Trend Semasa Buku ‘Healing’ Yang Merosakkan?

Semasa meneliti perbincangan mengenai segmen pembeli dan pembaca buku sekarang, perasaan saya bercampur aduk. Saya sedih memikirkan bagaimana generasi muda menjadi seperti begitu rapuh jiwanya. Kerapuhan yang menjadi lubuk pelbagai pihak memanipulasi dan buat duit. 

Pelbagai produk boleh ditawarkan untuk menyembuhkan kerapuhan itu. Ia menjadi lubuk duit ‘self-help‘ yang saya pernah menjadi sebahagian daripadanya lama dahulu, dan kemudian saya lawan habis-habisan ketika mengeluarkan diri daripada industri berkenaan.

Self-help itu ada sedikit manfaat. Namun mudaratnya jauh lebih besar.

Ketika itu saya ajak masyarakat meninjau kritikan keras Steve Salerno terhadap industri self-help (aka ‘motivasi’) di dalam bukunya SHAM: How the Self-Help Movement Made America Helpless.

SHAM itu ialah singkatan kepada Self-Help Actualisation Movement.

Saya tulis di blog zaman itu kebimbangan saya dengan generasi muda yang mudah sangat terkesan dengan nasihat. Memang pelik bunyinya. Tetapi maksud kebimbangan saya ketika itu ialah, karakter diri semakin lemah hingga mudah jadi nakal dan mudah jadi baik, tidak konsisten dan mudah dimangsakan.

Pujian saya kepada anak muda yang melawan semasa hadir ke ceramah motivasi disalah tanggap. Sedangkan pujian saya itu adalah pada meraikan kedegilan yang semakin hilang daripada karakter generasi semasa. Disuruh apa sahaja, main ikut sahaja.

Apabila ada satu dua individu yang berdegil, menuntut penjelasan kenapa mereka perlu buat seperti yang disuruh, ia menarik perhatian saya. Ini bukan individu yang senang-senang hendak diarah.

Degil sedemikian rupa perlu. Asalkan jangan angkuh.

Kombinasinya adalah di dalam karakter diri yang lebih kuat. Bukan ‘snowflakes‘ bak kata orang putih hari ini.

Namun, dalam rasa sedih itu, saya fikir ada sisi positifnya iaitu mereka yang rapuh ini memilih membaca sebagai cara untuk sembuh dan kuat. Baca, adalah cara yang agung. Ia pintu pertama yang Allah swt sendiri isytiharkan sebagai pemula kepada risalah Kenabian terakhir kita.

Tetapi, bagaimana jika buku-buku yang dibaca itu memburukkan keadaan rapuh dan sakitnya jiwa pembaca?

Saya nampak hantaran al-Fadhil Ustaz Mohamad Razif tempoh hari yang memetik nama saya. Beliau komen hantaran saudara Hairul Faizal Adli mengenai buku-buku ‘healing‘ yang kelihatan merepek tetapi laku keras pada masa sekarang ini.

Sahabat boleh membaca hantaran tersebut di https://www.facebook.com/raziffuad/posts/pfbid0pCTr7mFovNvkrKYpm4hDKpVWvNRkxHQzR7bW1s5gS7XgHpczpTgJgbJybPNPcaP1l

Saya ambil masa untuk fikir.

Sama ada ia membazir kertas atau tidak, ia subjektif kepada bagaimana buku itu digunakan. Jika ia menjadi ruang pembaca menulis nota sendiri banyak-banyak, ok sahaja, ye dak?

Tetapi ayat-ayat ringkas itu yang menjadi renungan.

Ringkasnya kata-kata hikmah yang dianggap sebagai ‘deep’ itu, boleh jatuh ke dalam pelbagai kategori.

Pendek dan ringkas, tetapi bernas dan tepat lagi tajam, adalah ciri-ciri APHORISM yang berkualiti. Kita juga jumpa banyak ungkapan Nabi Muhammad ๏ทบ yang sifatnya sebegini. Adakalanya, ungkapan baginda ringkas sahaja tetapi amat mendalam. 

