boleh ulas lebih untuk bahagian ini, saya rasa sangat berterima kasih, kerana ia mungkin penting.

  10. Saya juga amat terkesan, selama ini hanya dapat membangkang dari benak sahaja, terima kasih atas penulisan komprehensif yang sangat tepat ini.. alhamdulillah!

    P/s: Guane lame dok tengok koho slim ustaz leni? Bagi tips skit pada saya golongan pembaca yang buncit dok molek ni ustaz…. syukran!

  11. Sebenarnya saya sedikit keliru pada bahagian “hindari publisiti sebelum usia mencecah 30′an”.

    Kenapa ustaz letakkan aras “sebelum 30’an” bukan “sebelum sesuatu tahap ilmu secara zahir”? Walaupun kita tahu sesuatu tahap tu belum menentukan keilmuan seseorang contohnya lepasan sarjana muda walaupun ilmunya hanya seperti lepasan SPM tetapi ‘secara zahir’ itu boleh menjadi salah satu aras menentukan keilmuan seseorang.

    Saya keliru sebab keseluruhan artikel ustaz memberi maksud “orang bodoh (tak tahu) jangan banyak cakap” tetapi pada bahagian tu sepertinya berlaku kontradiksi yang memberi maksud “orang muda jangan banyak cakap”.

    • Naziman Azlye Mungkin ustaz meletakkan umur 30-an sebagai garis panduan umum/average utk melengkapkan diri dgn ilmu sebelum masuk ke alam selebriti. Amat jarang di Malaysia (sbg contoh) kita jumpa remaja awal 20an yg benar2 menguasai pelbagai cabang ilmu agama utk menjadi seorang pendakwah. Jadi umur 30 agak releven.

      Hakikatnya sekarang ini mengaji berpuluh2 tahun pun belum tentu melayakkan seseorang menjadi org yg benar2 alim. Ini link bagi tajuk yg hampir sama diulas oleh Dr Abd. Basit Abd. Rahman, semoga bermanfaat. http://www.youtube.com/watch?v=O5dgl9VZSk8

    • Hindari publisiti, bukan jangan bercakap, beza besar maksudnya. Publisiti ini ustaz fokuskan pada terkejar-kejar nak keluar di media-media utama.

  12. Saya berpandangan tidak ada masalah tentang perkara ini. Kalaulah dirujuk pada rancangan realiti, golongan muda ini ibaratnya sebagai pencetus kepada generasi muda untuk membawa masyarakat kepada Islam. Dari sudut keilmuannya, saya pasti sesama mereka juga ada usrah dan pengisian yang tersendiri. Maka dari sudut keilmuan itu, sepatutnya ada pengisian sesama mereka juga muzakarah untuk memantapkan lagi ilmu dan penyampaian. Pokoknya figure-figure seperti ustaz juga layak membimbing mereka selalu.

    Tapi bila baca artikel nie rasanya remaja-remaja akan makin takut untuk tampil ke hadapan membentuk trend baru kepada rakan remaja yang lain iaitu trend mengikut dan menyertai program-program Islami. Bunyinya seakan destruktif tapi ada juga unsur konstruktif yang menceritakan peri penting mengukuhkan ilmu. Bimbang bila anak muda tak berani untuk serlahkan diri, golongan tengah dan tua pula sudah tidak mahu cari publisiti, akhirnya yang mendapat perhatian hanyalah rancangan-rancangan hedonistik. Maka sekiranya anak muda tidak layak untuk masuk ke dalam kehidupan yang risiko tinggi itu, ramaikanlah juga ustaz-ustaz yang hebat ilmunya dalam kehidupan itu untuk mendidik masyarakat.

    • Aslmwbt

      Ustaz Hasrizal maksudkan bukan untuk pendakwah, ia lebih kpd ‘penceramah yg berdakwah melalui ceramah’. Biasanya muda mudi yg mengajak kpd kebaikan amat digalakkan, tapi, dlm mengajak kena sentiasa ada ilmu. Dan bg yg nk mengajak, maka kena tahu disiplin ilmu yg nk disampaikan (walaupun tak diberitahu kpd mad’u secara terangan), dan dlm penyampaian pula ada wasilah (cara) yg digunakan dan seni nya yg berbeda-beda mengikut keadaan & mad’u.

      Sifat ini dekat dgn wara’ dan ia dpt elakkan penyakit hati juga sifat terburu-buru (isti’jal). Maka mmg daie muda perlu penasihat, mereka yg alim dlm bidang ilmu (tauhid, tasawwuf etc) agar sentiasa berhati-hati dlm memberi ‘hujah’ dlm berdakwah.

