Kenangan (Penangan) Bumi Kangaroo

Akhirnya jumpa juga dengan kamu, Mr. Jack!

I believe that some of you are consistently absent from our lecture. I have to report this to the department!‘, kata pensyarah saya sebaik sahaja masuk ke kelas petang tadi.

Aduh, apakah saya salah seorang daripada mereka yang beliau maksudkan?

Malangnya Prof. terus mengajar dan tidak membuka ruang untuk saya bertanya dan mendapatkan kepastian. Sepanjang 3 jam kuliah berlangsung, saya berasa tidak tenang.


Saya sudah menyusun jadual pemergian saya ke Australia sesuai dengan cuti semester. Malangnya, Prof. secara tiba-tiba menggantikan tiga kelasnya yang tidak dapat diadakan sebelum ini, betul-betul pada hujung minggu ketika saya berada di Perth. Akibatnya, saya telah gagal hadir ke 4 kelas berturut-turut, sedangkan saya sepatutnya hanya terlepas satu kelas sahaja.

Sebaik sahaja kelas berakhir, saya berjumpa dengan Prof. Hasan.

I missed your replacement lectures because I was in Australia. I never thought that there will be lectures during the semester break. Sorry about that. I promise you to catch up with all the lectures that I missed“, saya monyok seperti beruang koala meminta simpati.

Gotcha! Koala tidur 20 jam sehari. Students pun ramai begitu!

Oh, I see. Well, in that case it’s ok. Just sign here!“, kata Prof. Hasan.

Hah, leganya saya. Walaupun ketidak hadiran saya telah ditukar kepada ‘tidak hadir dengan sebab’, saya masih mempunyai tanggungjawab yang banyak. Bertimbun assignment telah disampaikan oleh rakan sekelas saya, sepemergian saya ke bumi Kangaroo.

Syukur, peperiksaan mengejut oleh Prof. Kopanski yang dijadualkan pada Jumaat ketika saya di Perth juga dibatalkan di saat akhir. Banyak sungguh kemudahan diberi oleh Allah. Alhamdulillah.

BERBALOI

Biar pun hari pertama saya sekembalinya ke tanah air sangat menekan, namun semuanya berbaloi.

Saya tiba di KLIA dari Perth, agak lewat dan tiba di rumah hampir tengah malam. Saya hanya mampu mencium anak-anak yang sudah tidur lena kerana tidak larat menunggu ketibaan saya. Keesokan paginya, awal-awal lagi mereka semua sudah ke sekolah dan saya terus ke UIA untuk kuliah dari 11 pagi hingga 8 malam.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat sekelas yang telah mengumpulkan nota untuk saya dan seterusnya membantu saya kembali ke trek. Tanpa disedari, hanya tinggal sebulan sahaja sebelum semester ini berakhir dan saya harus full speed untuk mengekalkan fokus dan pencapaian.

TAHNIAH

Tahniah kepada AJK Peristiwa 2007 kerana berjaya merasa apa yang saya dan mereka yang seperti saya rasai. Rasa yang tidak mudah diungkap dengan kata-kata, dan hanya dapat dirasa oleh mereka yang menjamahnya.

Rasa manis pada hidup memberi. Hidup berbakti dan berkongsi kebaikan sepenuh hati.

Cepat sungguh masa berlalu. Seketika dulu teruna dan dara, kini sudah beranak dua. Tahniah Abu Fateh dan Ummu Fateh. Yang kiri saya apa cerita?

Saya sebak melihat ramai AJK Peristiwa 2007 yang bergenang mata mereka, kerana kesan Peristiwa 2007. Saya benar-benar mengingatkan mereka bahawa kemanisan yang mereka rasa, bukanlah kerana dapat bertemu dengan saya, tetapi kerana mereka menyertai saya dalam erti hidup pada memberi. Dalam keadaan serba tidak berpengalaman dan tidak pernah membayangkan akan mengendalikan program seperti ini, adik-adik di Perth telah menyahut cabaran menguji keupayaan mereka melakukan kerja sedemikian.

Hasilnya, potensi diri dapat dicungkil. Ramai yang tidak menyangka bahawa mereka itu sebenarnya mampu. Mampu merancang, mampu mengurus dan melaksanakan perancangan, malah mampu untuk membina rasa ukhuwwah dari sekadar berselisih bahu, kepada sekumpulan insan yang berkongsi rasa dan mahu. Rasa manis memberi, dan timbul mahu untuk terus memberi.

JAMUAN PERPISAHAN

Lapangan Terbang Antarabangsa Perth. Hingga bertemu lagi…!

Jamuan pada malam terakhir sebelum saya berangkat pulang itulah ubat penghilang sakit dan penat. Hingga keperitan saya untuk mengejar pengajian dan tiga peperiksaan yang bakal menjelang minggu depan, tidak terasa. Bukan sahaja sakitnya hilang, malah manis pula yang datang.

Alangkah gembiranya melihat kebaikan dapat dikongsi penuh kemanisan.

“Sesungguhnya tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu, sehinggalah dia itu suka untuk saudaranya, apa yang dia suka untuk dirinya sendiri” (Al-Hadith)

Lambai kasih dari saya di tanah air buat warga PERISTIWA 2007 di Selatan sana…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.