Ingin Belajar di Finland? Baca Dahulu Catatan Ini

Pembelajaran pasca siswazah di Finland bagus, walaupun tidak semestinya yang terbaik. Untuk program yang saya ikuti (Master of Art (Education) in Learning, Education and Technology), kebanyakan subjek tiada peperiksaan akhir sebab sistem yang ada menggunakan continuous assessment dari awal semester hingga ke hujung. Assessment dibuat berdasarkan tugasan-tugasan individu dan berkumpulan (collaborative), kehadiran ke kelas, penyertaan diskusi dan kriteria-kriteria lain yang diterangkan dengan jelas di dalam rubrik yang disediakan pensyarah. Tiada tekanan peperiksaan akhir, tetapi tekanan tinggi berterusan sepanjang semester kerana sentiasa ada tugasan yang perlu diselesaikan. Stamina perlu kuat kerana jika stress, ia berlarutan selama berbulan-bulan, bukan dalam tempoh pendek di hujung semester seperti yang biasa terjadi dalam pengajian di negara kita.

Misalnya, di dalam salah satu subjek kami semester ini (Self Regulated Learning – SRL), 8 ects dibentangkan dalam tempoh 6 minggu sahaja. Satu ects menyamai 27 jam pembelajaran. Maka 8 ects kali 27 jam bahagi 42 hari, untuk subjek ini sahaja kami dikehendaki memberi perhatian mempelajarinya 5 jam sehari setiap hari selama 6 minggu tanpa henti. Setiap minggu pensyarah memberi kepada kami sekitar 8 artikel jurnal untuk dibaca, dirumus dalam bentuk esei sekitar 2000 perkataan, sebanyak 4 esei dalam tempoh 6 minggu. Kami juga perlu mengendalikan bengkel mengajar rakan-rakan topik yang diberikan kepada kami, di sisi esei-esei dan bacaan jurnal tanpa henti itu tadi.

Tekanan pembelajaran ini menyebabkan beberapa orang rakan saya mengamuk menghentak meja bertengkar dengan pensyarah dan menangis di dalam kelas kerana terlalu tertekan. Saya juga ditimpa kemurungan tetapi cuba sedikit demi sedikit mengatasinya dengan iman kita sebagai seorang Muslim.

Ini bukan pengalaman yang anda saja-saja inginkan!

Bebanan belajar ini bukanlah pula asing kepada pengajian di peringkat sarjana di mana-mana pun. Saya ceritakan ia agar anda tidak tertipu dengan kisah lunak belajar di Finland tiada homework dan yang seumpama dengannya. Sama seperti di mana-mana pun, universiti adalah tempat belajar, bukan melancong atau bersuka ria.

KOS SARA HIDUP

Kos sara hidup di Finland sangat mahal. Ini satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian. Pelajar universiti disubsidi makanan mereka, maka di kafe-kafe universiti kami, pelajar hanya perlu membayar EUR2.60 untuk satu hidangan, berbanding harga penuh mencecah antara EUR4.50 ke EUR10. Anda perlu tabah untuk hari-hari makan makanan di kafe universiti. Sewa rumah saya (apartment 2 bilik tidur) adalah EUR540. Bil elektrik sekitar EUR30 sebulan. Kad bas untuk ke universiti EUR42 sebulan. Telefon EUR20 sebulan.  Untuk barangan dapur, saya melazimkan diri ke pasaraya LIDL untuk membeli barangan semurah yang mungkin. Di LIDL, sebungkus spaghetti berharga 30 sen Euro, berbanding lebih EUR1 di kedai lain. Beras paling murah yang saya temui setakat ini adalah di Prisma dengan harga EUR0.78 sekilogram. Beras ini boleh dimakan, tetapi tidak sesuai disimpan dan dihangatkan semula, kerana sukar menjaga tekstur nasi walaupun dibungkus di dalam bekas kedap udara untuk nasi goreng keesokan hari. Drumstick frozen yang halal, saya beli di Asia Supermarket dengan harga sekitar EUR8 sekilogram.

Saya tidak dapat menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan dapur, tambahan pula saya mempunyai empat orang anak di sini. Tetapi harga barangan runcit adalah berkali ganda lebih mahal berbanding Republic of Ireland yang pernah saya huni sebelum ini.

