Isu Semasa

Vivarium (2020): Akuarium Realiti Hidup Hari Ini

“That’s nature. That’s just the way things are” kata Gemma. Jawapan ‘malas’ seorang guru tadika apabila anak muridnya tidak berpuas hati dengan realiti kehidupan yang disaksikan di bawah pohon tersebut. Ia pembukaan kepada sebuah filem yang mendera mental penonton. Ada hikmah Twillight Zone dahulu kala hanya setengah jam. Tetapi kali …

Read More »

Peperangan KBAT Dengan Kepintaran Buatan (AI)

Pada tahun 2009 dahulu, saya pernah menulis sebuah artikel bertajuk ‘The Otherness: Pengitlakan Istilah Mengundang Musibah‘. Ia ditulis sebagai satu proses awal mencerakin kebimbangan saya tentang cara masyarakat berfikir dan mengandaikan sesuatu. Kebimbangan itu adalah kebimbangan zaman tersebut. Ketika masyarakat menjadi sangat berpolarisasi kesan politik kepartian yang meruncing. Ia menyukarkan …

Read More »

Dilema Persoalan ‘Siapa Aku’

Di dalam perkembangan politik semasa, persoalan Melayu dahulu, Malaysia dahulu… mana satu mengatasi yang mana, berlegar di lisan ahli politik. Jawapan yang dipilih, menjadi asas kepada media untuk memilih istilah yang sesuai semasa melapor kegiatan atau kenyataan ahli politik berkenaan. Soal “siapa aku” ini memang sarat dengan ideologi. Ia juga …

Read More »

Selepas Era Obama Hadir Era Trump Yang Pelik Itu

Tinggal di Finland ini maksudnya saya keseorangan tiada regu bicara. Apabila masuk bab-bab politik, demi untuk tidak bercakap dengan pokok dan ketulan ais, saya tutup akaun FB peribadi dan keluar daripada sebanyak mungkin kumpulan WhatsApp, iaitu daerah beracun untuk bertukar pendapat mengenai politik negara. Biasa juga, disebut di sana sini …

Read More »

Terima Kasih Untuk Sebuah Ketidaksempurnaan Kita

Setiap hari, peladang itu mengangkut air dari sungai ke kebunnya dengan dua baldi yang tergantung di hujung kandar. Di hujung sana, baldi yang sempurna. Di hujung sini, baldi yang ada luka-luka pada tubuhnya. Terbocor sedikit di atas, berlubang sedikit di bawah. Tetapi peladang itu terus menerus melakukan kerjanya seperti biasa. …

Read More »

‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme

“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah …

Read More »

Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa

“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung …

Read More »

Ketakserasian Kognitif Dalam Kehidupan Semasa

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak …

Read More »