Pedagogi Untuk Palestin

Halaqah bulanan untuk guru-guru dan warga kerja Yayasan Pendidikan Khalifah di sekolah kami Khalifah Model School dan Khalifah Model School – Secondary bertarikh 18 Oktober 2023 telah meninjau persoalan pedagogi di dalam urusan mendidik anak murid berkenaan isu Palestin.

Biar pun guru, ibu bapa dan murid-murid adalah individu yang bebas untuk beremosi dan berfikir tentang isu Palestin, serta menentukan tindakan masing-masing, sekolah pula adalah institusi yang menyalurkan semua itu ke agenda PENDIDIKAN iaitu BELAJAR.

Apakah pedagogi yang boleh dipakai untuk memupuk murid-murid cara yang sejahtera berfikir, memahami, dan bertindak mengenai isu Palestin? Bagaimanakah kepelbagaian naratif dan persaingannya sebagai propaganda global, diuruskan di dalam pembelajaran?

Persoalan ini penting kerana solusi kepada konflik di Palestin itu boleh jadi terhasil bukan di zaman kita, tetapi di zaman anak-anak, malah cucu cicit ketika kita sudah tiada bersama mereka.

Amanah ini perlu dilunaskan bersama.

[Original size] Pedagogy for Palestine by Hasrizal Abdul Jamil

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share