Persiapan Pantas Guru Memindahkan Pembelajaran ke Atas Talian #COVID19

Penularan wabak COVID-19 pada masa ini mendesak kita untuk melakukan banyak ubah suai kehidupan termasuk di dalam hal-hal yang belum pernah dibuat sebelum ini.

Bagi guru sekolah, saya percaya andai guru berkenaan mengajar di sekolah kerajaan, pihak berwajib pasti ada menyediakan garis panduan bagaimana hendak memindahkan pengajaran dan pembelajaran ke atas talian agar keberadaan murid di kediaman masing-masing tidak merencatkan pembelajaran mereka. Akan tetapi, bagi guru yang mengajar di sekolah swasta, terutamanya sekolah-sekolah berskala kecil, memindahkan pembelajaran ke medium atas talian mungkin mencabar tanpa garis panduan yang boleh dirujuk.

Di dalam artikel ini, saya cuba kongsikan beberapa panduan pantas untuk manfaat guru-guru yang memerlukannya. Ia disesuaikan dengan saranan Stephanie Moore dan Charles B. Hodges di dalam artikelnya So You Want to Temporarily Teach Online (11 Mac 2020).

Perancangan asas ini bermaksud, ia lebih menekankan aspek praktikaliti dan bukan rekabentuk yang paling ideal untuk mendapatkan manfaat maksimum melalui pembelajaran di atas talian.

KEPERLUAN MURID

Murid memerlukan akses kepada bahan bacaan dan rujukan untuk subjek masing-masing. Demikian juga cara untuk mereka menghantar kerja sekolah (assignments) dan mendapatkan maklum balas guru mengenai kerja berkenaan. Di samping itu, murid juga memerlukan maklumat bagaimana mereka boleh bertanya kepada guru, bagaimana dan bila pula guru akan membalas pertanyaan mereka. Ini adalah antara keperluan asas yang perlu difikirkan dan dijelaskan semasa merancang.

KEPERLUAN GURU

Guru perlu menyampaikan kandungan pembelajaran kepada murid di dalam bentuk yang murid boleh akses. Oleh yang demikian, guru memerlukan kepada aplikasi-aplikasi yang boleh menukar bahan pembelajaran ke bentuk softcopy.

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)

Keperluan-keperluan ini secara umumnya sudah dapat dipenuhi dengan memanfaatkan Learning Management System (LSM) sedia ada seperti:

  1. Google Classroom
  2. Moodle
  3. Schoology

Salah satu aspek yang bagus berkaitan dengan LMS di atas ialah, apabila pembelajaran dan pengajaran kembali kepada mode face to face, aktiviti yang berlangsung di atas talian menggunakan LMS tersebut boleh dilanjutkan terus tanpa banyak kerumitan.

Ada kemungkinan, guru-guru terfikir untuk menggunakan platform media sosial yang sudah sedia dipakai seperti Facebook Page, Facebook Group, Facebook Live, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagaimana. Demikian juga dengan penggunakan hashtag unik yang ditetapkan. Akan tetapi cabaran menggunakan platform ini adalah distractions, gangguan yang mudah menyebabkan pelajar terpesong daripada pembelajaran. Namun ia tidak mustahil asalkan guru dan murid mempunyai hubungan yang kuat untuk membentuk iltizam kepada pembelajaran.

Saya menggalakkan agar salah satu daripada tiga LMS yang disenaraikan di atas dimanfaatkan.

Pilihan terbaik LMS untuk sekolah, menurut carian Google

GOOGLE CLASSROOM

Penyediaan Google Classroom Versi Tahun 2020

Jika anda berhasrat untuk menggunakan Google Classroom, kini ia sudah boleh dibangunkan dengan menggunakan akaun Gmail peribadi dan tidak lagi perlu menggunakan alamat emel dengan domain rasmi sekolah anda. Tetapi jika anda mahu menyelaraskan akaun semua guru di bawah satu bumbung, dan memanfaatkan kesemua kemudahan pembelajaran yang Google sediakan, maka pertimbangkanlah kemudahan G Suite for Education. Untuk mengaktifkannya, ia memerlukan domain rasmi halaman web sekolah anda, atau anda boleh membelinya semasa proses sign up.

Saya secara peribadi menggalakkan pihak sekolah mengusahakan kemudahan G Suite for Education ini. Berikut adalah video penerangan bagaimana ia boleh anda lakukan:

MENGAMBIL KIRA KEMUDAHAN AKSES DI PIHAK MURID

Sebelum kita berbincang tentang proses memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran, para guru akan dapat membuat keputusan dengan lebih baik jika kalian mempunyai maklumat, bagaimanakah kemampuan mengakses internet di pihak murid. Ia meliputi jumlah data mengikut langganan, dan keduanya, liputan yang minimum untuk membolehkan akses tersebut diperolehi.

