Keluarga

Bercutilah Wahai Cikgu. Bercutilah!

“Pening kepala emak. Macam-macam benda nak gantung” kata emak. Saya bersila mengadap emak yang sedang menggunting kad Manila. “Apa yang Rizal boleh tolong?” saya bertanya. “Tolong lipat baju!” jawab emak. Aduhai. Saya berminat mahu menolong kerja sekolah emak. Rupa-rupanya pertolongan saya lebih bermakna kalau saya tolong buat benda yang paling …

Read More »

Mendidik Anak-anak Tentang Isu Palestin

“Abi betul ke coklat Toblerone ada babi sebab kat gunung dia tu ada gambar babi?” tanya anak perempuan saya. Tersirap darah saya mendengar soalan begitu, tambah pula tengah-tengah puasa dan suhu di luar 37 darjah celcius. “Sesiapa yang cakap tu, bagitahu dia jangan main ambil sahaja maklumat di internet! Tanya …

Read More »

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. …

Read More »

Harapan Untuk Sebuah Legasi Pendidikan: KMSS

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menziarahi sebuah institusi yang saya kasihi. Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah atau lebih dikenali sebagai Khalifah Model Secondary School (KMSS) di Bandar Baru Salak Tinggi. Sepatutnya saya hadir lebih awal. Semasa Hari Terbuka dianjurkan Disember lalu, saya …

Read More »

Selamat Datang Tahun 2014, Tahun Melunaskan Perjuangan

Tahun 2013 adalah tahun pengalaman. Semoga tahun 2014 menjadi tahun pencapaian. Melunaskan pengajian Sarjana saya yang sudah lama tertangguh. “Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” [Al-‘Asr 103: 1-3] Hasrizal @ www.saifulislam.com 43000 BSP Facebook Notice …

Read More »

PMR dan SPM: Sebuah Persinggahan Kehidupan

“Ini kumpulan paling teruk dalam sejarah sekolah. Semua D dan E” kata cikgu. Saya teruja. Jika B atau C, itu kerja cikgu akademik. Tetapi jika D dan E, ini pemberontakan. Mesti ada sesuatu yang menarik. Saya hadir. Cikgu minta mahu menyertai kursus. Saya tidak benarkan. Hanya saya bersama ‘pelajar bermasalah’ …

Read More »

Kembara Turki Bersama Anak-anak MTS

Di dalam kepala saya, ada kejanggalan yang perlu diuruskan bagi program kali ini. Bercerita tentang Turki, kepada pelajar Malaysia, yang belajar di Maahad Tahfiz Turki, di Malaysia. Kekok untuk saya menentukan lengguk. Tambahan pula saya memang sudah lama tidak berceramah kepada murid sekolah. Hari ini, saya berkesempatan untuk hadir memberikan …

Read More »

Memilih Kerjaya Antara P, I, E dan S

“Nak ambil tawaran yang mana satu?” saya bertanya kepada isteri. Beliau termenung. Mungkin kedua-dua tawaran ada pro dan kontranya. Tawaran pertama ialah sebagai pegawai penyelidik. Gaji RM1400 sebulan. Pejabat berhampiran dengan stesyen LRT dan saya belum ada lesen kereta. Menyelidik memang keseronokan saya. Dibayar gaji untuk berfikir, apakah ada yang …

Read More »

Srikandi Mujahidah di Teratak Sayyid Qutb

“Ustaz Hasrizal taksub Sayyid Qutb!” ujar seorang ahli sebuah forum. Sayyid Qutb itu sendiri sudah cukup kontroversi untuk seseorang dikaitkan dengannya. Apatah lagi perkaitan itu adalah dengan sebuah ketaksuban. Mungkin disebabkan oleh kekerapan saya memetik pendapat Sayyid Qutb, saya dilihat taksub kepadanya. Hakikatnya, jika saya taksub dengan pendapat Sayyid Qutb, …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share