Home / Buku: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi (page 5)

Buku: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

March, 2013

  • 10 March

    Jangan Berhalakan Pemimpin dan Parti

    Bersama Pakcik Mehmed Kayacan di rumah serba sederhananya di Eyup “Pakcik Mehmed datang dengan apa?” saya bertanya. “Dia datang dengan bas. Memang dia yang mahu begitu” jelas Fatih. Selepas tidak lagi memegang jawatan Datuk Bandar dan bersara sepenuhnya daripada politik, Pakcik Mehmed Kayacan tidak lagi tinggal di Bolvadin. Agar dekat dengan anak-anak, beliau dan makcik berpindah ke Eyup di Istanbul dan hanya menjenguk rumah di Bolvadin pada musim panas. Kakak-kakak Fatih tinggal di Eyup. Fatih dan perniagaannya tertumpu di Uskudar. Hampir setiap hari, Pakcik Mehmed akan menaiki bas, menyeberang Selat Bosphorus dari tebing Eropah ke Asia, menjenguk kedai Fatih. Kadang-kadang …

February, 2013

  • 26 February

    Jejak Birgivi: Jalan Masih Panjang

    Banyak yang ditempuh. Menyusuri satu demi satu langkah dan marhalah kehidupan. Masuk ke usia 40an, Imam Birgivi meninggalkan jawatan tinggi beliau sebagai Hakim Mahkamah Tentera di Edirne dan sarjana terkenal di Istanbul. Jiwanya gelisah dengan gelagat agamawan di institusi-institusi pengajian di Istanbul dan istana Othmaniyyah. Atas nasihat gurunya, Imam Abdullah el-Karamânî, Birgivi meletakkan jawatan dan memulangkan kembali seluruh gajinya selama 4 tahun perkhidmatan, pergi ke perkampungan Birgi, hidup dalam kesederhanaan jauh daripada publisiti, mengajar, mengkader dan menulis hingga 35 buah buku. Sesekali Birgivi ke Istanbul, menyampaikan nasihat-nasihat beliau kepada Perdana Menteri, Sokullu Mehmet Pasha tetapi bergeseran dengan Sheikh al-Islam, Imam Ebussaud …

  • 26 February

    Antara Khaled El-Rouayheb dan Halil Inalcik : The Triumph of Fanaticism

    The Myth of “The Triumph of Fanaticism” in the Seventeenth-Century Ottoman Empire” (Mitos “Kemenangan Fanatisme Pada Kurun ke-17 Empayar Uthmaniah”) merupakan sebuah makalah yang ditulis oleh Khaled El-Rouayheb dan disiarkan di jurnal Die welt des Islams 48 (2008) 196-221. Makalah ini merupakan sanggahan Khaled El-Rouayheb kepada pendapat yang dikemukakan oleh Halil Inalcik di dalam karya klasik beliau bertajuk The Ottoman Empire. Ia telah diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1973 dan diterima sebagai salah sebuah karya ulung dalam kajian Sejarah Daulah Uthmaniah. Di dalam buku berkenaan, Halil Inalcik memperuntukkan sebuah bab bertajuk “The Triumph of Fanaticism”. Di dalam bab ini, Inalcik …

  • 21 February

    Ukhuwwah Bertaut Semula

    “Bahasa Arab kamu jauh lebih baik berbanding dahulu. Saya sangat gembira dan bersyukur” saya berkata. “Apabila saya dapat tahu yang kamu merancang untuk datang ke Istanbul, saya berlatih untuk ingat kembali Bahasa Arab” kata Fatih. “Berlatih macam mana?” saya kehairanan. “Di televisyen Turki, ada rancangan kartun di dalam Bahasa Arab. Mudah. Dan banyak membantu” jelasnya. “Haha, sudah tua-tua macam kita sekarang pun, menonton kartun masih keperluan” saya ketawa. Kereta Fatih meluncur di celah-celah lorong Atasehir. Cara pemanduannya masih sama macam dahulu. Jika tidak kenal, memang kecut perut dibuatnya. Sungguh Turki! Petang itu kami bertemu kembali. Selepas 10 tahun tidak bersua …

  • 19 February

    Sebaik-baik Bekal Adalah Taqwa

    “Bahasa Turki tidak sempat disemak, tiada apa-apa persiapan yang sempat dibuat” saya mengomel di dalam pesawat. Menarik nafas lega. Lega kerana semalam hingga ke subuh ini, perjalanan minit ke minit sungguh luar biasa. Terdesak untuk menghantar 4 assignments sebelum jam 4 petang, saya menulis seperti orang gila. Tidak keluar bilik, tidak makan, tidak minum, malah tidak sempat mandi! Anak-anak sudah mengamuk dan bergaduh sesama sendiri. Mendamba perhatian abi mereka. Isteri pun serabut cuba menyiapkan beg saya. Apa yang hendak dibawa? Apa yang tidak perlu dibawa? Jam 5 sudah perlu ke KLIA kerana pesawat dijadualkan jam 7 petang. KELEGAAN Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya… semasa …

  • 16 February

    Turki: Kembara Membuka Mata Hati

    Bertuahnya saya dapat bertemu dengan rombongan Raudhatussakinah yang hadir dengan pelbagai misi besar mereka. Gembira dapat belajar dan berkongsi, biar pun seketika Semasa di Istanbul, saya jarang-jarang sekali pergi ke kawasan Sultanahmet. Jarang, kerana kebanyakan urusan saya tidak begitu membabitkan kawasan berkenaan. Saya hanya ke sana kerana mahu ke Beyazit, membeli buku-buku yang saya cari di Safarlar Çarşısı dan kedai buku Diyanet di Bab-ı Ali Caddesi. Ambil juga peluang, menyinggah sebentar di makam Sultan Abdul Hamid II, yang sentiasa dekat di hati. Kali ini, lintasan saya di kawasan berkenaan memberi banyak rezeki. Rezeki berselisih dengan rakyat Malaysia yang datang melancong. …

December, 2012

  • 14 December

    Geografi ‘Mengantarabangsakan’ Diri

    “Kok Meng, kau punya giliran!” kata Chee Mun. Sahabat kami berpinar-pinar matanya meneliti atlas. “Ok, cuba cari Kampung Sekreta” katanya. Kami semua terdiam. Mulut terkunci, mata ligat memerhati. Mencari. “Hah jumpa dah!” kata Asma. Sebuah kampung tidak jauh daripada persisiran Sungai Pahang. “Ok, aku bagi yang susah punya!” ujar Asma pula. Kami terus menerus bermain Atlas sementara mengisi masa kosong kerana cikgu tidak hadir ke kelas. Sering terjadi, apabila cikgu bermesyuarat dan tidak masuk mengajar, kami sangat gembira. Mengisi masa kami, antaranya adalah dengan bermain Atlas. Permainan popular kami di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh. Melalui permainan itu jugalah …

October, 2012

  • 16 October

    Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

    Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks Sejarah Islam Metodologi Dakwah di Dalam al-Quran MEHMED BIRGIVI Pengajian dan kajian peringkat Master saya tertumpu kepada seorang tokoh pembaharuan, pemikir dan dakwah kurun ke-16 Uthmaniah iaitu Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi yang lebih dikenali sebagai Mehmed Birgivi (1522-1573M). Asalnya saya meneroka aspek Sains dan Teknologi Daulah Uthmaniah. Kebanyakan …