Paradigma Pendidikan Perihal Otak

Sebelum datang ke Finland, fikiran saya dihujani pelbagai persoalan, mengapa sistem pendidikan sedia ada bermasalah. Persoalan itu ekoran ‘culture shock’ yang terjadi kepada diri saya, tatkala pulang ke tanahair pada tahun 2004, selepas 11 tahun berada di luar negara. Kekeliruan mula terjadi bahawa ini bukan negara yang kukenali suatu ketika dahulu.

Soalan demi soalan itu menerjah diri, kerana selama di tanahair itu juga, disebabkan oleh cv saya sebagai orang yang pernah bekerja sebagai minister of religion di Ireland Utara, saya sering dijemput berkongsi panduan beragama di negeri asing.

Melalui topik Fiqh of Travellers, saya bertemu dengan pelajar-pelajar ‘paling pintar’ negara, yang menerima penajaan untuk sambung belajar di luar negara. Sesi Fiqh of Travellers itu adalah kursus ‘pre departure‘ untuk membuat persiapan mereka keluar daripada zon selesa, ke zon mencabar, dan fokus saya adalah pada survival sebagai Muslim minoriti di negeri asing.

Biar pun topiknya adalah fiqh, fokus utama saya sentiasa kepada ‘tasawwur‘ mengenai fiqh itu sendiri. Fiqh itu sebenarnya macam mana. Sebabnya, hukum dan fatwa, adalah perkara yang akan sentiasa dicari dan dirujuk oleh pelajar-pelajar ini di lokaliti masing-masing nanti. Tetapi, tahukah bagaimana hendak mencari fatwa itu. Jika bertemu fatwa, tahukah bagaimana fatwa itu terhasil? Tahukah nilai sebuah fatwa dan pendapat agama? Mampukah melihat di mana batasan diri, ketika bertahun-tahun dibelai sebagai sang pintar? Bagaimana batasan diri itu boleh diubah sempadannya melalui pembelajaran?

Akibatnya, dari setahun ke setahun, saya menjadi semakin khuatir.
Ini pelajar paling pintar negara. Namun pelbagai krisis berfikir yang menyerlah.

INSIDEN BERBEKAS DI INGATAN

Mungkin insiden paling besar melekat di fikiran saya ialah selepas satu sesi, seorang anak muda datang bertemu saya dan saya jemput makan bihun sama-sama. Kata beliau, ada soalan yang ingin beliau ajukan kepada saya.

“Ustaz, masa saya dengar pembentangan ustaz, saya terfikirkan sesuatu. Saya rasa ‘something’. Tapi saya tak tahu apakah yang saya fikir dan rasa itu. Adakah saya bermasalah?” tanya beliau.

Soalannya itu membuatkan saya tergamam.

Saya ingin tanya keputusan SPM beliau, tetapi tidak jadi. Sudah tentu ‘super’ cemerlang. Jika tidak, tiadalah beliau di mana beliau berada pada masa itu.

“Kamu suka membaca?” saya bertanya.

“Tak. Saya suka main game aje!” jawabnya, separuh berseloroh.

“Macam mana kamu boleh ‘score’ gila-gila dalam SPM tanpa minat membaca?” saya bertanya lagi.

“Rasanya tak perlu, kot. Kalau nak ‘score’ SPM, kena faham, dan tahu teknik menjawab soalan,” jawab beliau. Bersahaja.

Kebetulan, ketika itu saya baru selesai membaca sebuah buku kecil yang unik bertajuk Can a Bridge Build Itself: Essays on Belief and Moral Values tulisan Omar Ergi. Berkaitan membaca, kata beliau:

In order to think, human beings use words. For this reason, as our vocabulary expands so does the limits of the pondering mind. This in turn increases the level of a person’s intellectual capacity. One’s level of intelligence is best measured by the richness of his vocabulary. Intelligence resembles a muscle, its strength increases with training and exercise. Activities such as problem solving, reading, analyzing books and listening to lectures and also increasing the vocabulary are the best forms of exercise for the mind.

Frequent reading is the most efficient way of increasing your vocabulary.
Shakespeare used 80,000 words in his books and 50,000 words were used by Goethe in his novels. Today, English and German students have no difficulty in understanding these books. This means the level of their vocabulary is adequate enough to comprehend these novels.

Unfortunately, an average university student in our schools possesses a vocabulary level of 3,000 to 4,000 words . This is purely based on our poor book reading habits . In simple terms, we do not read enough.

Ergi, Omar. Can a Bridge Build Itself: Essays on Belief and Moral Values (Kindle Locations 17-27). Tughra Books. Kindle Edition.

“Hurmm… pada pandangan ustaz, kita berfikir menggunakan perkataan. Lebih banyak perkataan, lebih banyak modal kita berfikir. Kurang perkataan, kurang modal berfikir. Perkataan banyak datang daripada pembacaan. Jika kurang membaca, dan kurang perkataan, kita kekurangan modal untuk berfikir, dan mangsa pertamanya adalah diri kita sendiri. Misalnya, kamu tahu kamu sedang memikirkan sesuatu, dan merasa sesuatu. Tetapi kamu tidak dapat mengungkapkannya, kerana tiada perkataan untuk mengungkap makna yang sedang kamu fikir dan rasa itu. Rugi, kan? So, jawapan ustaz, kamu memang ada masalah. Jom makan!” saya menyudahkan ngomelan.

Kehadiran saya ke sekolah-sekolah terbaik Malaysia, bertemu dengan pelajar-pelajar yang menjadi penanda aras kecemerlangan sistem pendidikan kita, dalam tempoh 10 tahun menjadikan saya semakin hilang kepercayaan kepada keputusan SPM sebagai ukuran berhasilnya sebuah pendidikan. Saya hanya melihat SPM sebagai bukti kerja keras dan kesungguhan murid. Bukan bukti kepintaran.

Bukan sebab pelajar itu tidak pintar.

Tetapi sistem merekabentuk pembelajaran dan mengukur kepintaran secara yang ‘ada masalah’.

Kejadian itu, dan beberapa kejadian lain di sekolah-sekolah terbaik Malaysia, menjadi penyataan masalah yang saya pegang semasa membuat reformasi idea pendidikan di Khalifah Model School (Secondary) bermula 2015.

Sama seperti pelajar tadi, saya juga berdepan dengan masalah. Saya tidak cukup perkataan untuk mengungkapkan apakah masalah itu. Saya tinggalkan tanahair pada tahun 2016 untuk mencari jawapan “bagaimana sebenarnya pembelajaran terjadi?”

👇🏽

Up until relatively recently, pedagogy, and more specifically instructional design was largely based on theory drawing on tangential fields such as philosophy, politics, sociology, anthropology, and linguistics, often to the exclusion of research on psychology, cognition, and the brain.

For example, Vygotsky’s theory of the zone of proximal development and the idea that knowledge is socially constructed is a sine qua non in most teacher training courses while Baddeley’s model of working memory is often omitted.

Many teachers could go through their whole training without ever hearing about cognitive load theory despite the fact that Dylan Wiliam (2017) has referred to it as the “single most important thing that teachers need to know”.

Kirschner, Paul A.. How Learning Happens (p. x). Taylor and Francis. Kindle Edition.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

One comment

  1. Skolah permata dulu adalah idenyg paling baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.