      Jadi, kita syabab mestilah bersikap sederhana. Krn kekuatan mukmin ada dlm hikmatus-syuyukh wa hamasatus-syabab.

      Jgn risau ttg masa, selagi kita bekerja utk Allah & memperkemaskan ilmu kita, maka pertolongan Allah itu dekat. Insya Allah.

      Wallahualam.

  13. bintu Mohamad

    Salam wbt.

    Saya kira ini teguran paling halus dan lembut untuk isu itu yang tidak sedikit asatizah menegur 🙂
    Jazakallah khayr katheera Ustaz.

    • Biar pun ada sebab yang khusus, namun iltizam kita adalah pada iktibar yang umum. Moga Allah pelihara kita semua

  14. Salam. saya setuju dengan entry ini…selama ni cuba mencari apa yang kurang dengan ‘scene’ rancangan realiti TV yang berkaitan agama seperti ini…kalau sekali pandang atau terlepas pandang mcm saya sebelum ni, memang
    rasa bagusnya ada rancangan realiti mencari ulama-ulama segera seperti itu…rasa macam ‘owh, sekurang-kurangnya ada rancangan seperti ini…’ tapi bila baca entry ni, baru sedar di mana silap dan kerisauan tu sebenarnya…betul kata encik, umur muda, sepatutnya kumpul ilmu cukup2, belajar…dan bukannya mengajar sehingga tak sempat utk tambah yg Asas….astagfirullah al azim…saya tak sedar selama ini…

    yang saya agak, rancangan itu dibuat atas dasar untung semata-mata, cuma menggunakan agama. Macam fesyen, tagline konon busana Muslimah, tapi bila tengok…tak menepati syariat Islam juga..

    Apapun, terima kasih sebab berkongsi pendapat dan pandangan tentang ini…

  15. Maaf.. Pelik dengan sikap seseorng ustaz..

    Klau seseorg ustaz muda tu maklumkan benda salah.. Tegurlah dia secara langsung…

    Tak perlu cakap jangan jadi selwbriti…

    Bertahun-tahun dah ustaz muda tu sampaian ilmu asas pada rakyat malaysia yang jahil.. Terang pekara2 asas.. Fardhu ain, tajwid secara betul… Yang ustaz canggih tak nak ajar.. Alasan subjek terlalu biasa..

    Berapa banyak juga ustaz muda tu dh berjasa dekatkan islam pd anak2 muda lain.. orang2 tua.. Dll

    Hanya kera satu keslahan dihentam beliau segenap penjuru..

    • ni apahal yg melenting ni? aku syor baca semula artikel ni.

    • Faham itu adalah rezeki. Pujilah Allah sebagai tanda bersyukur memperolehinya. Jika Allah tidak rezekikan, mentari terang di padang pasir pun manusia masih meraba kegelapan. Mohonlah kepada Allah agar Dia fahamkan kita bersama.

      Dan saudari, sudah di halaman saya sendiri pun, masih berbahasa “pelik dengan sikap seorang ustaz”. Saya di sini. Berbicaralah dengan saya. Seperti yang saudari sendiri sarankan.

    • sebab yg meleting ni salah sorang ostaz selebriti la ni..

      nasihat empunya status ni amat lah benar..,sebab sekiranya dibiarkan natijahnya ramailah orang akan mudah berdusta atas nama rasulullah.,ramai di kalangan ostaz glamer sekarang dilihat sebagai penglipur lara.,bacaan2 kalam2 rasulullah saw amatlah sedikit berbanding cerita si penglipur lara.,banyak ketawa berbanding menangis dalam membicarakan agama..

      jika dikritik si peminatnya pula mempertahankan dan menghentam pula orang yang mengkritik itu.., itu lah bahayanya fenomena ulama segera.., dipertahankan keperibadian sang idola sehingga buta kebenaran yang disampaikan..

      alahai malaysia ku..penuh manusia yg malas dan jahil

  16. tepat sekali. lebih menyedihkan bila agamawan teringin jadi maharaja lawak.

  17. Saya bersetuju dengan pendapat Saudara Hasrizal. Memang benar nasihat-menasihati ada satu amalan yang wajib dilakukan setiap insan. Apatah lagi dikalangna umat Islam. Jangan amalan nasihat-menasihati cuma rancak di hadapan kamera. Takutnya sebagai da’i kita lebih terkenal sebagai selibriti berbanding sebagai seorang pendakwah. Lebih terkenanl sebagai penghibur berbanding sebagai seorang ilmuwan.
    This is a good “nasihah” and it’s about time for us to be listening and receiving this kind of input.
    Keep up the work.

