Home / Terkini / Tiada Jalan Pintas

Tiada Jalan Pintas

DUBLIN TRACK CYCLING INTERNATIONAL 2019

Hari ini saya sangat gembira dapat berjumpa dengan Azizul dan buat pertama kali menonton secara live beliau beraksi di trek. Selama ini bersorak di skrin sahaja.

Saya menghormati atlet dan amat menghargai profesionalisme mereka sebab di zaman fast track ini, menjadi juara di dalam sukan masih kekal sebagai sesuatu yang tiada jalan pintas.

Tiada reality show yang boleh menukar seorang pengayuh gerek dalam tempoh 16 minggu bagi satu musim, menjadi juara, popular dan dijulang peminat.

Usahkan artis, ‘ulama’ pun sekarang ini boleh dihasilkan secara jalan pintas. Unfortunately. Sesuatu yang di zaman dahulu kala perlu bersusah payah dalam kembara penuh liku, kini undi penonton sudah boleh mempercepatkan proses.

Tetapi tidak sebagai atlet bertaraf dunia seperti Azizul. Kita boleh sokong dan sokongan kita penting. Tetapi yang bersusah payah itu mereka.

Kini sudah lebih sedekad beliau mengayuh basikal secara profesional, jerih payah, kayu trek patah tembus betis, berlatih dah tak macam manusia, sesungguhnya apabila memenangi acara tertentu, ia adalah hasil susah payah, usaha gigih, konsistensi, disiplin… yang sekali lagi saya sebutkan… TIADA JALAN PINTAS.

Sudahlah penat berusaha dan berjuang, usia pula terus bertambah. Pengalaman makin banyak, tetapi fizikal membuat tuntutannya yang semulajadi menambah cabaran.

Sebab itu jika mahu mencari teladan “usaha tangga kejayaan”, jangan cari orang macam saya 😂, tapi amati perjalanan atlet seperti Datuk LCW, Azizulhasni Awang dan yang seumpama mereka. Sekurang-kurangnya itu mesej saya kepada anak-anak kami.

Dan sudah tentu, di sebalik kejayaan, ada superwoman dan supergirls di belakangnya!

Saya doakan semoga Azizul terus teguh menuju Tokyo 2020!

Dan sekarang ini, saya juga menumpang gembira dan bangga melihat pelumba-pelumba muda seperti Shah, Fadhil dan Anis yang pastinya pengalaman senior seperti Azizul akan menambah bekalan kecemerlangan era mereka pula untuk tahun-tahun mendatang.

Selamat berlepas ke destinasi-destinasi Eropah seterusnya.

Majulah sukan untuk negara!

Follow me on

Youtube: https://www.youtube.com/iamhasrizal

Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/

Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/

Twitter: https://twitter.com/iamhasrizal

Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/

Blog: http://www.saifulislam.com

Maklum Balas

Maklum Balas

About Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Check Also

Membangunkan Vlog Cikgu Malaysia di Finland

Semenjak berada di Finland pada Ogos 2016, saya telah gantikan rutin berceramah kepada cara-cara lain …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.