Malam Malaysia atau Malaysian Night adalah acara yang maklum di kalangan komuniti pelajar Malaysia di luar negara, zaman berzaman. Acara tersebut lazimnya dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang dianggotai oleh para pelajar Malaysia berbilang bangsa dan agama di lokaliti masing-masing. Pada masa yang sama, dalam dunia mahasiswa dan mahasiswi di luar negara, …
Read More »Dari SONSUZA YÜRÜMEK (1991) ke ETHOS (2020): Hari-hari Yang Dilupa
ETHOS atau tajuknya di dalam bahasa Turki, Bir Başkadır adalah sebuah drama di Netflix yang saya tidak tahu apa-apa, kemudian algorithm memberi saranan agar saya menontonnya. Drama tv arahan Berkun Oya ini disiarkan pada tahun 2020, dibintangi oleh Öykü Karayel, Fatih Artman, Funda Eryiğit, Defne Kayalar, dan Tülin Özen. Drama …
Read More »Kaedah Mengurangkan ‘Campurtangan’ Kerajaan di Sekolah
Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia? Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi. Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga). Sama ada sekolah itu berada di …
Read More »Menghina si Anak Muda Kerana Mudanya Mereka
Semasa kita mahu guna anak muda, kita puji mereka sebagai ‘masa hadapan kita’. Kita buka ladang tebu untuk ditanam di bibir manis semua. Apabila anak muda tidak buat seperti yang kita harap, kita hina mereka sebagai ‘tengin’, tidak reti, buang masa, dan tidak patut diberi peranan melebihi yang sepatutnya. Ayat-ayat …
Read More »Bacaan Untuk Guru Baharu
Jika anda baru sahaja menjadi seorang guru, dan anda ingin memulakan perjalanan islah melalui pendidikan yang anda usahakan sebagai satu perjuangan, saya sarankan anda membaca buku-buku di bawah ini. Buku-buku ini bermanfaat untuk mencorakkan pemikiran seorang guru untuk menjadi profesional dalam kepakarannya mengajar dan menyelia pembelajaran, serta melihat peranannya melangkaui …
Read More »Bolehkah Murid Finnish Ketawa Dengan Jenaka Bahasa Arab?
Seorang Arab dari Jordan berjumpa dengan seorang Arab dari Sudan. Sama-sama Arab. Arab Jordan itu ingin memulakan perbualan. Beliau bertanya, “ish lownak (إيش لونك)?” Arab Sudan itu bulat matanya. Ditumbuknya Arab Jordan tersebut lalu menjawab, “aswad (أسود)!” “Kalian tahukah kenapa kejadian itu berlaku?” saya bertanya kepada murid-murid Finnish di kelas …
Read More »15 Keburukan Sistem Pendidikan di Finland Bagi Yang Mencari Keburukannya
AKHIRNYA, INI KEBURUKAN SISTEM PENDIDIKAN FINLAND. Saya mula menulis mengenai kekurangan sistem pendidikan Finland pada tahun 2015, misalnya di artikel ini https://saifulislam.com/2015/08/pendidikan-di-finland-mengenali-realiti-menjauhi-misteri-bersama-prof-fred-dervin/ Dan jika halaman My Learning Journey dan blog ini dikorek, ada banyak yang telah saya tulis antara 2016 -2020 mengenai kelemahan sistem pendidikan Finland. Mereka yang sudah lama …
Read More »Ya’qub AS: Pendekatan Ayah Yang Terluka Hati
Selepas DIARI ABAH (2020), apakah masih ingin menulis tentang keibubapaan? Saya tiada jawapan. Semasa melihat anak-anak membesar, kita bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Kita cuba mengendali dan menguasai perjalanan itu dengan ilmu. Saya belajar ilmu agama, belajar ilmu sains, belajar tentang masyarakat, dan berusaha memperbaiki kualiti masa dengan anak-anak, demi …
Read More »Dilema Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan
Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan …
Read More »Generasi Hilang di Depan Mata
Istilah ‘Generasi Yang Hilang’ asalnya timbul ekoran daripada laporan UNICEF pada November 2020 yang lalu. Generasi ini dianggap ‘hilang’ apabila mereka kehilangan punca, keliru dan terputus daripada rutin yang selama ini berfungsi membentuk mereka. Ini adalah satu peringatan untuk menyedarkan kita bahawa apabila persekolahan terpaksa dipindahkan ke dalam talian, ia …
Read More »