Kenapa Ireland Kuat Menyokong Palestin?

Mengapa Ireland memberikan sokongan yang begitu ketara kepada perjuangan di Palestin? Jawapan kepada isu ini merujuk kepada beberapa faktor sejarah dan perkembangan semasa.

Di akhir abad yang ke sembilan belas dan awal abad kedua puluh, keadaannya berbeza kerana Irish Republican pada ketika itu melihat gerakan Zionism sebagai selari dan senasib dengan mereka, golongan yang ditindas dan berjuang untuk pembebasan dan kemerdekaan.

Inspirasi yang diambil daripada hubungan akrab di antara gerakan Zionis dengan Ireland ini membawa sampai ke tahap perjuangan Zionis untuk menentang kuasa mandat Inggeris di Palestin pada suatu ketika dahulu, mengambil inspirasi daripada strategi-strategi gerila yang digunakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Ireland untuk diimplementasikan di sana. Malah Yitzhak Shamir yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri rejim Zionis Israel pada ketika itu digelar oleh masyarakat Irish sebagai ‘Michael’ mengambil inspirasi daripada nama Michael Collins yang memperjuangkan kemerdekaan Ireland.

Tetapi simpati Ireland kepada Zionis itu merosot dan mengalami perubahan yang besar apabila Zionis pada tahun 1937 menerima cadangan Inggeris untuk memecah belahkan Palestin membentuk negara haram Israel.

Ketika itulah Perdana Menteri Ireland yang kontroversi iaitu Eamonn De Valera di dalam ucapan

terkenalnya di League of Nations pada masa tersebut telah menyuarakan bantahannya terhadap apa yang dilakukan oleh Zionis pada memecah belahkan Palestin kerana itu adalah exactly sama seperti apa yang terjadi ke atas Ireland lebih kurang dalam 15 tahun sebelumnya kesan daripada strategi Inggeris yang menjajah pada masa tersebut.

Apabila Zionis dan Inggeris berada di pihak yang sama menjadi penjajah dan memecahkan tanah air mana mana sahaja pihak seperti mana yang berlaku di Palestin, Ireland mula melihat sokongan sudah tidak boleh diberikan kepada mereka lagi.

Dan ekoran daripada peperangan besar pada tahun 1967, pelarian daripada Palestin mula datang ke Ireland. Gerak kerja kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin pada ketika itu meningkatkan kesedaran dan empati penduduk kepada apa yang berlaku di sana semasa perang saudara di Lubnan, jika tidak silap saya, ada puluhan ribu tentera Irish yang menjadi anggota kepada pasukan pendamai United Nations yang dihantar ke sana. Ramai di kalangan tentera Irish yang turut terkorban ketika mana bertugas kesan daripada serangan yang sudah pun sedia dilihat sebagai satu bentuk penjajahan oleh Zionis ke atas Lebanon dan Palestin itu sendiri, menambahkan lagi sentimen anti kepada gerakan Zionis dan pro kepada perjuangan Palestin.

Ireland pada tahun 1980 menjadi anggota The European Union yang pertama mengiktiraf PLO di bawah kepimpinan Yasser Arafat berbanding dengan anggota yang lain. Di satu peringkat kita sedia maklum Perjanjian Oslo pada tahun 1993 mengusulkan kepada pembentukan dua buah negara yang tidak dipersetujui ramai oleh penduduk Palestin. Ireland sebagai sebuah negara secara rasminya masih selari dengan polisi luar Kesatuan Eropah yang cenderung kepada resolusi berkenaan merujuk kepada Perjanjian Oslo. Tetapi itu tidak mengurangkan sentimen dan sokongan mereka terhadap perjuangan masyarakat Palestin untuk menentang penjajahan dan terus menerus melakukan kecaman ke atas kekejaman yang ditunjukkan oleh rejim yang menjajah Palestin itu.

Paling mengejutkan apabila Parlimen Ireland pada tahun 2018 membentangkan usul Occupied Territorial Bill untuk ban produk produk yang datang daripada wilayah wilayah penjajah. Dalam erti kata lain menghalang daripada kemasukan produk Israel ke negara ini dan ini merupakan satu tindakan yang sangat berani. Namun usaha tersebut tidak diimpimentasikan kerana dua buah parti konservatif yang dominan dalam Parlimen Ireland ketika itu dan masih lagi sekarang pun Fianna Fáil dan Fine Gael itu telah menjejaskan jumlah sokongan untuk meluluskan bill berkenaan. Tetapi ia cukup untuk menekankan pendirian Ireland terhadap apa yang terjadi di Palestin.

Malah Menteri Luar Israel ketika itu membuat kenyataan mengatakan bahawa bill tersebut adalah “the most extreme anti Israel piece of legislation in Europe.

Walaupun berkemungkinan besarnya Ireland tidak mungkin dalam jangka masa yang terdekat ini akan menjadi pemain utama kepada tindakan tindakan, polisi, dasar di peringkat European Union terhadap kekejaman penjajahan Zionis di Palestin, parti-parti di negara ini khususnya Sinn Féin berpendapat bahawa Ireland perlu terus menggunakan kuasa yang mereka ada dan juga peranan mereka di dalam Security Council di the European Union untuk menggerakkan negara negara lain, bertegas terhadap jenayah peperangan dan kekejaman, penempatan haram yang terus menerus dilakukan oleh rejim berkenaan.

Dalam pengalaman peribadi saya, ketika saya bertugas di Belfast, Northern Ireland, situasinya lebih unik apabila perpecahan yang berlaku di kalangan penduduk tempatan di antara Protestant dan Catholic turut menjadikan sentimen pro dan anti kepada perjuangan Palestin versus rejim Zionis Israel di kejiranan masing masing.

Kawasan yang pro kepada Republic of Ireland umumnya yang bermazhab Catholic mengibarkan bendera Palestin manakala kejiranan yang pro kepada United Kingdom dan anti kepada Republic of Ireland, kebanyakannya mereka bermazhab Protestant mengibarkan bendera Israel di kejiranan masing masing.

Saya juga ketika itu perlu memposisikan dengan baik bagaimanakah komuniti umat Islam perlu digerakkan ketika mana Sinn Féin berhubung dengan pihak masjid dan bertanya tentang kebajikan kami dan apa yang boleh mereka suarakan di dalam Parlimen Ireland Utara pada suatu ketika.

Walaupun begitu perkembangannya, kebimbangan tetap ada terhadap generasi muda di peringkat umur anak anak kami kerana seandainya ibu bapa tidak berbual dengan anak anak mereka dan memindahkan sentimen yang sedia ada sejak sekian lama kepada generasi baru ini, dan generasi yang baharu pula tidak mengambil berat tentang sejarah, tidak peduli kepada isu isu semasa yang berlaku, ia boleh merisikokan sokongan Ireland kepada perjuangan di Palestin itu mengalami perubahan. Sesuatu perlu dilakukan, dan penggerak kepada kempen kempen pro Palestin di Ireland ini perlu memikirkan strategi yang mungkin tidak begitu kontroversi dan segera tetapi mempunyai implikasi jangka panjang terhadap kerjasama di antara Ireland dan Palestin.

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.