  18. Assalamualaikum,

    Nasihat yang bagus.
    Tapi kenapa penulis menggunakan Fatwa dari Ibn Taimiyyah? Tidak adakah Imam2 Muktabar yang lain.

    Dalam Kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menceritakan tentang Ibnu Tamiyyah.
    Riwayat Ibnu Batuta juga menceritakan.

    Wallahualam

  19. ahmad faizal bin rusli

    sokong sgat dgn arif aizuddin ,,bg sy kalau setiap amalan kita yg kita lakukan hanya kerana Allah & kpd Dia tempat kita kembali,,sy rse semua umat islam akn bt yg buat dia bsungguh2 & ikhlas krn Allah dan takut amal yg td tu tdak dterima Allah & dia sentiasa bsangka baik pd saudara dye,,xlh timbul pnyakit hati spt cemburi,sombong,dll,,syaitan akn sentiasa mncari ruang mbwa kita ke neraka,,
    bg sy bersangka baiklah kpd pendidik,,takut kita berpecah belah(berpuak2)skadar perkongsian,,

  20. Salah satu artikel ustaz yang selalu saya fikir Dan gunakan Dalam muhasabah diri adalah artikel lama ustaz mengenai TAHU, MAHU Dan MAMPU.

    Ianya boleh digunakan Dalam isu yang ustaz bangkitkan ini.. Ustaz mencetuskan sebuah TAHU kepada semua yang membaca ….kita kena nilai sendiri akan kebenarannya…..jika akal menilainya benar , dan hati terdorong kepada MAHU , maka beruntunglah Kita . InshaAllah , MAMPU itu akan dikurniakan kelak selagi Kita istiqamah dengan MAHU .

    Orang yang selalu periksa niat Dan tujuan ,akan Allah pimpin hati mereka kepada kebenaran…..kalau laluan dakwah itu terasa lapang tapi hati bertambah sesak saban hari , perubahan wajib diusahakan.
    Kalau laluan dakwah itu Terasa sempit tapi hati bertambah lapang saban hari , teruskan maju ke hadapan.

    Saya menulis ini sebagai orang biasa yang pernah berdakwah Dan berceramah kepada ‘Circle of influence’ saya dan telah melakukan kesilapan yang ustaz nyatakan di atas .. Dan sekarang ini berada dalam fasa ‘ nabi yunus ketika Dalam perut ikan ‘

    Doakan agar saya ‘dikeluarkan’ Kerana ianya sangat depressing.

  21. “Dunia hari ini berhadapan dengan masalah dalaman manusia lebih dari masalah luarannya” kata seorang warga Twitter.

    “Maaf, saya tidak faham. Tolong explain” balas seorang lagi warga Twitter, kurang 5 saat daripada Tweet di atas dipos.

    Soalan kita banyak menampakkan adakah kita sedang cari makan, atau sedang makan bersuap. Dalam banyak keadaan, kita sering menjadi mangsa sebuah KEMALASAN. FIKIR itu adalah ‘jurang sepi’ antara soalan dengan respon. Jika dengar soalan terus respon, tandanya tiada proses berfikir yang dijalankan. – USTAZ HASRIZAL.

    p/s : panjang lebar ustaz buat artikel sebelum ni tentang orang kita suka bertanya tanpa berfikir dahulu.Sikap malas. saya sarankan baca semula artikel ini kepada mereka yang bertanya atau tidak faham.

  22. assalamualaikum..macamana yang dikatakan..”sampaikanlah ayat ku walau sepotong ayat” tu? maaf saya baru merangkak.terlalu banyak yang perlu dipelajari.tak banyak ilmu agama pun.tapi suka sangat belajar pasal agama…:’)

  23. Assalamualaikum wrt wbt

    Alhamdulillah, kupasan ilmu dan teguran yg baik buat kami anak2 muda. Muhasabah..syukran ustaz.

    Ilmu agama bukanlah sesuatu yg boleh di”selebritikan” oleh gol. agamawan apatah lagi selebriti. Anak2 gen masakini ghairah dgn dunia trend nampak “suci” di media2 popular.

    Pendakwah plu kembali kpd tujuan dan matlamat, bersedia dgn kemampuan ilmu dan keupayaan faham, bimbang risiko dosa dan salah faham umat, dan akhirnya takuti lah apa yg dimulut sangat manis tidak dihati dan perlakuan.

    Akhirnya cakap pandai tapi tak buat, nauzubillah.

    Kerana banyak para alim ulama’ terdahulu, mereka sendiri membuktikan (buat). Wallahua’lam. Mohon tegur.