Seandainya murid-murid mempunyai akses kepada internet dalam kapasiti yang sangat minimum, saya ingin memberikan saranan agar bahan pembelajaran di dalam format video diminimumkan. Seandainya ia masih diperlukan, hasilkan video di dalam durasi yang pendek, dipecahkan kepada beberapa video jika perlu. Resolusi video juga boleh disederhanakan atau diminumkan, tanpa menjejaskan kejelasan teks yang perlu kelihatan di paparan.

Rujuk minit 6:10 untuk hal berkenaan.

MENUKAR POWERPOINT ATAU KEYNOTE KEPADA VIDEO

Kedua-dua software PowerPoint dan Keynote telah menyediakan fungsi yang sedia untuk dipakai andai guru mahu merakam suara ke dalam pembentangan, menyimpannya sebagai video, dan memuat naik sama ada langsung ke LMS, atau sebaiknya ke Youtube atau Vimeo.

Berikut adalah tutorial mudah untuk melakukannya:

Keynote (MAC)
PowerPoint (Windows)

LANGKAH-LANGKAH SELANJUTNYA

  1. Bangunkan subjek (course) untuk pengajaran anda di dalam LMS pilihan
  2. Muat naik kerja rumah (assignment) yang tarikh siapnya paling dekat.
    • Murid memerlukan arahan yang jelas mengenai tugasan yang diberi, serta maklum balas segera daripada guru. Pastikan maklumat mengenai ini disediakan agar murid jelas apa sebenarnya perlu mereka lakukan.
    • Elakkan menggunakan kata kerja “sediakan”, “bentangkan” di dalam keadaan tergantung. Perlu diingat bersama, murid tiada di depan mata kita, dan kita tiada di depan mata mereka. Oleh itu lengkapkan kata kerja berkenaan dengan lebih terpeinci.
    • Jika murid diberikan kelonggaran untuk menetapkan bagaimana format hasil kerja mereka boleh dibentangkan atau disampaikan kepada kita, nyatakan dengan jelas kelonggaran berkenaan, dan berikan satu dua contoh untuk memudahkan mereka.
  3. Muat naik bahan bacaan, rujukan dan apa-apa yang murid perlukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi di nombor 2.
  4. Hasilkan ruangkan forum / perbincangan agar murid boleh bertanya kepada anda dan anda menyemaknya dari semasa ke semasa. Anda mungkin perlu menetapkan peringatan di situ untuk mengingatkan anda kepada keperluan menyemak ruangan ini sebagaimana yang dijanjikan.
  5. Hasilkan plan komunikasi untuk kelas anda supaya murid-murid tahu mereka perlu merujuk ke mana, apa yang mereka patut expect, dan mengemukakan soalan-soalan seperti:
    • Di mana mereka patut menghantar soalan?
    • Secepat manakah anda akan memberikan respon kepada soalan mereka, atau kepada diskusi di ruangan yang disediakan?
    • Bagaimana mereka boleh menghubungi anda di dalam keadaan ‘kecemasan’ dan segera?
    • Apakah bentuk komunikasi berkala yang akan anda terbitkan untuk mereka (ulangkaji mingguan, dan / atau kemaskini)?
    • Apa-apa alternatif lain yang bersesuaian mengikut keperluan.

SYNCHRONOUS ATAU ASYNCHRONOUS

Fikirkan, adakah pembentangan secara synchronous diperlukan? Synchronous bermaksud interaksi secara real time (live) bersama dengan murid. Hal ini berdepan dengan banyak cabaran di Malaysia kerana di tahun 2020 ini masih banyak tempat yang berhadapan dengan masalah internet connection yang lemah, tidak cukup untuk mengendalikan sesi live secara berkesan. Gangguan kepada sesi synchronous mudah menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan beralih kepada hal lain.

Seandainya guru mahu menjalankan sesi live, antara pilihan yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. Facebook Live (dengan fungsi kongsi skrin)
  2. Skype
  3. Zoom
  4. Adobe Connect
  5. Adobe Captivate
  6. Blackboard Collaborate
  7. Google Meet

Saya mencadangkan penggunakaan Google Meet yang boleh diintegrasi dengan lancar bersama Google Classroom. Berikut adalah tutorial ringkas bagaimana melakukannya:

KOMUNIKASI MURID – MURID

Berkemungkinan besar, murid-murid akan menggunakan medium pilihan mereka sendiri untuk berinteraksi. Murid-murid umumnya tidak tertarik untuk menggunakan Facebook (ini medan orang tua-tua bagi mereka), atau ruangan diskusi / forum di dalam LMS. Mereka lebih selesa menggunakan Snapchat, WhatsApp dan lain-lain kemudahan yang sudah pun mereka sedia gunakan.

