Home / PRU14 / Mengundi PAS Adalah Mengundi Untuk BN

Mengundi PAS Adalah Mengundi Untuk BN

Jika pengalaman semasa berada di dalam PAS dahulu masih relevan, saya boleh katakan sudah menjadi kebiasaan bagi kami di bawah untuk jadi tukang ‘back up’ kepada apa yang pimpinan tertinggi buat. Mereka bercakap dan memutuskan sesuatu tanpa mempedulikan cabaran yang terjadi di peringkat bawah. Mereka membuat keputusan untuk bekerjasama dengan DAP, kami di bawah yang kena fikir bagaimana hendak menterjemahkan kerjasama itu dalam bentuk yang anak muda (dan masyarakat) faham. Mereka membuat keputusan untuk mengemukakan gagasan Negara Berkebajikan, kami di bawah yang berhempas pulas mencari jalan bagaimana hendak mendatangkan ‘substance’ kepada idea tersebut agar boleh disampaikan. Apabila kami pula meluahkan kepada kepimpinan atasan masalah yang berlaku di kalangan anak muda, mereka tidak peduli sebab yang penting hanya “anak muda sokong PAS atau tidak”.

Sebab itu saya tidak teruja dengan pembentangan cermat dan hebat oleh saudara Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, dalam forum Sinar tempoh hari (namun saya memberi kredit kepada beliau atas kapasitinya sebagai seorang individu), termasuk manifesto yang disediakan oleh bijak pandai di dalam PAS.

Sebab akhirnya, apa yang sebenarnya mengenai PAS ialah apa yang satu, dua atau tiga orang di atas sebut dan buat.

Mengundi PAS adalah mengundi Barisan Nasional, dan mengekalkan DS Najib Razak.

HASRIZAL
Oulu Finland

Maklum Balas

Maklum Balas

About saifulislam

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Autism Dan Atheism

Satu lagi sebab yang SANGAT PENTING mengapa falsafah pengajaran dan pembelajaran wajib berubah termasuk (terutama) …

One comment

  1. Terasa nak komen.
    Ketika Pas mengadakan kerjasama pertama bersama DAP. Saya terfikir-fikir. Atas sebab apa? Pada hati saya merasa tidak mungkin. Namun terlintas, mungkin, (keluasan) Islam itu telah wujud di dalam Pas? Eh tidak mungkin. Saya hanya seperti menanti kerjasama itu retak. Kerana bagi saya, Pas boleh berhujah di atas kertas dan pada bibir. Namun, kerjasama ini bukan main-main. Jika PAS itu sendiri belum berubah, perjanjian itu bakal retak, kerana perjanjian itu wujud pada teori, bukan daripada hati.

    PAN ni oklah.

    Secara positifnya Ustaz Hasrizal, secara keseluruhan, di alam ini, perlu wujud kelompok ektreme dan taasub itu sebagai lumrah alam. Walau apa pun yang diterangkan, ia akan tetap gagal difahami. Tidak ada sebab, memang wujud golongan begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *