Jalan Ini Jalan Sehala

Semakin usia meningkat, pendengaran saya terhadap sekeliling semakin merosot.

Bukanlah saya menjadi pekak hilang pendengaran. Sebaliknya saya semakin beransur-ansur kurang peka dengan apa yang diperkatakan di sekeliling kehidupan ini.

Ia juga bukanlah kerana sekeliling saya semakin sunyi, biar pun di Finland ini, persekitaran memang sepi daripada manusia dan kenderaan berbanding kehidupan sebelumnya. Dunia hakikatnya semakin bising, semakin hiruk pikuk dengan 1001 pendapat.

Hiruk pikuk itulah yang saya semakin kurang peduli. Bukan berbanding dengan orang lain, tetapi berbanding dengan diri saya sebelum ini.

Dunia yang bising itu tidak banyak nilai yang boleh saya kumpulkan daripadanya, kerana berkata-kata di zaman ini bukan lagi natijah fikiran, sebaliknya lebih kepada kurangnya berfikir sebelum menukil perkataan.

Kebisingan itu selama ini mencetuskan banyak keresahan di dalam diri. Usaha untuk melepaskan diri daripadanya adalah usaha paling susah dan mahal. Akhirnya ia memerlukan saya pergi, membawa diri, sejauh yang mungkin, agar kebisingan sekeliling berkurang, dan saya lebih mendengar suara hati sendiri.

โ€œHasrizal, apakah erti kehidupanmu pada masa yang berbaki ini?

Setelah beberapa tahun meninggalkan tanah air, engkau sudah jauh meninggalkan dirimu sebelum ini. Bagi orang lain, ada yang telah melupakanmu, tak kurang juga yang masih โ€˜benci tapi rinduโ€™. Ketepikan semua itu. Bagi dirimu sendiri, apa khabar?

Kini, emak sudah tiada. Satu-satunya sauh yang mengikat hatimu dengan kampung halaman yang hakikatnya telah lama engkau tinggalkan berpuluh tahun yang lalu.

Engkau terlambat.

Emak tidak menunggu.

Engkau memberitahu yang pengajianmu hanya dua tahun di Finland, dan emak mungkin menanti cukup dua tahun. Engkau tidak pulang, dan emak pergi.

Pergi tak kembali.

Di bumi Finland yang hening dan sunyi itu engkau menyendiri.

Mencari sesuatu, mencari apa yang tidak engkau temui selama 40 tahun kehidupanmu sebelum ini.

Sudahkah kautemui apa yang engkau cari?โ€

SUARA HATI

Itulah barangkali suara yang saya lebih dengar hari ini. Suara hati diri sendiri. Pada pagi yang sepi di tingkap merenung salji turun tanpa henti, dunia yang bising itu semakin kurang didengari, kerana saya tenggelam dalam kebisingan suara diri sendiri. Pertanyaan demi pertanyaan, menyoal kembali keutamaan, menyoal kembali perancangan, dan impian.

Saya tahu masa yang berbaki tidak panjang.

Setiap pagi apabila bangun dari lena, saya ucapkan syukur kerana diberikan satu lagi hari, untuk terus bernafas.

Satu lagi peluang.

CERMIN KIRI

Photo source: wikipedia

Sesekali seumpama seorang yang sedang memandu, saya melihat cermin kiri kenderaan. Cermin yang mengingatkan saya kepada kejadian-kejadian kontroversi, pahit, perit yang sedang menguji bukan sahaja diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan umat. Cermin itu mengingatkan kami bahawa ujian datang boleh jadi sebagai kaffarah ke atas dosa, mahu pun untuk meningkatkan darjat diri di sisi Tuhan, bergantung kepada reaksi kita terhadapnya.

 ู…ู† ูŠูุฑุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู‡ ุฎูŠุฑุงู‹ ูŠูุตูุจู’ ู…ู†ู‡

โ€œBarangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Dia akan mengujinyaโ€ [Hadith riwayat al-Bukhari]

Cermin kiri itu jangan terlalu banyak ditinjau, hingga hilang upaya optimis. Jangan sampai putus asa dengan kehidupan. Ujian demi ujian, ingatlah semua itu hanya sementara, di dunia yang sementara ini, dan kita masih bergerak ke hadapan.

Kehidupan masih diteruskan.

Dan petua cermin kiri ialah, hindari daerah penuh duri dan sembilu, antaranya adalah ruangan komen di media sosial. Bukan soal ‘hati tisu’ atau kurang cekal, tetapi ia adalah daerah kita sedang beramai-ramai melakar dosa dengan segala kecelaan yang diamarankan Tuhan di dalam surah al-Hujurat, surah Akhlaq yang dipinggirkan.

Kita tidak perlu menguatkan hati dan emosi agar teguh mendepani dosa. Ia suatu kegilaan.

CERMIN KANAN

Photo source Alan Shelton

Semasa menempuh perjalanan ini, jangan lupa kepada cermin kanan.

Cermin kanan itu memperlihatkan kepada saya akan hal-hal positif yang hadir dalam hidup ini. Kejadian demi kejadian yang mengingatkan saya betapa baiknya Tuhan kepada diri kami. Tatkala ditimpa kegusaran dan kesulitan, Dia tidak pernah membiarkan diri tanpa perhatian dan pembelaan. Dalam seribu kesulitan, ada sejuta kemudahan. Kita hanya perlu mengingatinya, mengukir senyum semasa mengenangnya, dan mengucapkan dengan hati yang penuh kehambaan, Alhamdulillah!

ููŽุจูุฃูŽูŠูู‘ ุขู„ูŽุงุกู ุฑูŽุจูู‘ูƒูู…ูŽุง ุชููƒูŽุฐูู‘ุจูŽุงู†ู

โ€œMaka manakah daripada nikmat Tuhanmu yang engkau dustakan?โ€ [Al-Rahman 55: 13]

CERMIN BELAKANG

Photo source: Libcom.org

Semasa memandu, sesekali saya perlu melihat cermin belakang. Cermin yang menampakkan pengalaman silam yang terkandung di dalamnya pelbagai iktibar dan amaran. Pengalaman silam itu adalah silam, tetapi teladannya berguna buat memandu perjalanan kerana jalan yang ditempuh ini adalah lanjutan daripadanya. Ia rantaian yang tidak terputus di dalam perjalanan masa.

Celik sejarah itu membantu kita membina makna terhadap kesemasaan hari ini. Manusia adalah manusia, perlakuannya adalah hasil akal, emosi, kepercayaan dan nilai yang mencorakkan pilihan masing-masing.

ููŽุงุนู’ุชูŽุจูุฑููˆุง ูŠูŽุง ุฃููˆู„ููŠ ุงู„ุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑู

โ€œMaka ambillah iktibar wahai sekalian yang celik mata hatinyaโ€ [Al-Hashr 59: 2]

Lama saya belajar sejarah… walaupun ia gagal menghasilkan ijazah, ia sangat membentuk keyakinan saya untuk sekurang-kurangnya di peringkat diri, berdamai dengan realiti. Sepelik mana pun perubahan dan perkembangan yang terjadi, ada sejarah yang menjadi akarnya. Celik akar, kuranglah kejutan melihat pucuk yang menjadi atau mati.

CERMIN HADAPAN

Apa yang utama, adalah terus bergerak ke hadapan. Cermin hadapan itu yang perlu jernih, jelas, tidak kabur, membolehkan kita menempuh perjalanan sebenar dengan selamat.

Cermin hadapan itu menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkannya. Kita boleh nampak dunia di hadapan itu kotor sedangkan yang cemar itu adalah cermin kita sendiri. Bersihkan ia, jernihkan pemandangannya, agar seindah atau sehodoh mana pun pemandangan di hadapan, apa yang kita nampak adalah realiti sebenar. Realiti yang menuntut kita bertanggungjawab terhadap perjalanan sendiri, keselamatan sendiri, apatah lagi jika di dalam kenderaan itu ada penumpang yang mengamanahkan ke atas kita kebajikan mereka.

Apa yang utama, tahukah wahai diri, ke mana engkau sedang memandu?

ููŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ุชูŽุฐู’ู‡ูŽุจููˆู†ูŽ

โ€œMaka ke manakah engkau mahu pergi?โ€ [Al-Takwir 81: 26]

Benar…

Itulah soalan yang lebih penting pada masa ini. Siapa pun yang melintas perjalananmu, apa sahaja pemandangan yang telah dan sedang engkau lalui, engkau sedang bergerak di sebuah JALAN SEHALA. Jalan yang tiada U-TURN. Jalan yang menuju ke sebuah kepastian, yang hujungnya mungkin dekat mungkin jauh, tetapi setiap detik engkau semakin hampir kepadanya.