Misalnya:

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ููŠ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุชููƒู’ุซูุฑู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูŽู‘ ู„ูŽุนูŽู„ูู‘ูŠ ุฃูŽุนููŠู‡ู โ€.โ€ ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€”โ€ ู„ุงูŽ ุชูŽุบู’ุถูŽุจู’ โ€”โ€ โ€.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi ๏ทบ dan berkata: ajarlah aku sesuatu yang ringkas agar tidak sukar bagiku melaksanakannya. Baginda bersabda: jangan marah!” (Jami` at-Tirmidhi : 2020)

Lelaki berkenaan mahu nasihat yang ringkas.

Baginda ๏ทบ memberi kepadanya nasihat yang ringkas, iaitu:

JANGAN MARAH.

Itu sahaja.

Tetapi kita perlu ingat, di belakang nasihat yang ringkas itu, pengucapnya adalah seorang manusia yang luar biasa. Beliau adalah Nabi Muhammad ๏ทบ yang salah satu keunikan baginda adalah kualiti pengucapan ringkas tetapi komprehensif. 

Kata Baginda ๏ทบ :

ููุถูู‘ู„ู’ุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ุจูุณูุชูู‘ ุฃูุนู’ุทููŠุชู ุฌูŽูˆูŽุงู…ูุนูŽ ุงู„ู’ูƒูŽู„ูู…ู

Aku telah diberi kelebihan berbanding nabi-nabi yang lain dengan enam perkara: (salah satunya ialah): jawฤmฤซ’ al-kalim, iaitu kata-kata yang ringkas tetapi menyeluruh dan tepat. (Sahih Muslim 523a)

Kebijaksanaan baginda menyebabkan kata-kata ringkas yang baginda tawarkan mempunyai khasiat ‘healing’ kepada insan yang dituju, dan kepada kita yang membacanya seribu tahun kemudian.

Kebimbangan saya ialah, kata-kata ringkas yang diterbitkan dalam buku-buku ‘healing’ semasa, jauh daripada aphorism yang positif, jauh sekali jawฤmฤซ’ al-kalim, tetapi menjadi BROMIDE dan PLATITUDE.

Kata-kata ringkas, disangka ‘deep‘ tetapi sebenarnya kosong makna dan memberi kesan placebo kepada pembaca.

Malah ia juga menyebabkan penulis sendiri terperangkap di dalam pesona diri menyangka dirinya seorang yang berhikmah tinggi hingga mampu menghimpun khasiat yang mujarab hanya di dalam beberapa patah perkataan. Ia tidak bagus untuk proses jangka panjang pembentukan integriti dan kompetensi penulis itu sendiri.

Ia bukanlah pendapat peribadi saya semata-mata. Sebaliknya, ada kajian yang banyak dilakukan di dalam bidang psikologi terutamanya, berkaitan implikasi kata-kata ringkas sebegini kepada yang menghasilkannya, dan yang menggunakannya.

Saya senaraikan beberapa artikel dan buku yang saya baca sebelum menulis hal ini di hujung artikel, kalau-kalau ada yang ingin membuat bacaan lanjut.

PENDIRIAN

Apa yang pasti, saya tidaklah terus menghitam putihkan pendirian bahawa trend semasa untuk buku-buku healing ini baik atau buruk. Saya cuma ingin berpesan kepada diri sendiri sebagai penulis, para penerbit, dan masyarakat, agar sama-sama bertakwa kepada Allah swt di posisi mana sekali pun kita melihat isu ini.

PENULIS, wajib memastikan diri kita berintegriti semasa menulis. Jangan sekali-kali melihat kehendak pengguna sebagai peluang buat duit semata-mata. Penulis yang berakhlak akan turut mencari jalan memperkasa pembaca bukunya hingga ke tahap pembaca itu boleh maju dan tidak lagi perlu kepada buku-bukunya sendiri. Ia kedengaran tidak mesra keuntungan dan pasaran. Tetapi untuk manfaat jangka panjang, ia adalah peringatan yang saya harap kita boleh pertimbangkan.

