Bagaimana Finland Membina The Culture of Trust di Dalam Sistem Pendidikan

Secara umumnya, ahli politik tidak percaya kepada warga pendidik. Kesan daripada itu, terjadilah ketiadaan percaya di kalangan masyarakat awam terhadap guru, yang sebagai reaksi kepada itu juga, guru tidak percaya kepada murid. Ini adalah satu bentuk kitaran perosak (vicious cycle) terhadap ketidak percayaan yang wujud di dalam pendidikan semasa.

Pengalaman mengusulkan bahawa kepercayaan di dalam kelompok manusia dan institusi hanya boleh dibina melalui niat dan usaha yang tulen pada memberikan peluang kepada mereka untuk mengambil lebih tanggungjawab dan agensi.

Di Finland, the culture of trust di sekolah dan pendidikan secara umumnya hanya mula berkembang subur selepas kerajaan membenarkan sekolah mereka bentuk sendiri kurikulum mereka (berpandukan kerangka kurikulum kebangsaan), menilai sendiri keberkesanan kerja mereka, mengawal sendiri bajet mereka, serta memprofesionalkan kepimpinan peringkat menengah. Ucapan-ucapan di dalam upacara, serta cakap-cakap politik, memainkan peranan untuk mengurangkan cabaran mengubah budaya di dalam pendidikan.

Apabila sekolah benar-benar beroleh kuasa untuk mengatur sendiri perjalanannya, serta bertanggungjawab terhadap data kecil (merujuk kepada naratif pengalaman guru dan pihak sekolah sendiri berbanding data besar seperti OECD dll), profesionalisme di sekolah akan terbina. Itu adalah salah satu syarat yang mesti diwujudkan sebelum kepercayaan di kalangan guru boleh terjadi dan tumbuh subur.

Rujukan:

Sahlberg, Pasi. FinnishED Leadership (Kindle Locations 1093-1098). SAGE Publications. Kindle Edition.

#harapanpendidikan #malaysiabaharu #myfinlandmoment#transformasipendidikan #education #malaysia

HASRIZAL
Oulu Finland

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.