Jika komunikasi antara murid tidak termasuk di dalam apa yang ingin guru beri penilaian, maka adalah lebih baik menurut hemat saya, para murid diberikan kebebasan berkomunikasi mengikut pilihan mereka. Perlu diingatkan kepada mereka, agar aktiviti off task yang tiada kena mengena dengan tugasan yang guru beri, bukanlah 100% sia-sia dan menjadi kesalahan. Ia terbukti melalui kajian saintifik berperanan sebagai pelincir kepada tugasan rasmi yang diberikan oleh guru. Cuma, kadarnya perlu sederhana lagi terkawal.

Kepentingan interaksi off task ini menjadi salah satu sebab mengapa semasa kita menggunakan Google Doc untuk berkolaborasi membuat kerja, ada fungsi sembang (chat) yang disediakan di situ.

Seandainya, guru mempunyai sebab untuk menilai perbincangan dan perbualan sesama murid dalam melakukan kerja mereka, maka tentukanlah platform untuk mereka melakukannya.

Selepas perkara-perkara di atas tersedia di LMS pilihan guru, hasilkan sebuah halaman di LMS untuk guru sediakan satu table yang menunjukkan secara jelas dan sistematik tugasan-tugasan yang perlu dilunaskan. Ingatkan pelajar bahawa table berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan mereka wajar merujuk ke bahagian berkenaan.

Harus diingatkan, pembelajaran di atas talian ini bukan sahaja baharu untuk anda sebagai guru, tetapi juga kepada murid. Justeru, ringkasan mingguan dan panduan yang jelas lagi praktikal akan banyak membantu melancarkan pembelajaran murid-murid anda. Jadikan proses menyediakan hal ini juga sebagai pembelajaran kita para guru, untuk meningkatkan kemahiran sebagai fasilitator pembelajaran murid, dan perekabentuk pembelajaran.

NOTA BERKAITAN KUALITI PEMBELAJARAN

Saranan di atas lebih mengutamakan soal praktikaliti pada mengambil kira apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat, berdasarkan kemudahan yang secara umumnya ada di tanah air Malaysia. Namun, pembelajaran di atas talian bukanlah sesuatu yang dapat dilaksanakan dengan mudah untuk menghasilkan kesan yang dihajatkan oleh guru.

Ia banyak juga bergantung kepada kemahiran pembelajaran regulasi kendiri (self-regulated learning) yang terpupuk pada diri murid selama ini. Mereka perlu mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri untuk menjayakannya.

Untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, berikut adalah beberapa saranan yang ingin saya ketengahkan:

  1. Elakkan memberi tugasan yang mudah bagi murid untuk menyalin sahaja daripada internet, meniru Wikipedia dan yang seumpama dengannya. Berikan tugasan yang sifatnya memerlukan penghasilan makna daripada murid itu sendiri. Salah satunya adalah dengan membesarkan komponen peribadi murid. Misalnya di dalam subjek sejarah, elakkan memberi tugasan “Huraikan mengenai Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 antara penduduk Naning dan Dol Said dengan tentera British.” Ubah ia kepada “Bayangkan anda berada di dalam Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 antara penduduk Naning dan Dol Said dengan tentera British. Jika anda adalah kaum kerabat Raja Haji, bagaimanakah anda menentukan sikap dan sokongan di dalam peperangan ini dan jelaskan mengapa anda berpendirian sedemikian rupa.
  2. Galakkan tugasan yang melibatkan kolaborasi antara murid. Kolaborasi ini mendesak murid-murid untuk berbincang dan melaksanakan deligasi tugas. Sediakan sedikit ruang untuk murid kongsikan muhasabah (refleksi) mereka ke atas pengalaman berkolaborasi itu sebelum, semasa dan / atau selepas tugasan.
  3. Libatkan ibu bapa di dalam tugasan yang diberi. Misalnya, sertakan bahagian di mana murid perlu mendapatkan perspektif ibu bapa di dalam tugasan tersebut. Ini boleh membantu murid meningkatkan makna tugasan berkenaan (meaningfulness).