Mulai 2017, pelajar non EU perlu membayar yuran pengajian. Untuk program yang saya sertai, kosnya ialah EUR13 ribu. Biasiswa disediakan sebanyak 20, tetapi ia hanya untuk yuran pengajian. Ada pun kos sara hidup, anda perlu ada sumber sendiri. Pembelajaran di sini sangat sibuk, bekerja sambil belajar hampir mustahil. Tambahan pula, kebanyakan kerja memerlukan kita boleh berbahasa Finnish. Jika mahu memohon biasiswa, berusahalah untuk mendapatkannya dengan ‘menjual’ kelebihan-kelebihan yang anda ada dengan sebaik mungkin.

JANGAN SPOON-FEEDING

SEMUA maklumat yang diperlukan untuk memohon disediakan dengan terpeinci di SEMUA halaman web berkaitan. Teliti ia satu persatu. Jangan amalkan budaya spoon-feeding. Semua kesungguhan untuk memenuhi tuntutan permohonan, adalah saringan, agar yang sekadar mahu mencuba-cuba, dan tidak sepenuhnya berazam, akan mengalah dan membatalkan niat memohon. Jika anda terus bertanya, “macam mana nak sambung belajar di Finland ya?”, ia mungkin petanda bahawa anda tidak sepatutnya menyambung pelajaran di Finland (bahkan mungkin di mana-mana).

Jika anda terus bertanya, “macam mana nak sambung belajar di Finland ya?”, ia mungkin petanda bahawa anda tidak sepatutnya menyambung pelajaran di Finland (bahkan mungkin di mana-mana).

Kehidupan di sini ada keseronokannya, namun banyak juga kesusahannya.

Ketepikan soalan makanan halal, pergaulan dan hal-hal asasi yang kita sedia maklum. Itu sudah tentu.

Apa yang perlu anda fikirkan ialah cuaca ekstrim sentiasa bawah paras beku mencecah -30ºC, dan paling utama ialah kegelapan selama berbulan-bulan yang sangat mudah menyebabkan kemurungan. Anak-anak saya patah 4 gigi selama berada di sini dan saya juga pecah gigi geraham secara tiba-tiba. Saya harap ia bukan kerana defisit vitamin D akibat sedikitnya cahaya matahari. Hari ini adalah winter solstice yakni hari yang siangnya paling pendek bagi tahun ini. Zohor masuk jam 12:21 manakala Asar masuk jam 12:30! Baru sahaja cerah sedikit di luar apabila Syuruq jam 10:35, matahari tenggelam jam 14:04 masuk waktu Maghrib.

NON FIKSYEN

Saya tulis semua ini supaya Finland tidak menjadi pilihan anda menyambung pengajian, hanya kerana dibuai cerita-cerita indah mengenai Finland. Anda hanya patut memohon belajar di Finland, jika anda mempunyai problem statement yang sangat kukuh, yang mana kursus di Finland diyakini boleh membantu anda menjawab research question yang ada di fikiran anda, hasil penyelidikan atau pengalaman kerja.

Tiada biasiswa penuh.

Tiada jalan mudah.

Yang ada adalah pengorbanan, jerih payah, dan kesanggupan melakukan sesuatu yang anda pertaruhkan hidup untuknya.

Sïrū ‘alā barakatillāh.

Hasrizal Abdul Jamil
LET
Oulun yliopisto, Suomi.

APPLICATION FOR LET 2017 IS NOW OPEN

A WORLD LEADER IN INTERNATIONAL EDUCATION
Interested in experiencing a Master’s Degree in Education in Finland?

University of Oulu in Finland offers high-quality Master’s Programme in Education.
Application time is running right now from 15th December 2016 to 25th January 2017!

MA in Learning, Education and Technology (LET): LET programme prepares experts who can apply information and communication technology in various learning contexts. LET studies rely on three theoretical pillars: Self-regulated learning, collaborative learning, and technology-enhanced learning. Both theoretical content and practical solutions offered during the studies are based on latest knowledge and findings in the field of learning sciences. LET programme aims to develop knowledge and competencies needed in modern education, namely skills for designing, conducting, assessing and analyzing versatile learning situations whether face-to-face or technologically enhanced. Moreover, many of the 21st century skills that are required in today’s working life are highlighted and supported in LET studies. Studies are organized by Learning and Educational Technology Research Unit: http://www.oulu.fi/let/

Please see our website for more information: www.oulu.fi/let/masters

Like and follow us:
Twitter: twitter.com/LET_Oulu
Facebook: www.facebook.com/let.mastersprogram
Instagram: @let_oulu
Contact information: let.coordinator@oulu.fi

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

3 comments

  1. Semoga Allah memberikan kemudahan, pertolongan dan ganjaran besar atas segala pengorbanan, jerih payah, dan kesanggupan melakukan sesuatu yang ustaz dan family pertaruhkan hidup untuknya!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.