“Abi, can you read shorter surah? Sakit kaki la” rayu si anak sebelum kami mula solat Isyak dan bertarawih.
“I was standing in the kitchen cooking for three hours. Now leading the prayer. I am sure you all are stronger than me. In fact I only read half page for each rakaat” saya menjawab.
Tersengih sahaja mereka.
Azan dilaungkan.
Di rumah kecil kami di satu sudut penjuru alam.
Usai dua rakaat bertarawih, anak bertanya, “abi, when you read the surah, do you actually understand what you read?”
“Hurmm… maybe around 90%. Sometimes I am not sure about some verses from the surah” saya menjawab.
“So, what was the meaning behind what you read just now?” tanyanya lagi.
“It was a story about our Prophet Muhammad peace be upon him and muslims at that time were praying facing Jerusalem as their kiblat. It was the same kiblat as the Jews. And the Jews kept spreading words saying bad stuffs that muslims do not have their own kiblat. Prophet Muhammad was not happy with the situation and he kept looking at the sky, hoping that Allah revealed something to change the kiblat. At the end Allah commanded him and all muslims to change the kiblat from Jerusalem to Mekah.” saya bercerita kepada mereka.
“And?” si anak bertanya lagi.
“Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam immediately changed the kiblat during the prayer. The event took place in a mosque that is now known as Masjid Qiblatain, or The Mosque with Two Kiblat” saya berkisah kepada mereka.
“Oh wow, that was a drastic change!” ulas anak yang seorang lagi.
Kami menyambung tarawih.
Usai 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir, seperti yang telah saya maklumkan semalam, anak-anak mengambil giliran kena kongsikan sesuatu tentang Ramadan. Hari ini giliran anak sulung.
“Oh no, I forgot! Wait, let me think!” katanya.
“Can I do it today and he shares his part tomorrow?” anak kedua mencelah.
“No, let me do it. I have something” anak ketiga pun berebut sama.
“Wait, yeah…. you said that yesterday. Oh, I have to prepare something” si kenit panik.
“Ok, ok, I have a story to share. Not really a tazkirah. But a story I remember!” anak sulung tersenyum menyiapkan diri.
“Ok, bring it on! Yang lain, ready esok” saya memberi laluan.
“Well, I remember during the first sahur, Upin was upset because he didn’t get to eat ayam goreng!” si anak sulung menyampaikan tazkirahnya.
“What? Upin Ipin?” terkejut semua orang.
“So, apa pengajarannya?” saya bertanya.
“We need ayam goreng for sahur!” kata si anak paling tua.
Aduh… ini ke hasil best education in the world?
Kami bertukar-tukar maklumat, bahawa umat Islam mula berpuasa Ramadan pada tahun kedua hijriyyah. Kebanyakan soalan yang timbul adalah soalan fiqh, kena baca al-Fatihah atau tidak semasa jadi makmum, surah pula macam mana, kalau imam kentut siapa kena ganti dan nak buat macam mana… benda-benda biasa.
“I learned a lot tonight!” kata si kecil.
“Hai, bukan ke di sekolah kome semua ada subjek Islam?” saya menyoal.
Masing-masing memberi muka yang semua orang faham.
Ramadan baru masuk malam kedua. Tahun ini, jadual kami adalah mengikut kiraan yang dihasilkan oleh Pak Abdillah Suyuti dan pasukan di www.prayertimes.dk yang bagi pendapat saya, pengagihan waktu solat hariannya lebih munasabah, dan seterusnya jadual Ramadan jadi lebih kemas. Ia memberikan regulasi yang lebih baik di kalangan anak-anak setakat hari ini, berbanding tarawih lewat malam yang hilang makna, berakhir hanya dengan mengantuk dan azab sengsara. Sukar memupuk rasa kasih kepada ibadah dalam situasi begitu bertahun-tahun.
Cabaran yang sentiasa dominan di fikiran saya ialah keperluan untuk memaknakan Ramadan kepada anak-anak kami, dalam keadaan konstruksi mereka tentang agama, sangat berbeza dengan kami sang ibu bapa.
Kami tidak dapat mengadakan sesi tazkirah secara formal kerana anak-anak kekok hingga terbantut idea. Selalunya, pengisian kami akan lebih berhasil apabila ia berlaku secara santai, tanpa formaliti, tetapi disertai secara sukarela, tanpa dipaksa-paksa.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Hasrizal
Oulu Finland.