Saturday, January 18th, 2025

Kenangan Bersama Emak

Kalau Rindu, Mengapa Pergi Beribu Batu

Keputusan meninggalkan tanah air bukanlah keputusan yang mudah. Gelora jiwa, Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Paling membimbangkan, adalah emak di kampung. Emak semakin uzur. Sudah lama emak tidak berupaya memasak. Ingatan pun semakin berkurang. Apabila saya suarakan hajat hati untuk menyambung pelajaran ke Finland, emak dengar tetapi emak ingat Ireland. Negeri …

Read More »

Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa …

Read More »

Tangan Ibu

Memapah ke Syurga Saya pernah memegang tangan ibuJari telunjuk kanannya mengerasKerana banyak memegang pena Kilometrico dan ReynoldsMenanda buku latihan anak muridnyaDan buku rancangan mengajar hariannya. Saya pernah tidak suka dengan tangan ibuKerana tangan itu mematah batang ubiMenghambat saya di petang hariYang enggan pulang ke rumah walau sudah dinihariSibuk mengejar arnab …

Read More »

Hari Yang Mengubah Perjalanan Hidupku

Meninggalkan tanah air pada tahun 1993 “Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon. Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling. “Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis. Kalaulah emak berada di depan mata, mahu saja …

Read More »

Aidiladha Tiada Lagi Bersama Bonda

Emak…  “Okay, Yop ke sekolah sekarang, ya” kata Saif. “Akak pun sama. Kalau boleh akak tak nak miss banyak belajar di sekolah hari ini” sambut Naurah. “Baiklah. Singgah LIDL, belilah apa-apa pastries buat lapik perut sebelum lunch. Selebihnya bahagi dua buat belanja kalian” saya memberikan wang EUR20 kepada mereka. Usai solat Hariraya …

Read More »
Skip to content