Home / ATN2018

ATN2018

June, 2019

  • 14 June

    Faedah Dua Telinga Dan Hanya Satu Mulut

    “Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini” keluh bapa seorang pesakit. “Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya mengeluh dengan kejadian ini tetapi sepatutnya mencari hikmah terhadap apa yang terjadi!” balas si ustaz dengan penuh kefasihan dan keyakinan. “Huh! Macamlah si ustaz ni tahu sakitnya menanggung derita anak kena uji macam ini!” pakcik tersebut mengeluh di dalam hati. Wajahnya pun masam. Si ustaz kehairanan. “Di mana salahnya nasihat …

April, 2019

  • 1 April

    Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

    Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”. Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor. Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk …

October, 2017

  • 20 October

    Ketika Rasional Tidak Lagi Meminta Bukti

    “Kita tidak boleh lupa, bahawa kita dan anak-anak kita, dua-dua Tuhan yang punya. Tuhan mencipta kita untuk menguji peranan ibu bapa kita, dan Tuhan anugerahkan anak kepada kita untuk menguji peranan kita pula” saya berkongsi pandangan dengan sepasang suami isteri yang saya temui di wad sebentar tadi. “Kalau dari segi ikhtiar manusia, insya-Allah hospital ini adalah tempat yang terbaik. Dalam keadaan anak abang dan akak sekarang, kita yang bukan doktor ini, tidak banyak yang boleh kita bantu. Yang tinggal, hanyalah hubungan kita dengan Tuhan, berbaik sangka dengan-Nya dan minta daripada-Nya agar anak kita datang secara baik, dia jua akan pulang …

June, 2017

  • 14 June

    Sesungguhnya Kamu Sentiasa Layak Diuji

    “Makcik kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang penternak kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak? Tidak perlu. Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik penternak kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya. Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, …