Kebejatan Snapstreaks (Snapchat) Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu

Anda mungkin tidak menggunakan Snapchat.

Tetapi jika anak anda menggunakan telefon pintar, ada akses internet, dan menggunakan media sosial, maklumat ini wajib anda ketahui.

Kebejatan Snapchat Streaks.

What does the 🔥 mean?

You and your friend are on a Snapstreak – meaning you and your friend have Snapped (not chatted) each other within 24 hours for more than 3 consecutive days.

📌

Semasa anak-anak menggunakan WhatsApp, saya pesan supaya jangan menyibukkan diri memeriksa satu tick, dua tick sebab ia dikenalpasti menjadi sumber tekanan ramai pengguna terutamanya remaja.

“Eh, dah baca kenapa tak balas?”

“Dia pulaukan aku ke?”

“Dia ghosting kau la tu!”

Semua hal ini menimbulkan pelbagai konflik dalam komunikasi mereka dan mencetuskan drama yang menyusahkan hidup.

Di dalam Snapchat pula, pengguna terutamanya remaja dibelenggu oleh ‘expectation’ untuk setiap hari kena snapping something (teks / chatting tidak dikira) untuk mengekalkan angka streaks yang menunjukkan ‘tahap persahabatan’.

Snapchat kata fungsi streaks itu adalah sebagai bahan hiburan ringan. Tetapi di alam realiti ia menjadi ‘setan gondol’ yang mendesak remaja untuk sentiasa ‘stay connected’ sebab siapa yang kurang berkomunikasi hingga menyebabkan angka streak itu rendah atau hilang, dianggap evil! Hari-hari kena fikir nak hantar foto apa, tanpa mempedulikan keperluan dan manfaatnya, selain untuk maintain streaks. Hantar foto blank warna hitam pun tak apa, asalkan ada ‘streak’.

Ia adalah fungsi yang memanipulasi ‘reward system‘ dalam diri remaja sedangkan ‘otak mereka belum siap’ untuk meregulasi benda ini dengan rasional.

Beranikah mak ayah bawa anak bercuti ke lokasi tanpa wifi? Bolehkah dijalankan ‘puasa media sosial‘ sehari dua? Anak kita di dalam dunianya akan menjadi ‘syaitan’ kepada kawannya sebab dia menjadi punca streaks antara mereka rosak. Akibatnya anak kita gelisah kalau sehari tak ada internet. Habislah kena hentam dengan kawan-kawan.

Entahlah… pakar-pakar banyak yang kata jangan sebut remaja bodoh, ia akan merosakkan self esteem mereka. Tetapi apabila mereka tidak mengendahkan nasihat ibu bapa dalam bab media sosial ini, ia memang sangat menyusahkan hidup kita sekeluarga dan memudaratkan dirinya sendiri, kalau pun tidak keluarganya juga.

Saya cuba belajar, dan kongsi dengan ibu bapa yang lain. Namun maklumat kritikal daripada bidang interaksi human behaviour dengan komputer jadi tidak berguna kalau nasihat saintifik pun kalah kepada krisis-krisis di dalam rumah kita manusia di akhir zaman.

Jika ada ibu bapa mampu mencegah anak-anak daripada akses kepada media sosial, syabas dan teruskan usaha anda. Bagi yang tidak mampu, banyakkan berdoa dan kuat menguatkan sesama kita sebab serangan globalisasi kepada survival setiap keluarga adalah ‘real’.

Foto adalah daripada halaman Youtube Techboomers. Saya tiada imej sendiri sebab Snapchat saya tiada streaks.

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share