Drama Nur2: Manipulasi Prinsip ‘Presumption of Innocent’

“Selagi mahkamah belum membuktikan saya bersalah, saya tidak bersalah!”

Ia kenyataan yang diulang berulang-ulang kali oleh Syed Hamadi.

Kepada isterinya, Aisyah.

Kepada bapa mertuanya, Datuk Ayah Haji.

Hakikatnya, kepada kita semua yang menontonnya.

Slogan presumption of innocent ini adalah kenyataan yang asasnya adalah betul. Tetapiย Syed Hamadi memanipulasinya sebagaimana slogan Inil hukmu illa lillah (Sesungguhnya hukum itu hanya milik Allah) dimanipulasi oleh golongan Khawarij untuk kepentingan mereka dahulu kala.

Walaupun Nur2 agak perlahan untuk memecut momentum, masuk 7 episod ia disiarkan, apa yang paling menonjol adalah watak Syed Hamadi yang unik. Ia bukan lagi soal ‘penunggang agama’ seperti Nur musim pertama dahulu. Kali ini, watak Syed Hamadi menguji semua orang di keliling beliau apabila beliau mengubah imej dirinya daripada pesalah kepada mangsa.

Pemangsa menjadi mangsa.

Setiap hari dengan muka tebalnya beliau mempotretkan diri sebagai ‘mangsa fitnah’. Kesalahan menyeleweng wang Darul Muhsin hingga lebih RM1 juta itu hanyalah masalah teknikal. Mereka yang membongkar kesalahannya pula hari ini dikecam memfitnah beliau. Syed Hamadi memaksa orang sekeliling mengenang kembali susah payah beliau selama memegang jawatan berhempas pulas cuba menyelamatkan akaun Darul Muhsin yang sudah sedia parah.

“Lupakah kalian kepada jasaku?”

Kenyataan tegas penuh emosi, diselang seli dengan sedikit linangan air mata.

Terakhir, beliau mendakwa dirinya adalah Robin Hood, buat kerja yang salah, tetapi dengan tujuan yang luhur.

Justeru, apakah reaksi keluarga Ayah Haji?

Simpati?

Memaafkan?

Beri peluang sekali lagi?

Menginsafi bahawa kehidupan selepas Syed Hamadi ditahan, jauh lebih teruk berbanding semasa beliau memegang kuasa di Darul Muhsin?

Salahkah tindakan semua ke atas Syed Hamadi?

Hakikatnya, bukan sahaja keluarga Datuk Ayah Haji yang teruji dengan gelagat Syed Hamadi, malah seluruh penonton sedang diuji integriti semua, bagaimanakah sebenarnya sikap kita terhadap penjenayah seperti beliau.

Penjenayah yang bukan biasa-biasa. Tetapi penjenayah yang memaksimumkan penzahiran pesanan Nabi sallallahu alayhi wa sallam tentang batasan munasabah kelakuan seseorang pada ada atau tiadanya sifat malu.

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู’ ู…ูŽุณู’ุนููˆู’ุฏูู ุงู’ู„ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑูŠู ุงู„ู’ุจูŽุฏู’ุฑููŠูู‘ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ : ุฅูู†ูŽู‘ ู…ูู€ู…ูŽู‘ู€ุง ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ู…ูู†ู’ ูƒูŽู„ุงูŽู…ูู ุงู„ู†ูู‘ุจููˆูŽู‘ุฉู ุงู’ู„ุฃููˆู’ู„ูŽู‰ : ุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุณู’ุชูŽุญู’ูŠู ุ› ููŽุงุตู’ู†ูŽุนู’ ู…ูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ. – ุฑูŽูˆูŽุงู‡ู ุงู„ู’ุจูุฎูŽุงุฑููŠูู‘

Dari Abu Masโ€™รปd โ€˜Uqbah bin โ€˜Amr al-Anshรขrรฎ al-Badri radhiyallรขhu โ€˜anhu ia berkata, โ€œRasulullah Shallallahu โ€˜alaihi wa sallam bersabda, โ€˜Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia daripada pesanan kenabian terdahulu adalah, โ€˜Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu.โ€™โ€

“jika sudah tiada sifat malu, buatlah apa sahaja yang kamu suka!” Walaupun di wajahnya terpalit jenayah yang bukan calang-calang, gelagatnya yang suka bergurau, bermain emosi, troll sana sini, ia mencairkan hati yang marah.

Lupa kepada jenayah dan musibah.

Saya mengambil teladan daripada reaksi Ayah Haji berikut:

“Bila kes kau akan dibicarakan nanti?” soal beliau.

“Lagi… tiga bulan, ayah…. kenapa ayah?” jawab Syed Hamadi.

“Ahh bagus. Engkau boleh cerita semua tu kat mahkamah nanti. Ayah tak nak dengar lagi dah” balas Ayah Haji.

Saya merenung kembali sejarah silam, mengapa beratus tahun orang kita hidup dijajah?

Beratus-ratus tahun.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

One comment

  1. Ustaz, simpati bagaimana yang berasas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share