Mangsa Kepada Imaginasi Sendiri

A post shared by Hasrizal (@iamhasrizal) on

Kita menjadi mangsa kepada imaginasi kita sendiri. Mula-mula kita kagum dengan sistem pendidikan Finland dan membayangkannya sebagai sebuah utopia. Kita yang dakwa ia sangat sempurna, kemudian kita pula yang rasa ia terlalu sempurna, hingga tidak sesuai diteladani.

Pengalaman di Instagram dan Facebook Page yang saya kendalikan setakat ini, setiap kali saya menulis tentang kelebihan sistem pendidikan Finland, ia akan dikomen dan dikongsi pada frekuensi yang tinggi. Apabila saya menulis sebaliknya, ia tidak mendapat perhatian. Ia boleh menyebabkan gambaran kita tentang sistem pendidikan Finland (dan sebenarnya apa-apa topik sekali pun), jadi tidak menyeluruh.

Sistem pendidikan Finland adalah salah satu model yang ada, untuk ditinjau, BUKAN UNTUK DITIRU.

Tiada sistem pendidikan yang bagus hingga kebagusannya membolehkan ia ditiru atau dieksport. Hindari memuja mana-mana sistem pendidikan, termasuk sistem pendidikan Finland. Elakkan tragedi PBS berulang. Ia adalah satu pendekatan yang cemerlang pada menggambarkan autonomi sekolah dalam menilai muridnya sendiri, tetapi ia diamalkan di Finland sebagai sebuah negara yang tinggi budaya percaya dalam kerangka decentralisation. Perkembangan murid hanya untuk rujukan guru dan ibu bapa, bukan untuk dilaporkan ke Helsinki kerana Helsinki tiada keperluan untuk mengetahuinya. Penaziran sekolah sudah dihapuskan pada akhir 1970an. Tiada guru Finnish yang perlu bersengkang mata di tengah malam untuk memasukkan data assessment murid ke Helsinki, walaupun internet connection di tempat seperti Oulu mencecah 100mbps secara percuma. Berhati-hati semasa meninjau amalan di mana-mana negara kerana di belakang setiap amalan, ada konteks yang mesti difahami dan diambil kira. . #myfinlandmoment #harapanpendidikan #sistempendidikan

A post shared by Hasrizal (@iamhasrizal) on


#myfinlandmoment #harapanpendidikan #malaysiabaharu

HASRIZAL
Oulu Finland

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share