    Syukran Ustaz dgn artikel ini membenihkan faham realiti agamawan dan cabarannya.

  24. Abd Rhsid Karim

    Mengapa sekarang ni penceramah ugama suka menyanyi dulu ada teguran drpd timbalan menteri Jpm dr marsitah makin di tegur makin menjadi jadi

  25. Pisangpatah di kaki rijal

    Saya berkongsi “mood” semasa isu ini…amat getir juga rasanya menanggung “populariti” kalau kenalan tidak apa juga tapi ini fitnah peminat..bahaya terlalu “trendy” ini boleh mengakibatkan “mentalbiskan” kebenaran di tengah2 c glamor nak puaskan hati semua orang. Akhirnya, redha Allah pada tindakan yang menjadi dilema…ringan2 sudahlah..makan gula2 cukuplah…Saya sejujurnya seolah2 melihat dalam perasaan sendiri suasana yang amat menyedihkan dan memeritkan ini….berkecamuk, kadang2 mata berkaca digenangi air, takutkan suasana di belakang tabir suasana yang amat “fun” ini….apapun saya setuju kata ustaz….ghairah mendahului tahap ilmumembahayakan lebih2 lg fenomena rusa masuk kampung…#tears

  26. Salam ustaz, saya sangat bersetuju dengan pandangan ustaz supaya ulama muda perlu mendalamkan ilmu agama sebelum menjadi selebriti. Semakin parah melihat selebriti agama yang terkhilaf tetapi tidak mahu menundukkan egonya untuk memohon maaf. Menjadi lebih parah apabila peminat-peminat beliau menyokong tindakan beliau itu. Saya juga suka melihat ustaz berada di lapangan penulisan berbanding sebelum ni. Tahniah ustaz. Semoga terus berdakwah di jalan yg sebegini.

  27. Terima kasih ustaz atas perkongsian. Walaupun mungkin rata2 kite yg membacanye bukan selebriti tapi pada saya article ni sgt relevant untuk kite semua sebagai peringatan supaya menghormati ilmu regardless who you are, ustaz or ustazah or bukan ustaz or bukan ustazah…tuntuti lah ia, kaji lah ia, fahamilah ia, hayati lah ia dan amalkan lah ia mengikut syariat Pemilik ilmu – Allah.

  28. Umur saya 28. Saya pun sebelum-sebelum ini (dan mungkin sekarang juga masih) tidak terkecuali, tergolong dalam golongan yang mengejar populariti. Tetapi baru-baru ini saya telah capai konklusi yang sama dengan tulisan ustaz dalam entri ini, “lebih baik saya dalamkan lagi ilmu”.

    Kerana berdasarkan pengalaman diri, saya bersetuju benar dengan kata-kata ustaz dalam entri lain, “Kita tidak perlu menunggu lama untuk berasa segan dan malu dengan apa yang pernah kita tulis”. Tidak perlu tunggu seminggu, saya sudah mula terasa malu dengan hasil karangan sendiri (di blog, mahupun di status-status Facebook), terutama karangan yang banyak datangnya dari hati dan kurangnya akal; i.e., karangan emosi. ‘Akal’ saya selalu terlambat mengfungsikan dirinya. 2, 3 hari selepas emosi berkata-kata, baru beliau mahu memberi nasihat kepada emosi. Jadi rutin menulis > delete > menulis > delete asyik berulang.

    Kerana sikap saya yang tidak teguh pendirian sebegini, saya tidak pernah meraih populariti pun.

    Tetapi sekarang alhamdulillah, saya bersyukur; kerana Allah telah jauhkan fitnah populariti dari saya; telah selamatkan saya dari tanggungjawab yang berat; telah selamatkan saya dari menanggung malu yang besar di hadapan orang ramai. Memberi peluang kepada saya untuk dalamkan lagi ilmu.

    Nasihat saya buat rakan pembaca sekalian, marilah kita dalamkan lagi “ilmu” pengetahuan sebelum membuka mulut mengeluarkan pendapat tentang isu-isu semasa. Bukan sekadar ilmu agama, tetapi juga pengetahuan tentang realiti semasa dunia. Moga Allah s.w.t. tidak menjadikan kita “Juhayman al-Otaybi versi 2.0”. Ameen.

    Mungkin kita sebagai orang awam, boleh mulakan proses memahami realiti semasa dengan menonton (mendengar) video ini: http://www.youtube.com/watch?v=qh9awD5KwNY

  29. Terima kasih ustaz, atas nasihatnya… benar sekali 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share