Agenda Tarbiah dan Cita-cita Siasah: Semakan PRU14

Perubahan yang berlaku kepada PAS di era gagasan Negara Berkebajikan, mendatangkan banyak masalah sekitar tahun 2008. Semasa PAS mahu berperanan sebagai parti politik yang mempunyai kuasa legislatif serta pengaruh eksekutif, PAS sering berkonflik dengan entitinya sebagai sebuah jemaah Islam dan gerakan dakwah.

Jika PAS adalah parti politik, maka strategi untuk menang adalah penting, kemenangan di dalam pilihanraya adalah penting. Tetapi jika ‘tidak mengapa kalah asalkan Allah redha’ atau ‘kalah di dunia tidak mengapa asalkan menang di Akhirat’, dan ‘kita kalah di sisi manusia, tetapi kita menang di sisi Allah’, itu bukan bahasa parti politik.

Menyemak kembali artikel lama bertarikh 7 Julai 2008 ini, antara coretan yang saya tulis di blog, untuk mencari penyelesaian, adalah pada mengusulkan kebarangkalian entiti PAS sebagai sebuah jemaah Islam dan gerakan dakwah, diasingkan daripada entitinya sebagai sebuah parti politik.

Antara sampel yang dicadangkan adalah dengan meninjau sampel terancang seperti Ikhwan di Jordan vs Jabhah al-Amal al-Islami, serta sampel tidak terancang seperti Millî Görüş di Turki antara Saadet dan Refah, pasca pengharaman Fazilet.

Mungkinkah strategi PAS menyendiri dalam PRU14 ini, bakal membawa PAS bertukar daripada sebuah parti politik kepada sekadar kumpulan dakwah dan jemaah Islam dengan agenda tarbiah, tiada lagi siasah? Mengasingkan diri daripada siasah kerjasama kepada tarbiah eksklusif?

Masa sedang merakam dan masa akan bercerita.

[insert page=’agenda-tarbiah-vs-cita-cita-siasah’ display=’title’ inline]

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share