Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Berbilang Jamaah: Antara Saranan Stephen Covey dan Sa’id Hawwa

Gambar Hiasan Fenomena berbilang jemaah dan kumpulan dakwah adalah realiti. Sesuatu yang kita tidak dapat lari daripadanya, dan menuntut keupayaan diri untuk menguruskannya. Jika ulama membahagikan berbilang (ta’addud) itu kepada yang harus dan tidak harus, realitinya perjuangan kita adalah untuk menarik apa yang ada kepada yang harus, bermanfaat, serta mengecilkan …

Read More »

Mempertahankan Kewarasan Akal (Demi Setia Dengan Kebenaran)

Pagi itu di bandar al-Zarqa’, kami berkumpul di Kulliyyah al-Mujtama’. Ia adalah satu daripada siri tamrin yang perlu kami hadiri. Tanpa dirancang, saya dipilih (diarahkan) oleh AJK supaya menjadi pengerusi majlis bidan terjun. Tanpa banyak menyoal, saya terima sahaja. Sekurang-kurangnya dengan duduk di pentas sepanjang tamrin, saya mendapat desakan tambahan …

Read More »

Beragama Dengan Akal Yang Sihat

Mahu makan makanan yang LAZAT, atau yang BERKHASIAT? Dulu-dulu, hal ini tidak menjadi persoalan. Kebanyakan makanan yang dimakan adalah lazat, dan dalam masa yang sama ia berkhasiat. Tetapi dengan munculnya makanan sampah (junk food) yang lazat, dan makanan berkhasiat yang tidak mesra lidah dan selera, kita jadi dilema. Jika mahu …

Read More »

Pemberontak Yang Seimbang

“Kebelakangan ini ramai anak muda muncul dengan fenomena baru, mereka begitu berminat dengan wacana ilmu, pemikiran, buku, serta berani mengemukakan idea-idea yang kritis. Namun, kelihatannya seperti adab sopan dalam bertutur kata seperti diabaikan. Apa pandangan ustaz tentang hal ini?” Soalan ini dilontarkan di dalam sebuah forum terbuka paling kecil yang …

Read More »

Apabila Akal (‘Aql) Bergaduh Dengan Naqal

“… Maka sesungguhnya akal dan naqal itu saling bersesuaian. Al-Kitab dan al-Sunnah juga saling bertepatan“ Demikian, Imam Birgivi memulakan kitabnya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Permulaan sebuah buku yang mewakili rumusan pemikirannya. Pemikiran yang kemudiannya diwacanakan tahun demi tahun merentas usia Dawlah Uthmaniyyah. Kemudiannya, dirumuskan sebagai Birgivism oleh Gottfried Hagen, pada menjelaskan versi Islam yang mendominasi …

Read More »

Takutilah Fitnah Ilmu dan Tahu

Metode siapa yang lebih berilmu dan berhikmah? Metode Salaf, atau Khalaf? Perdebatan tentang hal ini berlarutan, menimbulkan kegelisahan malah perbalahan dan pergaduhan zaman berzaman. Ia tidak pernah selesai. Kendur satu pusingan, muncul pula generasi seterusnya untuk menyalakan api, mengipas dan membakar hangus persaudaraan, atas dua kumpulan yang berbalah pada mencari …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share