MURID BERKEPERLUAN KHAS

Manakala nota akhir yang ingin saya sertakan di sini, para guru juga perlu mengambil kira keperluan-keperluan khas yang dialami oleh murid, sama ada yang membabitkan soal penglihatan, pendengaran, atau cabaran disleksia, diskalkulia, ADHD, serta hal-hal peribadi seperti murid yang diabaikan oleh ibu bapa / penjaga, mereka yang tidak mempunyai akses internet, dibelenggu kemiskinan yang meruncing dan sebagainya.

Di sini, empati guru dan jiwa kasih sayang boleh menyokong susah payah guru untuk melakukan beberapa pengubahsuaian bagi membantu murid yang berdepan dengan masalah tersebut.

Semoga bencana wabak COVID-19 ini segera berlalu, para guru, murid dan seluruh rakyat Malaysia dan umat manusia sedunia terhindar daripada virus yang kejam ini, dan segala usaha gigih para guru diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran.

Saranan saya di atas bukanlah apa yang muktamad. Ia adalah usaha kecil saya dari jauh di Finland ini untuk memberi sokongan kepada warga pendidik, dan anak-anak yang dikasihi. Doakan kami sekeluarga di sini juga. Finland baru sahaja mengisytiharkan darurat sebentar tadi, semua sekolah ditutup sehingga 13 April 2020.

Sebarang pembetulan dan saranan penambahbaikan, saya alu-alukan dengan ucapan terima kasih. Artikel ini akan saya semak dari semasa ke semasa bersama penambah baikan jika perlu, Insya-Allah.

Salam ukhuwwah.

Hasrizal
Oulu Finland

Become a Patron!

At first I was afraid, I was petrified
Kept thinking I could never teach through Canvas all the time
But then I spent so many nights reading the help docs for so long
And I grew strong
And I learned how to get along
And so I’m back Students are gone
As all my colleagues try to figure out how they’re gonna get along
I should have kept up with the tech, not skipped that class on course design
If I’d known for just one second
I’d be teaching all-online
Go on now, go, leave me alone
I’ve got to figure out
Just how to lecture using Panopto
You gave me two days to adjust, to move everything online
Did you think I’d crumble
Did you think I’d lay down and die?
Oh no, not I, I will survive
Oh, as long as I know how to Zoom, I know I’ll be alive
Oh, my students still will learn
And my paychecks I will earn, and I’ll survive
I will survive, hey, hey
It took all the strength I had not to lay down and die
Kept trying hard to mend the pieces of my syllabi
And I spent oh so many nights just feeling sorry for myself I used to cry
But now I hold my head up high and you’ll see me
Teaching on zoom
But just don’t cough into the mic or every eye will be on you
I can’t hear you, you’re on mute, your camera’s black, are you still there?
We’ve got some glitches to work out, but I know my grading scheme is fair
Oh now, go, walk out the door
Trying to get this lecture done
And I’m already on take four
Now the network has gone down, and I’m all out of wine
Do you think I’ll crumble
Do you think I’ll lay down and die?
Oh no, not I, I will survive
Oh, as long as I know how to zoom, I know I’ll be alive
My students still will learn
And my paychecks I will earn and I’ll survive
I will survive
Hey hey

💐💐💐💐

Thank you for supporting my work. I show and tell, but they all contain little value without viewers, readers, thinkers, and people of action like you. I sincerely appreciate all feedback, kind words and support that all of you share at your highest level of kindness.

I spend a lot of time and resources reading books, and translating the content into a simpler form of writing and presentation to create impact on readers, without compromising the message. But that is hardly possible without your help!

Do you want to help me to the next step? Then become a patron at My Learning Journey!

Let me take you on this journey.

Note: Pledging me on Patreon means supporting me with a monthly payment. If you prefer a single time donation, you can support me via PayPal.

Support my work

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.me/iamrizal

Trained in learning, education and technology, studying education entrepreneurship (MEE) at Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. An educator and learning designer, blogger and author, advocates children-centered learning, parenting and domestic policy.

Follow me on

Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/

Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/

Twitter: https://twitter.com/hasrizal2020

Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/

Blog: http://www.saifulislam.com

Edublog: http://hasrizal.com

Check Also

Mencegah Anak Hidup Bermuka-muka | Sembang Abah

“Jangan conteng arang ke muka ayah!” “Jaga maruah keluarga kita!” “Tiada dalam keturunan kita yang …

One comment

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan kita hendaknya. Moga kita menang melawan virus COVID-19 ini.

    Jemputlah membaca informasi tentang kaedah pembelajaran ketika musim COVID-19 bagi guru mengaji.

    https://beanahomequran.com/quran-tutor-3-cara-pembelajaran-ketika-covid-19/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.