Ingat kembali kepada pesanan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam daripada Muaz bin Jabal radiyallahu anhu:

– ุฎูุฐูˆุง ุงู„ุนุทุงุกูŽ ู…ุง ุฏุงู… ุนุทุงุกู‹ ุŒ ูุฅุฐุง ุตุงุฑ ุฑูุดูˆุฉู‹ ุนู„ู‰ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ูู„ุง ุชุฃุฎุฐูˆู‡ ุŒ ูˆู„ุณุชู… ุจุชุงุฑูƒูŠู‡ ูŠู…ู†ุนู’ูƒู… ุงู„ูู‚ุฑูŽ ูˆุงู„ุญุงุฌุฉูŽ ุŒ ุฃู„ุง ุฅู†ูŽู‘ ุฑุญูŽู‰ ุงู„ุฅุณู„ุงู…ู ุฏุงุฆุฑุฉูŒ ูุฏููˆุฑูˆุง ู…ุน ุงู„ูƒุชุงุจู ุญูŠุซ ุฏุงุฑ ุŒ ุฃู„ุง ุฅู†ูŽู‘ ุงู„ูƒุชุงุจูŽ ูˆุงู„ุณูู‘ู„ุทุงู†ูŽ ุณูŠูุชุฑูู‚ุงู† ูู„ุง ุชููุงุฑู‚ูˆุง ุงู„ูƒุชุงุจูŽ ุŒ ุฃู„ุง ุฅู†ูŽู‘ู‡ ุณูŠูƒูˆู†ู ุนู„ูŠูƒู… ุฃู…ุฑุงุกู ูŠู‚ุถูˆู† ู„ุฃู†ูุณูู‡ู… ู…ุง ู„ุง ูŠู‚ุถูˆู† ู„ูƒู… ุŒ ุฅู† ุนุตูŠุชู…ูˆู‡ู… ู‚ุชู„ูˆูƒู… ุŒ ูˆุฅู† ุฃุทุนุชู…ูˆู‡ู… ุฃุถู„ูู‘ูˆูƒู… ุŒ ู‚ุงู„ูˆุง : ูŠุง ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ! ูƒูŠู ู†ุตู†ุนู ุŸ ู‚ุงู„ : ูƒู…ุง ุตู†ุน ุฃุตุญุงุจู ุนูŠุณูŽู‰ ุจู†ู ู…ุฑูŠู…ูŽ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงู…ู ุŒ ู†ูุดูุฑูˆุง ุจุงู„ู…ู†ุงุดูŠุฑู ุŒ ูˆุญูู…ูู„ูˆุง ุนู„ู‰ ุงู„ุฎุดูŽุจู ุŒ ู…ูˆุชูŒ ููŠ ุทุงุนุฉู ุงู„ู„ู‡ู ุฎูŠุฑูŒ ู…ู† ุญูŠุงุฉู ููŠ ู…ุนุตูŠุฉู ุงู„ู„ู‡ู

โ€œAmbillah pemberian selama mana ia adalah sebuah pemberian. Akan tetapi apabila ia bertukar menjadi rasuah menurut agama, maka janganlah sesekali engkau mengambilnya. Sesungguhnya engkau tidak berupaya untuk meninggalkannya kerana engkau takutkan kefakiran atau terlalu berhajat kepadanya.

Sesungguhnya Islam itu bergerak di dalam sebuah putaran, maka berputarlah bersama al-Kitab mengikut putaran berkenaan (semasa susah atau pun senang, ketika beroleh nikmat atau sedang ditimpa musibah). Sesungguhnya al-Kitab dan pemerintah itu akan terpisah, namun jangan sesekali engkau berpisah dengan al-Kitab. Akan datang suatu masa kamu diperintah oleh pemerintah yang mengambil bahagian untuk mereka apa yang tidak mereka kongsikan dengan kamu. Jika engkau mengingkari mereka, mereka membunuhmu, dan jika engkau mentaati mereka, mereka akan menyesatkanmu.โ€

Sahabat bertanya, โ€œwahai Utusan Allah, apakah yang patut kami lakukan?โ€

Jawab baginda, โ€œlakukan sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat Isa bin Maryam alayhi al-salam, maut dikerat dengan gergaji, terbunuh di tiang salib, mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup mengingkari-Nya.โ€

[Hadith riwayat al-Thabarani]

TERUSKAN PERJALANAN

Teruskan perjalananmu duhai diri.

Di hadapanmu hanya ada dua kepastian. Satu yang dekat satu yang jauh. Yang dekat itu adalah kematian, yang jauh itu adalah Syurga atau Neraka. Jahat atau baik, ikhlas atau khianat, engkau tetap akan mati. Tetapi satu akan ke Syurga bersama redha Tuhan, satu akan terhumban ke Neraka dalam kemurkaan.

Pilihlah jalan yang lurus.

Jalan sehala yang Tuhan redha dengannya.

Selamat jalan..

Hasrizal
Oulu Finland

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share