PENERBIT juga, wajib melihat perkara yang sama. Memang, buku tidak bermakna kalau isinya bagus dan benar, tetapi tidak diminati, tidak dibeli dan tidak dibaca. Tetapi penerbit yang berjiwa besar akan terus mencari jalan bagaimana memperkasa pelanggannya dan menjadikan para pembaca diperkasa, sama-sama mencorak kehendak pasaran yang lebih baik. Bukan memenuhi secara membuta tuli apa jua selera pembaca hingga merosakkan budaya baca dan industri buku secara jangka panjang.

Kita sudah lihat bagaimana agresifnya kebangkitan buku-buku agama berbahasa Melayu pada dekad pertama 2000-an. Kemuncaknya buku-buku genre itu berlambak-lambak. Seolah-olah semua orang menulis. Kita sendiri jadi mual melihat hilangnya kebermaknaan buku-buku baharu yang dipamerkan di pintu masuk kedai-kedai buku utama suatu ketika dahulu. 

Janganlah diulang tragedi itu.

Cumanya, kita tidak dapat lari daripada hakikat yang satu:

Antara kebenaran dengan menarik, menarik itu yang lebih mendorong perhatian dan kebersamaan. Carilah jambatan agar kebenaran masih tetap menjadi kekuatan utama di belakang tulisan dan dakwah, namun aspek menariknya terus diterokai dengan integriti.

๐˜ž๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ถ๐˜ด; ๐˜ธ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ, ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ถ๐˜ด.

๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ด๐˜ต ๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜บ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜บ ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ, ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ช๐˜ต ๐˜ช๐˜ด ๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ง๐˜ข๐˜ญ๐˜ด๐˜ฆ, ๐˜ช๐˜ด ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ช๐˜ต ๐˜ช๐˜ด ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ.

๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ช๐˜ต๐˜ด ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ง๐˜ข๐˜ญ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜ธ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฉ. (๐˜‹๐˜ข๐˜ท๐˜ช๐˜ด, ๐˜”. ๐˜š. (1999). ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ด: ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ข. ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ท๐˜ช๐˜ฆ๐˜ธ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜š๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜บ, 25, 245โ€“269.)

BACAAN TAMBAHAN:

โ€ข Aphorisms and Cliches: The Generation and Dissipation of Conceptual Charisma oleh Murray S. Davis https://www.jstor.org/stable/223505

โ€ข Why I Hate Self-Help Platitudes oleh Scott H Young https://www.scotthyoung.com/blog/2009/10/14/why-i-hate-self-help-platitudes/

โ€ข Platitude Advice Will Destroy Your Self-esteem oleh Claire Lowe https://medium.com/blow-your-stack/platitude-advice-will-destroy-your-self-esteem-ff160e3c16a5

โ€ข Schache, K., Consedine, N., Hofman, P. and Serlachius, A. (2019), Gratitude โ€“ more than just a platitude? The science behind gratitude and health. Br J Health Psychol, 24: 1-9. https://doi.org/10.1111/bjhp.12348

Hasrizal
Naas, Ireland
6 Mac 2023

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

5 comments

  1. buku healing sekarang seperti youtube shorts,tiktok

  2. If we delve into the roots of this issue, it becomes clear that we’re just witnessing yet another side effect of capitalism.

  3. bagi saya buku healing yang ada sebaris dua ini memang membazir kertas, sbb ayat healing ii itu adakah sememangnya kata dari seorang penulis atau quote ii dulu seperti di google, instagram, twitter dan pinterest yang diterjemahkan kepada bahasa melayu. bagi saya jika membuat novel healing yang menunjukkan bagaimana proses ‘healing’ tersebut saya boleh terima kerana masih ada kesungguhan untuk membuat plot cerita, watak dan perwatakan. Saya sebagai pelajar degree penulisan kreatif sedih sebab banyak influencer atau ‘penulis’ healing senang menghasilkan karya dan jual kepada pihak umum terutamanya remaja dan belia. Tambahan pula buku yang dijual dengan harga yang agak mahal tak sepadan dengan jumlah perkataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share