VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8

Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak.

Khidmat yang besar buat umat.

Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya?

Abu’l-Faraj ibn al-Jawzi (maaf, saya tersilap menyebutnya sebagai Ibn al-Jawziyyah) di dalam karangan beliau bertajuk Talbis Iblis, memperingatkan akan hal ini.

Kerana itu, saya yang sedang mengkaji biografi dan pemikiran Sheikh Mehmed Birgivi (meninggal dunia 1573M) di dalam buku beliau al-Tariqah al-Muhammadiyyah (The Path of Muhammad), tidak seharusnya larut dalam kajian di sudut disiplin sejarah semata. Saya juga sebelum orang lain, mesti mengambil manfaat daripada nasihat-nasihat Sheikh Mehmed Birgivi di dalam bukunya. Itu tujuan sebenar penulis mengarang kitab tersebut.

Justeru, saya kongsikan petikan muka surat 76 (maaf saya tersilap menyebut muka surat 73) daripada buku The Path of Muhammad. Berikut adalah ringkasan isi kandungan video ini:

Al-Tariqah al-Muhammadiyyah

Petikan Buku Tariqah Muhammadiyyah oleh Sheikh Mehmed Birgivi (1573M)

Petanda al-Kibr:

  1. Mahu dikenali orang, suka dirai, kehadiran disambut dengan berdiri, tidak malu dan bimbang semasa ia terjadi
  2. Rasa diri penting, suka apabila dikelilingi rakan dan mereka memilih untuk berjalan selangkah di belakang mengiringi kita
  3. Menolak ziarah kerana beranggapan ia tidak berfaedah
  4. Menolak duduk di sebelah orang yang rendah di pandangan diri
  5. Enggan menziarahi dan menemani orang sakit
  6. Enggan melakukan kerja-kerja rumah
  7. Enggan membawa barang berat di khalayak
  8. Enggan memakai pakaian murah dan lama
  9. Suka menerima jemputan orang kaya, menolak jemputan orang miskin
  10. Malu membeli belah di kedai murah
  11. Menonjolkan diri ke depan di dalam majlis
  12. Menonjol diri dalam perdebatan dan perbahasan untuk pendapat diterima, tanpa mementingkan proses memenangkan kebenaran.

The Path of Muhammad ( muka surat164-165)

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kita semua dipelihara oleh Allah di dalam lembayung al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya sallallaahu ‘alayhi wa sallam, ameen.

HASRIZAL
43000 BSP

Check Also

Menamatkan Pendidikan Kiasu

Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh …

2 comments

  1. Syukran Ustaz..

    sy menunggu lg perkongsian Ustaz ttg manfaat ilmu drpd Sheikh Mehmed Birgivi, satu kehilangan yg besar skiranya kta dn umat tdak ada sikap “saya peduli” dlm memurnikan semula karya-karya ulama’ terdahulu.

    Satu kerugian besar, ilmu dighaibkan dri dunia. wallahua’alam =)

  2. Assalamualaikum, ustaz, saya ada bertembung dengan artikel ini, http://panjilangit.blogspot.com/2012/11/wafatnya-al-masih-isa-ibnu-maryam.html . Hujahnya beserta hadith dan pandangan ulama ulama, untuk mengukuhkan perkara itu. Artikel ini menyatakan Nabi Isa a.s diangkat dan ada arikel lain menggambarkan imam mahadi juga antara kisah dongeng.

    Mungkin ustaz boelh memberi komen, terhadap artikel tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share