Erti Beragama Yang Hilang (2021)

Puluhan tahun yang lalu, almarhum Dr Fathi Yakan menyoal, ”apa erti saya menganut agama Islam?” Naskhah Māzā Ya’nī Intimā’i li al-Islām yang beliau hasilkan telah dibaca ramai, diterjemah ke pelbagai bahasa, merentas sempadan geografi dan masa, berkhidmat membantu kita umat Islam menjawab pertanyaan itu.

Ia bukan soalan biasa macam soalan-soalan lain yang pernah kita jawab.

Soalan ini memerlukan kita menjadi lebih daripada seorang penghafal jawapan, atau penukil kata.

Ia memerlukan kita menjadi ’meaning maker’, insan yang dikurniakan Penciptanya dengan keupayaan berfikir dan menghasilkan makna. Ini bersesuaian dengan cabaran masa kini, bahawa mengertikan kembali makna beragama yang hilang, adalah satu keperluan yang besar.

Erti beragama yang hilang itu terjadi bukan kerana kita kehilangan agama. Tetapi kita kehilangan makna.

Hingga agama jadi warisan. Bukan pilihan.

Kita kehilangan erti kerana erti datang hasil berfikir. Bukan hasil menghafal dan menyalin jawapan.

Seumpama masih makan buah, tetapi khasiat buah itu tidak diserap dan mendatangkan manfaat yang sepatutnya. Hanya serat-serat yang diproses. Masih ada gunanya, bagus untuk pelawasan diri. Tetapi tidak menjadikan kita sihat. Lebih sihat.

Dr. Fathi Yakan memberi kepada kita naskhah Māzā Ya’nī Intimā’i li al-Islām atau ”apa erti saya menganut agama Islam?” itu, bukan dicapai maksudnya dengan mengangguk kepada apa yang diterangkan oleh beliau. Tidak juga sekadar membaca penuh hambar di dalam bulatan ilmu yang kaku.

Ia memerlukan pembinaan. Construct, melengkapi proses untuk sebuah confession.

Naskhah Erti Beragama Yang Hilang hadir untuk meneman dan membekal proses berkenaan. Ia adalah usaha kecil saya untuk menghubungkan karya Dr. Fathi Yakan dengan realiti kita hari ini.

Di dalam dunia yang sangat asing, apatah lagi dek penangan pandemik yang mengubah norma kehidupan, saya berdoa kepada Allah agar naskhah ini bermanfaat buat saya dan sahabat mengertikan kembali makna kita beragama, bukan untuk berdebat atau bersoal jawab dengan manusia sekeliling, tetapi lebih kepada menjernihkan renungan hati sendiri kepada pertanyaan siapa diri ini, siapa Dia, dan bagaimana hubungan diri ini dengan Penciptanya, di dalam sebuah kehidupan.

Bacalah.

Dengan nama Tuhan.

Tuhanmu sendiri.

Sang Pencipta.

Bismillah.

Hasrizal
Naas, Ireland
9 Januari 2021 / 25 Jumada al-Ula 1442

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

2 comments

  1. M Hayat Elias

    Alhamdulillah, temubual Astro Awani dengan Ustaz siang tadi ujakan saya. Lama tak nampak. Hilang rindu. Alhamdulillah, stay safe for Ustaz dan seisi keluarga.

  2. Perkongsian yang sangat baik..serta memberi manfaatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share